Saturday, 23 August 2014

Memahami IGC dan Perjanjian Malaysia 1963

Masih terdapat kekeliruan di kalangan ahli akademik dan penyelidik profesional terutamanya mereka yang berasal dari Malaya ketika membuat kajian terhadap perspektif sejarah dan pembentukan Malaysia.  Ini jelas melibatkan tajuk yang luas dan tidak adil untuk kertas ini dapat menerangkan setiap perkara yang terlibat.  Oleh itu kertas ini akan cuba untuk menerangkan isu-isu asas yang berkaitan dan bertujuan mengurangkan kekeliruan diantara ahli akademik dan penyelidik khususnya yang datang dari Malaya.  Kertas kerja ini di harapkan dapat dijadikan asas perbincangan kepada pembentukan Malaysia.
Untuk memahami pembentukan Malaysia dengan lebih baik, Dokumen British di Akhir Empire, Siri B Jilid 8 – MALAYSIA disunting oleh AJ Stockwell adalah buku yang wajib dibaca untuk setiap penyelidik yang serius.  Selain buku ini laporan, rang undang-undang dan enakmen berikut juga mesti menjadi sebahagian daripada bahan-bahan penyelidikan.
  1. The Cobbold Commission Report 1962
  2. The Inter-Government Committee Report (IGC) 1963
  3. The Malaysia Agreement 1963
  4. The Malaysia Constitution both as a Bill in the Annex A of the Malaysia Agreement 1963 and the original version approved by Parliament.
Laporan Suruhanjaya Reid adalah bahan bacaan perlu untuk memahami asas penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaya.  Di sini wujud salah faham ketara para ahli akademik penyelidikan Perlembagaan khususnya penyelidik dari Malaya.  Ini di sebabkan tidak ada perlembagaan baru digubal bagi Malaysia, Perlembagaan Malaysia dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaya namun diubah dengan menambah perlindungan dan kaveat terutamanya bagi Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai pra-syarat bagi pembentukan Malaysia.
Salah faham oleh para ahli akademik dan penyelidik seperti ini, kini merebak ke domain awam dan ia perlu di perbetukan, sekiranya tidak, ini akan mewujudkan kekeliruan kepada para serjana Perlembagaan, Pengamal undang undang dan para pelajar undang undang di masa hadapan.
Dua pakar akademik dan penyelidik terkemuka di Malaysia ia itu bekas Profesor dari Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari yang juga Pakar Perlembagaan dan Dr Wong Chin Huat, felo di Institut Pulau Pinang dan pemikir kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat tuntutan bahawa Sabah dan Sarawak tidak boleh menarik diri dari Malaysia berdasarkan Artikel 2 Perlembagaan Malaysia.  Kenyataan mereka ini salah dan tidak berasas, ini kerana Perkara 2 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa:
Perkara 2. Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.
 Parlimen boleh melalui undang-undang—
(a) menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan;
(b) mengubah sempadan mana-mana Negeri, tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan melalui undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.
Ekstrak diatas dari Perlembagaan Malaysia merupakan peruntukan untuk kemasukan negara/negeri ke dalam Persekutuan dan peruntukan untuk mengubah persempadanan.  Perkara 2 Perlembagaan Malaysia tidak pun menyebut tentang pemisahan atau perkara untuk meninggalkan Persekutuan.  Perlembagaan Malaysia tidak ada peruntukan tersurat atau tersirat untuk pemisahan mau pun meninggalkan Persekutuan.  Bagaimana boleh pakar akademik dan penyelidik membuat rumusan seperti di atas?
Satu-satunya penjelasan yang munasabah kenapa Perlembagaan Malaysia tidak mempunyai fasal pemisahan telah diberikan oleh Lord Lansdowne Pengerusi Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Government Committee (IGC)) yang mempunyai tugas untuk menyediakan perkiraan perlembagaan akan datang, termasuk perlindungan untuk kepentingan khas Borneo Utara dan Sarawak untuk menampung perkara-perkara seperti kebebasan beragama, pendidikan, perwakilan di Parlimen Persekutuan, kedudukan penduduk asli, kawalan imigresen, kewarganegaraan dan Perlembagaan Negeri”
Terdapat 2 perkara yang kita perlu sedar di sepanjang hayat kerja IGC ini.
