Saturday, 15 June 2013

Mahathir MENJAHANAM Negara Sabah!



Komenter Pertama


Tindakan Mahathir mengakui Projek IC itu berlaku adalah disebabkan dia tidak mampu lagi untuk berselindung daripada salahlaku atas tindakan pemberian IC secara haram itu yang mana ia telah dihalalkan dan diluluskan melalui agensi JPN. 

Terlalu banyak orang yang menjadi saksi atas perbuatannya yang terkutuk. Kini dia sedang mencari alasan untuk menampakkan tindakannya itu sesuatu yang tidak salah dan sah disisi undang-undang. 

Wahai saudara saudari sekalian... Dia sedang menggunakan alasan mengenai pemberian 1 juta kerakyatan di Malaya untuk di samakan di Sabah. Perlu diingat bahawa sejarah pemberian kerakyatan itu sungguh jauh sekali tujuannya. 

Pemberian IC di Malaya itu dilakukan sebelum malaya mencapai kemerdekaan yang mana ia merupakan satu tindakan yang sah disisi undang-undang melalui prinsip kerakyatan jus soli. Atas persetujuan (antara syarat-syarat pra kemerdekaan) itulah baru Malaya diberikan kemerdekaan.

Berlainan pula isu pemberian kerakyatan di Sabah. Ia dilakukan bukan untuk kemerdekaan tetapi adalah bermotifkan politik 100% untuk mengukuhkan parti-parti malaya dibawah pimpinan parti umno-bn. Mahathir menegaskan bahawa dia mengikuti lunas undang-undang dalam pemberian ic tetapi apakah yang dia gunakan sebagai panduan dalam pemberian ic tersebut? Adakah apabila orang asing itu pandai bercakap bahasa "melayu" dan "islam" terus menjadi Malaysia??? adakah mereka ini sudah mencapai permaustatin tetap selama 12 tahun (minimum)? Setahu saya, pemberian ic ini sangat canggih. Sekarang orang asing itu sampai sabah, kelmarin lagi ic itu sudah siap untuk mereka. Apa lagi alasan yang digunakan olehnya??? 

Inilah yang terjadi jikalau orang asing (bapanya adalah orang india di kerala) yang telah diberikan kerakyatan dibenarkan menjadi pemimpin. Hasilnya adalah seperti yang anda dapat lihat daripada kerja dia selama bergelar pemimpin Malaysia/malaya

Saya ingin menyeru kepada semua Warga Sabah, Bangsa yang Merdeka dan Berdaulat untuk berdiri teguh dalam isu ini dan menentang tindakannya habis-habisan yang kotor dan sungguh menjijikkan agar keselamatan dan kesejahteraan Negara kita Sabah dipelihara selamanya!

Komenter Kedua

Tun Mahathir berkata bahawa Tunku juga melakukan perkara yang sama malah lebih teruk jika dibandingkan dengan apa yang dia buat. Jika kita kaji semula perlembagaan persekutuan, apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman adalah SAH disisi undang-undang kerana kewujudan KONTRAK SOSIAL bagi menggantikan konsep Jus Soli yang menafikan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera (Bumiputera di sini tidak termasuk Natives of Sarawak dan Natives of Sabah atau dengan nama lain, Anak Negeri Pribumi Sarawak/Sabah; Natives of Sarawak & Natives of Sabah mempunyai hak dan keistimewaan yang sama di dalam Perlembagaan Persekutuan setaraf Melayu dan Bumiputera di Persekutuan Malaya).

Prinsip Jus Soli yang digunakan semasa Malayan Union tidak menjamin kemandirian orang orang Melayu dan Bumiputera di Malaya pada masa tersebut. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang melayu malaya. Maka, pewujudan Kontrak Sosial selari dengan pembentukan Persekutuan Malaya yang terdiri daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat (States Without Ruler) yang menjamin hak dan keistimewaan Melayu dan bumiputera Negara Persekutuan Malaya di samping memelihara kebajikan masyarakat bukan Melayu dan bukan bumiputera iaitu masyarakat India dan Cina dan oleh kerana itu, pemberian IC kepada masyarakat India dan Cina pada masa itu adalah tertakluk kepada PERJANJIAN yang ditentukan di dalam Kontrak Sosial. Negara Persekutuan Tanah Malaya lahir secara rasmi pada 31 Ogos 1957 iaitu hari kemerdekaan Malaya (bukan kemerdekaan Malaysia).

Jika kita melihat praktik Kontrak Sosial ini hanya tergunapakai di Persekutuan Malaya (sekarang ini adalah Semenanjung Malaysia) sahaja. Kerangka tersebut tidak terguna pakai di Sabah kerana komposisi Negara Sabah sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 adalah jauh berbeza dan Negara Sabah telah mempunyai Perlembagaan sendiri dan mempunyai identiti kenegaraan tersendiri. Maka tindakan Tun Mahathir mewajarkan pemberian IC kepada pendatang asing di Sabah bolehlah dianggap sebagai pengkhianatan terhadap kedaulatan Sabah yang telah "bersetuju" untuk membentuk Malaysia bersama Negara Sarawak, Negara Malaya dan Negara Singapura pada 50 tahun yang lampau.

Reactions:

3 comments :

keling kerala memang patut dihukum
perosak negara walaupun saya org semenanjung melayu beragama islam.. saya kagum perjuangan Doris Jones..sememangya apa dilakukan mamak kutty adalah dosa berat dan sukar diampunkan..memandangkan umno masih menjadi raja dia boleh berasa selamat dgn hartanya yg berbillion

kalau ada perubahan besar kita ambil balik apa yg di ambil masa datuk nenek kita dulu...insyaaallahhh

pemberian tun mahathir ic kpd pendatang adalah semata-mata mahu menjatuhkan pengusaan Datu psirin ketinggan masa itu...adalah PBS parti paling kuat pengaruh di sabah....

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...