Monday, 27 May 2013

Malaya Si Pemutar Belit Sejarah Malaysia


Teruskan menipu wahai si Pemutar Belit Sejarah... Adakah anda masih beranggapan bahawa bangsa Negara Sabah dan Sarawak masih di takuk lama yang hanya akan mempercayai kata-kata daripada anda hai pendidik Malaya yang mempunyai agenda tersembunyi???

Sungguh menyedihkan ketidaktulusan anda untuk membangunkan bangsa Borneo seperti mana yang telah dijanjikan suatu ketika dahulu... Terusan menipu untuk membutakan Generasi Muda Negara Sabah dan Sarawak akan sejarah Negara mereka sendiri... Perkara ini tidak akan berpanjangan kerana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh juga ke tanah...

Kepada semua Generasi Muda Negara Sabah dan Sarawak... Ingatlah bahawa kita tidak menyertai Malaysia tetapi kita membentuk Malaysia. Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963 manakala pada 31 Ogos 1957 bukan tarikh kemerdekaan Malaysia. Ia merupakan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang sekarang hilang entah ke mana. Hilang Identitinya di muka Bumi sekarang. Dunia sudah tidak mengenali dan mengetahui kewujudannya kerana bangsanya sendiri yang telah menenggelamkan sejarah mereka sendiri...

Ingatlah bahawa Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 dan Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Tarikh ini merupakan tarikh keramat yang perlu dilindungi dan diperingati serta dirayakan dengan semangat Kebangsaan Negara kita masing-masing. Jangan biarkan diri anda terus diperbodohkan lagi...

Kepada Generasi Muda Negara Sabah dan Sarawak... Bangkitlah dan pertahankan Kuasa Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara anda kerana anda adalah "Masa Depan Negara Anda!"
Reactions:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...