Pertama, pada masa ini lah terdapat 5 parti-parti politik dari Sabah yang mengemukakan memorandum mereka pada 29 Ogos 1962 kepada Lord Lansdowne.  Sekarang memorandum ini dikenali sebagai 20 Perkara.  Terdapat salah faham diantara orang Sabah sendiri yang mengiktiraf 20 Perkara ini sebagai satu “perjanjian” atau asas Perjanjian Malaysia 1963.  Dokumen ini bukan perjanjian atau asas perjanjian ia hanya satu memorandum yang diserahkan kepada Lord Lansdowne untuk pertimbangan beliau tidak lebih, tidak kurang.  Sesiapa yang menyatakan Perkara 20 ini sebagai satu perjanjian atau asas perjanjian, mereka hanya bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.
Kedua, peruntukan pemisahan tidak dimasukkan dalam laporan IGC atau pun Perlembagaan Malaysia, walaupun ia adalah salah satu perkara yang tersenarai dalam Perkara 20.  Perkara 7 menyatakan:
Perkara 7: Tidak ada hak untuk menarik diri daripada Persekutuan
Perkara ini adalah bertentangan dengan semangat pembentukan Malaysia oleh kerana mengikut Perkara 20, Sabah dan Sarawak tidak boleh berpisah langsung daripada Persekutuan walaupun mereka diskriminasi dan ditindas.
Lord Lansdowne memberi alasan tidak memasukkan peruntukan pemisahan di dalam Perlembagaan Malaysia oleh kerana mana-mana Negeri secara sukarela memasuki persekutuan mempunyai hak intrinsik untuk menarik diri, oleh itu tidak perlu untuk memasukkannya ke dalam Perlembagaan”.  Apa yang dimaksudkan oleh Lord Lansdowne bahawa Sabah dan Sarawak adalah bebas apabila membentuk Malaysia oleh itu mereka juga bebas untuk meninggalkan Persekutuan.
Sabah dan Sarawak tidak memerlukan Perkara 2 Perlembagaan Malaysia untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia; Sabah dan Sarawak tidak perlu mendapat persetujuan daripada setiap negeri-negeri di Persekutuan Malaya untuk keluar; Sabah dan Sarawak tidak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja untuk meninggalkan Malaysia.  Apa yang Sabah dan Sarawak perlu lakukan ialah untuk meluluskan satu resolusi dalam Dewan Undangan Negeri masing masing untuk meninggalkan Malaysia, Sabah dan Sarawak secara serta merta boleh menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.  Ini lah langkah yang telah di ambil oleh Singapura dalam tahun 1965.
Oleh itu apabila kedua-dua profesor tadi berkata bahawa Singapura “dikeluarkan”, “ditendang” atau “disingkirkan” daripada Malaysia, mereka membuat kenyataan salah.  Bukti daripada dokumen-dokumen rasmi menunjukkan bahawa Singapura telah meninggalkan Malaysia pada 7 Julai 1965, 2 hari penuh sebelum Rang Undang-undangPemisahan Singapura dibentangkan di Parlimen Malaysia.  Ini sebabnya semua ahli PAP (Singapura) kecuali MP Bangsar tidak menghadiri didalam sidang Parlimen tersebut kerana mereka bukan lagi rakyat Malaysia.  Rang Undang-undang ini memerlukan tiga bacaan (selalunya hanya dua bacaan) dan telah diluluskan dalam tempoh 4 jam!.  Kepantasan kelulusan ini lebih menunjukkan kepada usaha Malaysia untuk “menutup malu” dan bukan untuk “mengeluarkan”,”menendang” atau”menyinkir” Singapura dari Malaysia.
Sekiranya profesor dan pakar penyelidik ini telah melakukan penyelidikan mereka secara menyeluruh sudah tentu mereka menjumpai kenyataan yang dibuat oleh Lord Lansdowne dan perbincangan dalam Hansard Parlimen Malaysia bertarikh 9hb Ogos 1965.
Persendaan Keadilan (Travesty of Justice)
Usaha untuk menafikan hak-hak Sabah dan Sarawak sudah meresap ke semua peringkat masyarakat di Malaysia khususnya mereka yang datang dari Malaya. Contoh terkini dapat di lihat berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara Malaysia Tun Arifin bin Zakaria, dalam pelancaran buku, “Hak Perlembagaan Sabah dan Sarawak” yang ditulis oleh seorang peguam yang berkerja di Sabah, Sukumaran Venugopal daripada Persatuan Undang-Undang Sabah beliau berkata Laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah diterbitkan pada 1 Ogos 1962 mengandungi kesimpulan sebulat suara bahawa Persekutuan Malaysia adalah yang terbaik demi kepentingan Sabah dan Sarawak”.
