Thursday, 28 August 2014

MELANAU ADALAH MELANAU, MELAYU ADALAH MELAYU

Menjawab percubaan MEMELAYUKAN BANGSA MELANAU oleh pihak Malaya yang DIKESAN semenjak 1980.

Penerangan : Perbuatan pihak Malaya yang cuba MEMELAYUKAN masyarakat bukan melayu di Sarawak adalah satu tindakan bertentangan perlembagaan Negara Sarawak, Perlembagaan Persekutuan itu sendiri dan perjanjian Malayasia yang mereka setujui dan tandatangani sendiri. Kerosakan it disemai dan dicambah ke dalam sistem pendidikan terutamanya subjek sejarah dan ditambah buruk dengan KERJASAMA oleh pihak KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA yang MEMBANTU dalam usaha MENGELIRUKAN rakyat Sarawak dan Sabah terutamanya RAKYAT MALAYA SENDIRI. Apa-apa tindakan yang bertentangan

dengan perlembagaan serta asas-asas perlembagaan boleh dianggap sebagai MENGHASUT dan KERAJAAN PERSEKUTUAN harus bertanggungjawab terhadap kerosakan pengetahuan dan polisi bersifat PEKAUMAN. Di dalam buku teks tersebut, dinyatakan bahawa Masyarakat Melanau menggunakan BAHASA MALAYSIA sedangkan bahasa yang rasmi digunakan oleh Masyarakat Melanau ialah BAHASA MELANAU

Di Dalam Perlembagaan pula, MELANAU dan MELAYU dinyatakan TERPISAH daripada satu sama-lain. Ini kerana perlembagaan dan sejarah itu sendiri memperakui bahawa MELANAU adalah berbeza dengan MELAYU. Manajala “MELAYU” yang dinyatakan dalam Perlembagaan Negara Sarawak pula BUKANLAH MELAYU YANG dimaksudkan sebagai “MELAYU DAN BUMIPUTERA” di MALAYA, tetapi Masyarakat MELAYU SARAWAK yang boleh dianggap sebagai ETNIK LAIN yang mempunyai budaya dan bahasa tersendiri dan HAK MELAYU SARAWAK berserta HAK MASYARAKAT LAIN adalah TERMAKTUB JELAS dalam Perlembagaan Negara Sarawak. 

Dan kami TIDAK MEMERLUKAN pihak MALAYA untuk MENYEBARKAN PENYALAHGUNAAN KONTRAK SOSIAL untuk menimbulkan KETIDAKSENANGAN di kalangan Masyarakat Sarawak yang saling menghormati antara satu sama lain. Pihak MALAYA dan PERSEKUTUAN MALAYSIA HARUS INGAT bahawa KONTRAK SOSIAL TERGUNAPAKAI HANYA di MALAYA dan bukan di Sabah/Sarawak. Maka, kami akan memerhatikan apakah tindakan pihak Persekutuan Malaysia mengenai perkara ini, dan kami akan bertindak SELARAS dengan APA YANG PERSEKUTUAN lakukan.

Jangan disentuh hal kami di Negara Sarawak dan Sabah, selesaikan dahulu MASALAH PERKAUMAN anda di Malaya. KAMI TIDAK MEMERLUKAN ANDA.

-Bersama-Sama Kita Membina Semula Negara Kita-

#SarawakForSarawakian
#SabahForSabahan

DUM SPIRO SPERO | PERGO ET PERAGO 

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...