Wednesday, 13 August 2014

Punca Ugutan Keras Tuntutan Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia. Apa Kata Rakyat Malaysia?


Terlebih dahulu, pihak SSKM ingin MENAFIKAN dan MENYANGKAL akan tindakan keterlibatan membakar bendera "malaysia/malaya" ini. Pembakaran bendera ini sebenarnya dilakukan oleh bangsa Filipina di Manila sebagai tunjuk perasaan menentang tindakan kerajaan "malaysia" semasa insiden pencerobohan pengganas di Tanduo, Lahad Datu Sabah.

Sesungguhnya pihak beritasemasa (Punca Ugutan Keras Tuntutan Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia. Apa Kata Rakyat Malaysia?) ingin timbulkan prasangka negatif dan provokatif untuk mencemarkan imej pihak SSKM dalam usaha untuk mendidikan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak tentang kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh kerajaan persekutuan malaysia/malaya selama ini. Apa yang diperjuangkan oleh pihak SSKM adalah apa yang sebenarnya diinginkan oleh majoriti bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Selama 51 tahun Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak memberikan peluang kepada pemimpin malaya untuk memperbetulkan keadaan namun, semakin diberi, semakin mereka menindas dan terus menipu. Perkara yang lebih menyedihkan apabila kerajaan malaya terus memperbodohkan diri tentang hak kesamarataan Negara Sabah dan Negara Sarawak dengan persekutuan tanah melayu/malaya. Mereka telah mengangkat diri mereka sebagai tuan kepada Kerajaan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Dan ini sesuatu yang TIDAK BOLEH DIMAAFKAN!

Pihak SSKM berharap agar penyokong Kebangsaan Negara Sabah dan Kebangsaan Negara Sarawak tidak termakan penipuan yang cuba dilakukan oleh pihak beritasemasa melalui gambar tersebut. Pihak SSKM percaya bahawa Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak tidak akan tertipu dengan teknik kotor ini kerana kini adalah zaman Teknologi Maklumat.
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...