Friday, 19 September 2014

Ketidakjujuran malaya sebelum terbentuknya persekutuan malaysia

Diperolehi daripada Arkib London, UK

JABATAN PENERANGAN
Persekutuan Tanah Melayu,
                                                                                         Kuala Lumpur.

5th August, 1963
MA'ALUMAT KAPADA PENGARAN2

Please note that the new federation of the 11 States of Malaya and the States of Singapore, Sarawak and Sabah (North Borneo) will be known as MALAYSIA (not Federation of Malaysia). It would be greatly appreciated if you could pass word round to all members of your staff so that in future only the word MALAYSIA is used when referring to this new federation.

                                                                                                      (Mohamed Sopiee)
                                                                                                             Pengarah,
                                                                                                     Jabatan Penerangan,
                                                                                                 Persekutuan Tanah Melayu.


Maklumat dibawah adalah berkaitan dengan Bekas Pengarah Jabatan Persekutuan yang telah mengeluarkan arahan diatas ini. Sila nilaikan perkara ini dengan jujur... Adakah pemimpin-pemimpin malaya benar-benar ikhlas dari dulu dalam persekutuan malaysia ini? Lihatlah sekarang hasilnya...

YBhg. Dato' Mohamed Sopiee bin Syeikh Ibrahim dilahirkan pada 5 Oktober 1924. Beliau mendapat pendidikan di St.Xavier's Institution Pulau Pinang dan selepas tamat belajar, beliau menjadi guru di sekolah tersebut (St. Xavier Institution) dari tahun 1946 hingga tahun 1949.

Pada tahun 1949, beliau mendapat biasisw a ‘Colonial Development and Welfare' dan berlepas ke United Kingdom melanjutkan pelajaran di London School of Economics and Political Science, University of London hinggalah beliau mendapat ijazah pada tahun 1951.

Sekembalinya ke tanah air beliau bertugas sebagai Pegawai Masyarakat di Ibu Pejabat Kebajikan Masyarakat dari tahun 1951-1952. Antara tahun 1952 dan 1953 beliau bertugas sebagai Pemangku Ketua Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan Pegaw ai Kebajikan Masyarakat Seberang Prai 1953-1954 serta bertugas sebagai Ketua Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dari tahun 1954 hingga 1956.

Beliau juga menjadi Ahli Majlis Undangan Persekutuan dari tahun 1954-1955 dan menjadi Ketua Pejabat Penerangan Malaya dan Singapura di London dari tahun 1956-1957. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Pertama, Suruhanjaya Tinggi Persekutuan tanah Melayu di United Kingdom dan di Kedutaan Besar Persekutuan Tanah Melayu di Republik Ireland dalam tahun 1957-1958.

Dalam tahun 1958 juga beliau menjadi Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ke United Kingdom dan Kedutaan Besar Malaya di Ireland. Beliau kemudiannya bertugas sebagai Ketua Chancery (Head of Chancery). Perwakilan Tetap Persekutuan Tanah Melayu di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York dalam tahun 1958-1959 dan dalam tahun 1959 juga beliau bertugas sebagai w akil tetap Persekutuan Tanah Melayu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Sekretariat untuk Kerjasama Ekonomi dan Kebudayaan di Asia Tenggara dalam Jabatan Perdana Menteri dalam rundingan dengan Menteri Luar Thailand dan Filipina berkenaan dengan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA).


Selain itu, YBhg. Dato' Mohamed Sopiee juga pernah bertugas sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perdamaian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Congo dari bulan Disember 1960 hingga bulan April 1961 di Leopoldville bagi memulihkan keamanan negara tersebut.

Beliau juga bertanggungjaw ab membentuk Lembaga Pelajaran Dew asa di baw ah Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Lembaga tersebut kemudiannya bertukar corak dan sekarang lebih dikenali sebagai Lembaga Kemajuan masyarakat (KEMAS).

Pada 1 Jun 1961, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pengarah Perkhidmatan Penerangan Persekutuan dan telah berjaya melaksanakan beberapa kemajuan penting dalam jabatan tersebut.

Dalam tahun 1964 beliau berangkat ke London menjadi Duta Penerangan dan kemudiannya sebagai Duta Besar ke Maldives dan Pesuruhjaya Tinggi ke Ceylon dalam tahun 1968-1970. Di antara tahun-tahun 1970 hingga 1972 beliau bertugas pula sebagai Duta Besar ke Pakistan.

Dari tahun 1972-1974 beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Di antara tahun 1974-1978 beliau menjadi ahli Parlimen di samping diamanahkan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

YBhg. Dato' Mohamed Sopiee ternyata banyak menyumbangkan jasanya kepada negara menerusi tugas-tugasnya di luar negara seperti menjadi w akil negara ke Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1958, 1959, 1960 dan pada tahun 1969 serta beliau juga pernah menjadi Pengerusi Colombo Plan Council 1969-1970 di Ceylon.

Pada masa ini beliau masih lagi bergiat aktif menyumbangkan jasanya kepada negara dengan menduduki beberapa Majlis dan Pertubuhan seperti menjadi Ahli Lembaga Paten (patents Board) di baw ah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Ahli Lembaga Institute of Strategic and International Studies (ISIS), Ahli Panel Penasihat Kementerian Kesihatan, Ahli Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan dan lain-lain.

Pengkisahan Sejarah ‘Sejarah Pentadbiran Malaysia'

24 Ogos 1988
Arkib Negara Malaysia.

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...