Wednesday, 13 August 2014

Orang Sarawak mengecam campur tangan luar

Tindakan membelakangkan Perjanjian Malaysia 1963 mengemukakan memorandum membantah Taib jadi TYT tidak wajar.

KUCHING: Rakyat Sarawak tidak menyokong campur tangan orang luar dalam hal ehwal politik di negeri itu.

Tindakan PAS dan PKR yang mengemukakan memorandum kepada Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja (MRR) supaya menangguhkan perlantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Tuan Yang di Pertua (TYT)  yang baru mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.

Aktivis Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), Abdul Halim Hamdian menyifatkan tindakan Pakatan Rakyat (PR) seperti mengambil kesempatan menceroboh urusan pentadbiran negeri ini.

“Kalau betul PR benar-benar menyuarakan hak rakyat Sarawak, mereka perlu mempersoalkan kenapa gelaran ‘Yang Dipertua Negeri’ menggantikan istilah ‘Gabenor’?

“Tindakan mereka sedaya upaya membelakangkan hak perlembagaan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dengan membawa Majlis Raja-raja untuk masuk campur dalam urusan pelantikan TYT yang baru,

“Mereka fikir taraf Gabenor Sarawak ini sama dengan YDP Pulau Pinang dan YDP Melaka dalam konteks ini?

Halim berkata tindakan luar biasa PR ini cuma untuk meraih populariti.

Sementara itu Sheldon Edgar berkata tindakan PR ini sebagai tindakan balas dendam menjatuhkan Taib.

“Kenapa tidak cari kesalahan menteri-menteri yang lain di Malaya (Malaysia) secara khusus dan kenapa perlu nak jaga tepi kain Sarawak?

“Selagi Taib masih memegang pucuk pimpinan, selagi itu mereka susah nak masuk Sarawak.” tegas beliau.
Idris Bin Wahhid pula menambah: “Apasal PAS sama PKR goyang jika Taib jadi TYT?”

Sementara itu, Agong dan MRR sehingga kini belum memberi apa-apa reaksi mengenai isu Taib.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/02/22/orang-sarawak-mengecam-campur-tangan-luar/
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...