Kesimpulan sebulat suara yang dinyatakan oleh Ketua Hakim Negara jelas merujuk kepada kesimpulan Lord Cobbold dalam laporan Suruhanjaya Cobbold di mana beliau berkata bahawa 1/3 daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia, 1/3 daripada penduduk Sabah dan Sarawak memberi sokongan tetapi dengan perlindungan yang dipersetujui, dan 1/3 daripada penduduk Sabah dan Sarawak tidak bersetuju untuk membentuk Malaysia.  Berdasarkan kepada keputusan ini, Kerajaan British dan Persekutuan Malaya memutuskan bahawa 2/3 daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong idea membentuk Malaysia.  Apa yang mereka tidak mahu orang ramai tahu ialah masa depan rakyat Sabah dan Sarawak sebenarnya telah ditipu oleh British dan Persekutuan Malaya.
Jika Ketua Hakim Negara telah membaca Laporan Suruhanjaya Cobbold beliau sudah tentu tahu bahawa Laporan Suruhanjaya Cobbold hanyalah satu persendaan terhadap keadilan dan tidak seharusnya mengaitkan dirinya dengan perkara seperti ini, kecuali jika beliau adalah sebahagian daripada persendaan ini.
Ketua Hakim Negara sepatutnya tahu bahawa Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan untuk mendapatkanpandangan rakyat di Sabah dan Sarawak.  Suruhanjaya Cobbold bertemu dengan 4,000 penduduk dari Sabah dan Sarawak daripada jumlah penduduk negeri Borneo ini seramai 1.2 juta.  Disamping itu, Suruhanjaya Cobbold juga menerima 2,200 memo dan surat daripada rakyat Sabah dan Sarawak.  Suruhanjaya Cobbold telah mengumpul pandangan daripada rakyat, yang bermakna tugas mereka bukan untuk mendapatkan pungutan suara atau satu referendum untuk membentuk Persekutuan Malaysia.
Terdapat dilaporkan didalam berita tempatan bahawa lebih daripada 7,000 orang menunjuk perasaan di hadapan di ibu pejabat SUPP di Kucing yang membantah pembentukan Malaysia.  Bilangan penunjuk perasaan di Kuching sahaja sudah lebih daripada cukup untuk mengatasi 4,000 orang yang di dakwa oleh Lord Cobbold mereka telah bertemu – Bukti yang cukup berasaskan rekod yang lengkap dengan dokumen-dokumen rasmi dan gambar.
Suruhanjaya Cobbold menyiapkan kerja mereka pada 1 Ogos 1962 dan mengemukakan laporan itu melalui – CMND 1794 kepada kerajaan British dan Persekutuan Malaya.  Laporan ini tidak di maklumkan kepada orang ramai sehingga laporan tersebut dituntut secara terbuka oleh Donald Stephen.  Laporan Suruhanjaya Cobbold merupakan pelopor kepada pembentukan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan atau IGC.
Ini sudah jelas bahawa laporan ICG adalah asas dalam merangka Perjanjian Malaysia 1963.  Namun, laporan IGC dan Perjanjian Malaysia sahaja tidak boleh meliputi keseluruhan isu menubuhkan Persekutuan yang baru – Perjanjian Malaysia 1963 yang sepatutnya menjadi dokumen hidup.  Sudah tentu terdapat masa dimana isu-isu lain mungkin timbul dan ruang untuk rundingan di kalangan pihak yang yang membentuk Malaysia diperlukan.  Untuk tujuan ini Artikel 8 telah di peruntukan didalam Perjanjian Malaysia 1963 yang berbunyi:
“Perkara VIII
Kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan untuk melaksanakan jaminan, aku janji dan syor yang terkandung dalam Bab 3, dan Annexes A dan B kepada, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 Februari, 1963, setakat yang ia tidak dilaksanakan oleh peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia.”
Perkara ini dalam Perjanjian Malaysia yang memperuntukan ruang untuk rundingan d kalangan rakan-rakan sebaya, yang bermaksud apabila terdapat isu-isu yang timbul dari kesatuan ini, setiap masalah harus diselesaikan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak secara rundingan dan enakmen yang sesuai luluskan sebagai penyelesaian.  Walau bagaimanapun, Malaya tidak pernah membuat apa jua usaha untuk menubuhkan “mekanisme pematuhan” ini (Compliance Mechanism).
Perjanjian Malaysia dan had Perlembagaan Malaysia
Sungguh menyediakan ramai rakyat Sabah dan Sarawak dalam perbincangan mereka di domain awam dan media massa hanya sekadar berdasarkan kepada apa yang mereka baca dan apa yang mereka dengar.  Tidak ramai yang sanggup bekerja keras dan menyaring maklumat yang bergunung untuk lebih memahami isu-isu pembentukan Malaysia.  Walau bagaimanapun untuk rakyat Sabah dan Sarawak yang berpendidikan dan ingin melihat cerita sebenarnya pembentukan Malaysia, mereka boleh melihat bahawa pembentukan Malaysia adalah lakaran British untuk memberi peluang kepada Malaya menjajah negeri negeri Borneo.
