Wednesday, 10 September 2014

BORNEO AIRWAYS SEPINTAS LALU

Borneo Airways Limited adalah Syarikat Penerbangan bagi Wilayah Koloni British Borneo (merangkumi Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Brunei Darussalam). Operasi Syarikat tersebut telah diambil-alih oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysian Airways Limited) pada 1965, dan membawa kepada penubuhan Penerbangan Malaysia-Singapura (MSA;Malaysia-Singapore Airlines).

Namun, pada 1997, Nama 'Borneo Airways' muncul kembali, apabila Royal Brunei Airlines membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan Corporate Centre Sdn. Bhd, sebuah syarikat yang beroperasi di Miri, Sarawak. Sebelum itu, Royal Brunei telah menamatkan kerjasama mereka dengan Hornbill Skyways. Pada awal penubuhan Borneo Airways, mereka mengoperasikan sebuah pesawat Dornier Do-228, dengan pendaftaran Malaysia (9M-BOR). Namun begitu, Syarikat tersebut hanya bertahan selama setahun sahaja, apabila Royal Brunei mengambil keputusan menggantung semua penerbangan syarikat tersebut ke Miri,Labuan dan Mulu. Pada 31 Ogos 1999, nama Borneo Airways terus terkubur dan hilang dari lipatan sejarah penerbangan Malaysia.

Source:


Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...