Tuesday, 9 September 2014

KELANTAN KELUAR MALAYSIA ?

karangan ~PakKaramu~ on 7/28/2009

Salam,

Ada pandangan Kelantan memohon keluar dari Malaysia sebab tak dapat royalty gas, sebab kerajaan pusat anak titikan Kelantan, jikamacam tu nanti UMNO akan mati kat negeri itu dan semua orang luar nak masuk Kelantan kena buat pasport antarabangsa hu hu hu

Apakah pandangan ini mustahil berlaku ? Jawabnya tidak mustahil berlaku sebab banyak negara luar yang sedang tuntut demikian kerana berlaku ketidak adilan bukan kerana semata-mata mahu kuasa, kerajaan Kelantan mahu isu royalty di bincang secara persaudaraan akan tetapi jika gagal maka isu ini akan di bawa ke mahkamah antarabangsa

Andainya mahkamah antarabangsa juga gagal maka Kelantan mungkin akan bawa isu keluar Malaysia kepada mahkamah antarabangsa, kalau gagal juga nak buat macam mana ? Tidak mungkin kerajaan puasat benarkan hal yang sebegini sebab ia akan mengundang huruhara dan contoh mungkin boleh di ambil dari negera di utara negera itu

Isu Kelantan nak keluar Malaysia sudah lama kedengaran dulu, pun atas sebab ketidak adilan, baru baru ini menteri dari Kelantan yang bermazhab UMNO bagitahu bahawa Kerajaan Pusat dah peruntukan lebih 7 billion untuk Kelantan, nak apa lagi ? Sebenarnya peruntukan itu tak nampakpun dan tak ujud samasekali sebab kerajaan negeri tidak di amanahkan dengan peruntukan sejumlah itu

Kerajaan pusat hanya berikan kepada pegawai kerajaan persekutuan yang terdapat di Kelantan ertinya kerajaan Kelantan tak tahu apa, ia macam UMNO memberikan memperuntukkan dengan UMNO juga (jika ada) sebab itu peruntukan tersebut tidak boleh di percayai langsung dan kerajaan negeri berhak kata tidak tahu sebab masalah negeri hanya di bahu kerajaan yang memerintah negeri akan tetapi orang yang tidak menmerintah pula yang macan pemerintah, ini sudah macam memperbodohkan kerajaan negeri

Kerajaan negeri macam di perbodohkan oleh kerajaan pusat sebab pusat tidak percaya dengan kerajaan negeri takut peruntukkan tersebut di bahagi-bahagikan sesama mereka, mereka menganggap kerajaan negeri ni macam tak pernah dapat harta banyak atau salah gunakan untuk pribadi dan parti atau kroni, jika sebab inilah yang di takuti maka kerajaan negeri elok tidak usah ambil tahu langsung, atau jawab saja tak tahu

Persoalannya bolehkah kerajaan Kelantan keluar dari Malaysia ? ikut undang-undang dan suara rakyat boleh, tapi agak sukar, pokoknya boleh ! sebab ada jalan mungki macam Singapore ?

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...