Ini mungkkin sebab nya kebanyakan sarjana Perlembagaan Malaysia cenderung untuk mengkaji laporan Suruhanjaya Reid apabila menganalisis Perlembagaan Malaysia dan tidak mengkaji laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963.  Perjanjian Malaysia 1963 sebenarnya ibu di mana Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan Persekutuan Malaya yang di pinda) dilampirkan sebagai Annex A.  Kegagalan mereka untuk memahami perlindungan dan kaveat dalam laporan IGC dan dokumen berikutnya Perjanjian Malaysia 1963 mungkin merupakan sebab-sebab ramai dari Malaya tidak memahami bahawa Sabah dan Sarawak adalah TIDAK sama seperti negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaya.
Ramai orang menyangka Perlembagaan Malaysia adalah suratcara Agung (Supreme), namun tidak ramai orang berbincang, menulis atau memahami bahawa Keluhuran Perlembagaan Malaysia adalah terhad oleh Perlindungan dan kaveat yang terkandung dalam laporan IGC dan Perjanjian Malaysia 1963 – perkara ini berlarutan kerana ia kurang dicabar – sila lihat Robert Linggi vs Malaysia Government.
Pindaan keatas Perlembagaan Malaysia dan diluluskan oleh 2/3 ahli di Parlimen, tidak akan afektif di Sabah dan Sarawak, selagi pindaan tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri negeri Borneo terutamanya perkara yang menyentuh perlindungan dan kaveat seperti yang diperuntukkan dalam laporan IGC.  Tiada Enakmen baru yang menyentuh hak-hak negeri Borneo seperti yang tersenarai didalam Jadual 9 Perlembagaan Malaysia boleh dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak melainkan jika ia diluluskan oleh kerajaan Sabah dan Sarawak.  Ini adalah isu-isu yang sering diabaikan oleh sarjana Perlembagaan Malaysia dan mempunyai implikasi yang meluas.
Ambil sebagai contoh, Akta Imigresen 1959/63.  Akta ini adalah undang-undang Persekutuan digubal untuk mengawal pergerakan penduduk di Malaysia dan kuasa yang diberikan tersenarai dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.  Walau bagaimanapun, laporan IGC yang diperincikan untuk melindungi hak-hak orang di negeri negeri Borneo.  Akta Imigresen 1959/63 telah menggabungkan kuasa negeri-negeri Borneo ke dalam Akta dari Seksyen 62 sehingga Seksyen 74. Dalam menguatkuasakan undang-undang ini, Pengarah Imigresen di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai rekursa apabila diarahkan oleh “Pihak Berkuasa Negeri” untuk menghentikan orang orang tertentu dari dibenarkan memasuki Sabah dan Sarawak.  Hakikat bahawa Perkara 5 (1) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan pergerakan bebas di Persekutuan tiada kaitan dengannya dengan peruntukan Akta. Ini adalah satu contoh yang jelas had yang dikenakan ke atas Perlembagaan Malaysia oleh laporan IGC dan Perjanjian Malaysia 1963.
Terdapat banyak contoh lain yang boleh dipetik seperti kuasa negeri negeri Borneo keatas Akta Pembangunan Petroleum 1974 disebabkan  tanah dan sumber mineral ada lah kuasa mutlak Negeri dan bukannya Persekutuan, tetapi ini akan dibincangkan di masa hadapan.
Zainnal Ajamain
Zainnal Ajamain adalah seorang pakar ekonomi, menamatkan pengajian dengan ijazah Sarjana dari University of East Anglia.  Beliau telah memegang beberapa jawatan kanan didalam perkhidmatan awam kerajaan dan ahli fikir kerajaan dan beliau telah bekerja sebagai pensyarah universiti, penyelidik kanan, broker saham, dan ekonomi dan menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal media antarabangsa.  Beliau merupakan penulis bersama di belakang wawasan Kerajaan Sabah untuk pembangunan dan kemajuan dalam Koridor Pembangunan Sabah.  Beliau satu satunya penerbit Dana Islam luar pesisir yang pertama di Labuan.  Beliau juga memegang jawatan Felo Penyelidik Kanan di Pusat Remote Sensing dan Sistem Maklumat Geografi di Universiti Malaysia Sabah.  Beliau adalah salah seorang Pengasas United Borneo Front (UBF) dan seorang aktivis ingin menghapuskan Dasar Kabotaj.  Beliau juga merupakan Setiausaha Agung sebuah parti politik yang baru ditubuhkan di Sabah.
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...