Tuesday, 9 September 2014

"Kisah Perjuangan Politik Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan untuk Bangsa Negara Sabah..."

Sungguh menyedihkan apabila kita mendengar komen-komen pesaing politik Datuk Dr.Jeffrey yang sering menghebohkan bahawa Datuk Jeffrey tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten dalam perjuangannya dan selalu "melompat" seperti "katak" berpindah parti. Mereka yang memberi komen ini membuat penilaian semata-mata mengikut standard pemikiran mereka sendiri tanpa memahami perjalanan perjuangan politik Datuk Dr.Jeffrey. Walaupun Datuk Dr.Jeffrey "melompat" dari parti-parti politik, perjuangan beliau tidak pernah berubah atau tidak "melompat" dari perjuangannya. Beliau sering memberi ilustrasi perjalanan politiknya seperti perjalanan dari Tambunan menuju ke Kota Kinabalu... Ini penjelasannya...

Pairin Kitingan
Pertama sekali, beliau telah meninggalkan PBS kerana beliau tidak sanggup untuk melihat abangnya sengsara kerana telah mendapat tekanan daripada kerajaan persekutuan malaysia/malaya kepada kerajaan negara Sabah... Untuk sebab itu, beliau telah keluar daripada PBS agar abangnya mendapat ketenangan daripada gangguan malaya... Dan disinilah bermula ceritanya...

Mark Koding
Beliau mahu pergi ke KK dari Tambunan untuk urusan yang sangat-sangat penting (mengkaji semula perjanjian malaysia, minyak & gas dan 20 Perkara Negara Sabah) tetapi tidak mempunyai kereta sendiri kerana itu syarikat penjual kereta tidak mahu menjual kereta kepadanya. Bukan dia tidak mahu membeli tetapi tidak dijualkan dengannya. Maksudnya disini, dia mahu memperjuangkan agenda borneo tetapi tidak mempunyai parti politik dia sendiri. Bukan tidak mahu buat parti dia sendiri tetapi tidak diluluskan oleh badan pendaftar parti politik, itu ROS atas arahan malaya.

Pandikar Amin
Selepas itu, seorang pemilik kereta, si Datuk Mark Koding membenarkan beliau menggunakan keretanya (parti AKAR) supaya beliau dapat sampai ke KK untuk urusan yang sangat-sangat penting itu. Dan tidak lama kemudian, pemilik kereta itu memberikan kereta itu kereta dengannya. Bah, apa lagi, gembira lah Datuk Dr.Jeffrey. Dia terima kereta tu dan terus memperbaikinya. Tapi tiba-tiba, ada orang dalam kereta yang bernama datuk pandikar amin menuntut hak milik kereta tersebut. Dia cakap yang dia lagi berhak keatas kereta tu. Terus berlaku perebutan kunci dan ini membuatkan Datuk Dr.Jeffrey meninggalkan kereta  tersebut walaupun baru sampai di Gunung Alab. Tapi yang pelik dan hairannya, pemilik baru kereta tu sanggup membakar/menghapuskan (membubarkan) kereta daripada memberikan kepada Datuk Dr.Jeffrey sebaik sahaja dia berjaya merampas parti tersebut. Maksudnya, Datuk Mark Koding memberikan Datuk Dr.Jeffrey parti AKAR untuk berjuang tetapi tiba-tiba si pandikar amin menuntut hak pemilikan parti tersebut bahawa dia yang empunya parti tersebut. Dan Datuk Dr.Jeffrey berjuang untuk mempertahankan kesahihan pemilikn parti tu kerana telah diberikan oleh datuk Mark Koding kepada beliau. Tapi akhirnya, datuk Dr.Jeffrey meninggalkan parti tu kerana tidak mahu memanjangkan masalah tersebut. Sebaik sahaja pandikar berjaya ambil tu parti akar, terus si pandikar amin membubarkan parti akar. 

Joseph Kurup
Tidak lama lepas tu semasa dalam perjalanan kaki pigi KK dari tambunan, ada kreta tiba-tiba berhenti dan menumpangkan beliau (datuk joseph kurup memberikan dia parti PBRS) supaya dia boleh sampai ke destinasinya. Tapi awal-awal lagi pemilik kereta tu memberitahu kepada Datuk Dr.Jeffrey bahawa keretanya itu tidak berapa bagus dan perlu diperbaiki. Dengan senang hati datuk gembira dan sekali lagi memperbaiki kereta tu agar boleh sampai ke KK. Tetapi semasa dalam perjalanan baru sampai moyog, pemilik kenderaan itu berubah hati dan keputusan. pemilik kereta itu tiba-tiba tidak mahu meneruskan perjalanan bersama dengan Datuk Dr.Jeffrey. Mahu tidak mahu, Datuk Dr.Jeffrey pun terpaksa keluar daripada kereta tersebut kerana tidak mungkin dia akan sampai ke KK kalau terus bersama-sama dengan kereta tu.

