Sunday, 19 May 2013

Penipuan Kerajaan Malaysia terhadap sejarah sebenar!



Salam sejahtera semua... Disini pihak SSKM ingin membawa perhatian anda semua mengenai satu artikel yang diperolehi daripada Laman Web Arkib Negara "Malaysia". Pihak SSKM sangat terkejut setelah melihat tajuk utama artikel tersebut iaitu "Kabinet Pertama Malaysia". Dengan perasaan ingin mengetahuinya, pihak SSKM telah membaca dan mendapati ia sebenarnya bukanlah "Kabinet Pertama Malaysia" tetapi merupakan "Kabinet Pertama Perkutuan Tanah Malayu". Apa yang ingin pihak SSKM sampaikan disini ialah kesedihan yang tidak henti kerana ini adalah sesuatu yang menduka-citakan kerana laman web rasmi kerajaan "Malaysia" dengan jelas lagi bersuluh telah memutar-belitkan sejarah untuk memperbodohkan Generasi Muda Negara Sabah dan Sarawak khususnya dan Generasi Muda Negara Malaya amnya. Dimanakah kredibiliti mereka ini??? Maka, kepada semua Generasi Muda Negara Sabah dan Sarawak, Bangsa Negara Sabah dan Sarawak yang Merdeka dan Berdaulat... Apakah yang perlu dilakukan setelah melihat kepincangan yang disengajakan ini??? Adakah anda semua terus mendiamkan diri???

Kita umum mengetahui bahawa Persekutuan Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963 walaupun Perjanjian Malaysia telah ditandatangani pada 9 Julai 1963. Manakala Sarawak pada 22 Julai 1963 dan Sabah (North Borneo @ Borneo Utara) menyusul pada 31 Ogos 1963. Persekutuan Tanah Melayu pula merdeka pada 31 Ogos 1957. Jadi, dimanakah logiknya dengan mengatakan "Kabinet Malaysia Pertama" ini wujud sebelum 1963???
Reactions:

2 comments :

Saya sentiasa tertanya-tanya mengapakah Tunku Abdul Rahman beria-ia mengajak Sabah dan Sarawak membentuk sebuah negara baru ? Apakah asalan kukuh Tengku Abdul Rahman pada masa itu ? satu persoalan yang menarik untuk di kupas ...

Untuk pengetahuan anda, selepas Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Malaya Pertama... Beliau sangat terkejut kerana Malaya sudah tidak mempunyai hasil bumi, ekonomi yang boleh dibangunkan kerana kehabisan hasil buminya yang telah diambil oleh pihak penjajah British. Maka, beliau telah diberikan idea oleh tiga orang yang bertanggungjawab untuk mencadangkan agar Negara Borneo Utara (North Borneo) dan Negara Sarawak di Persekutukan dengan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia agar hasil kekayaan daripada Bumi Borneo itu dapat digunakan untuk membangunkan Tanah mereka.

Tetapi untuk mengelak daripada rancangan ini diketahui, alasan yang terbaik digunakan ialah Persekutuan Malaysia ialah untuk membolehkan Negara Borneo Utara dan Negara Sarawak bebas daripada penjajahan British dan Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Malaya serta membangun bersama-sama untuk mencapai kemajuan seiring dengan Persekutuan Malaysia.

Selain itu juga, propaganda Ancaman daripada Filipina dan Indonesia digunakan agar bangsa Negara Sabah dan Sarawak takut dan terus bersetuju.

Terlalu banyak yang digunakan untuk menakut-nakutkan bangsa daripada Sabah dan Sarawak untuk mencapai matlamat tersembunyi mereka ini. Sekarang, semuanya sudah nyata dan jelas bersuluh!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...