Anwar Ibrahim
Jadi sekali lagi dia berjalan kaki untuk meneruskan perjalanan tersebut pergi ke kk, dan tiba-tiba ada kreta yang lebih besar yang berasal daripada malaya (anwar) menumpangkannya kereta (parti PKR) dan memberi jaminan bahawa dia akan sampai ke KK dengan keretanya. Datuk Dr.Jeffrey pun naik agar boleh sampai ke KK. Tapi selepas beberapa seketika, Datuk Dr.Jeffrey menyedari yang pemilik kenderaan itu tidak ikhlas dan mahu mengawal pergerakan datuk Dr.Jeffrey. 

Dr.Patau Rubis
Pemilik kereta tu juga sudah tidak memberi jaminan yang kukuh terhadap komitmen untuk melaksanakan deklarasi Tambunan dan juga tidak ada jaminan bahawa Datuk Dr.Jeffrey akan sampai ke KK. Atas sebab itulah datuk dr.jeffrey meninggalkan kenderaan tersebut.

Jawapan kepada mereka yang mengatakan tentang mengapa DDJK menggunakan parti dari Sarawak...

"Sabah dan Sarawak mempunyai sama hak dan kedudukan dalam malaysia. Sebab itu Sabah dan Sarawak patut bekerjasama untuk menuntut hak. Apa salah saya gunakan parti daripada Sarawak sedangkan kamu menggunakan parti daripada malaya???"


Begitulah perjalanan politik Datuk DrJeffrey G Kitingan dalam perjuangannya untuk Negara Sabah sehingga beliau dilabelkan sebagai "katak". Manakala Presiden PBRS pula telah mendapat Jawatan Timbalan Menteri Persekutuan dan Mantan Presiden AKAR (sudah dibubarkan) mendapat jawatan Speaker Dewan Rakyat. Ramai yang mengatakan bahawa itulah tuah kepada mereka berdua kerana berjaya menghalang Datuk Dr.Jeffrey mengetuai parti politik.

***Bukan disebabkan beliau sentiasa mahu menjadi BOS/KETUA (gila pangkat) seperti mana yang dikhabarkan oleh orang umno-bn tetapi dalam melaksanakan misi tersebut, beliau perlu mengetuainya kerana strategi perlaksanaannya itu dimiliki sepenuhnya oleh beliau***

Sebenarnya semua pemimpin Negara Sabah dalam Barisan Nasional boleh diibaratkan sebagai katak-katak yang dimasukkan dalam sebuah kuali yang kononnya membawa perjuangan Negara Sabah dari dalam kuali tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan kuali itu disediakan sedemikian rupa sehingga katak-katak dalam kuali berasa selesa dan selamat. Namun, suatu perkara yang mereka tidak sedar adalah, kuali tersebut perlahan-lahan dipanaskan tanpa disedari oleh katak-katak didalam kuali tersebut. Mereka yang sedar akan cepat melompat keluar daripada kuali tersebut, namun malangnya kaki mereka "dipatah-patahkan" sehingga mereka tidak bermaya. Manakala mereka yang tidak menyedari atau sedar tetapi tidak mahu keluar daripada kuali tersebut kerana takut berhadapan dengan perubahan, akhirnya mati tanpa sempat melompat. Perjuangan mereka pun turut mati bersama. Walaupun "kaki Datuk DrJeffrey Kitingan" dipatah-patahkan dengan memasukkannya ke dalam ISA selama 2 tahun 7 bulan, beliau tidak "mati" dan terus berusaha untuk memastikan kakinya sembuh diluar kuali tersebut. Kini, kakinya sudah sembuh, pulih semula dan beliau bebas menerokai dunia di luar kuali (Friends of BN - Barisan Nasional), dan meneruskan perjuangan mendidik rakyat Bangsa Sabah untuk memahami hak-hak Negara Sabah yang telah sekian lama dicabul, dinafikan, dipijak dan dihina...

Sebarkan mesej ini

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...