Saturday, 20 September 2014

Matikan Perjuangan SSKM dengan "CARA" ini

Sememangnya, kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia berusaha untuk mencalarkan imej SSKM serta Nasionalis-Nasionalis Negara Sabah dan Negara Sarawak dengan pelbagai tuduhan jahat dan kotor.

Lebih menyedihkan lagi pemimpin tempatan sendiri bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin malaya untuk menghapuskan perjuangan SSKM.

Disini, pihak SSKM ingin memberi jalan penyelesaian untuk mematikan perjuangan SSKM. Caranya:

1. HORMATI PERJANJIAN MALAYSIA DAN BUAT SEMAKAN SEMULA UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN YANG WUJUD. 

2. KONSEP PERSEKUTUAN MALAYSIA MESTI DIKEMBALIKAN KEPADA BENTUKNYA YANG ASAL IAITU PERSEKUTUAN INI MESTI DITERAJUI OLEH TIGA (3) KERAJAAN UTAMA; NEGARA SABAH, NEGARA SARAWAK DAN NEGARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MALAYA). KONSEPNYA SAMA SEPERTI UNITED KINGDOM (UK).

3. SEMUA PARTI-PARTI MALAYA TIDAK BOLEH BERTANDING DI NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK KERANA HANYA PARTI-PARTI TEMPATAN SAHAJA YANG LAYAK UNTUK BERTANDING.

4. MALAYA TIDAK BOLEH SESEKALI MENCAMPURI URUSAN PENTADBIRAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK.

5. NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI MEMPUNYAI HAK UNTUK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN NEGARA LUAR. DENGAN ITU, DASAR KABOTAJ MESTI DIHAPUSKAN TANPA SYARAT.

6. NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI MEMPUNYAI HAK MUTLAK UNTUK MENGENDALI PENDAFTARAN KEWARGANEGARAAN MASING-MASING. INI BERMAKSUD, KAD PENGENALAN BANGSA NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI DIWUJUDKAN SEMULA DENGAN LABEL HURUF "H" UNTUK BANGSA NEGARA SABAH DAN LABEL HURUF "K" UNTUK BANGSA NEGARA SARAWAK. INI JUGA BERMAKSUD, BANGSA NEGARA SABAH DAN BANGSA NEGARA SARAWAK SECARA AUTOMATIKNYA ADALAH RAKYAT MALAYSIA TETAPI TIDAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA BOLEH MENJADI RAKYAT NEGARA SABAH DAN RAKYAT NEGARA SARAWAK.

7. KEAHLIAN ANGGOTA KOMANWEL NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI DIAKTIFKAN SEMULA SELARI DENGAN STATUS SEBAGAI BEKAS TANAH JAJAHAN BRITISH.

8. NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MASING-MASING MEMILIKI PERDANA MENTERI, DEWAN PARLIMEN SERTA DEWAN UNDANGAN NEGERI UNTUK TUJUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN NEGARA MASING-MASING.

9. KONSEP BERNEONISASI MESTI DILAKSANAKAN SEPENUHNYA DI DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK. BANGSA NEGARA MALAYA YANG DATANG BEKERJA DIBORNEO MESTI DIHADKAN TEMPOH UNTUK DUA (2) TAHUN SAHAJA. NAMUN, UNTUK TERUS BEKERJA DI BORNEO, MEREKA PERLU MEMPERBAHARUI PAS BEKERJA MEREKA SETIAP 2 TAHUN.

10. NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI MEMPUNYAI POLIS DAN KETENTERAAN TEMPATAN UNTUK MENJAGA KESELAMATAN, KUASA KEMERDEKAAN DAN KUASA KEDAULATAN SENDIRI.

11. NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI MEMPUNYAI KUASA SEPENUHNYA UNTUK MENGAWAL DAN MENGGUBAL SISTEM PENDIDIKAN SENDIRI TANPA PERLU MENGIKUTI SISTEM PENDIDIKAN MALAYA.

12. TIADA AGAMA RASMI DINEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK. HAL KEPERCAYAAN DAN KEAGAMAAN ADALAH BEBAS DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TIDAK BOLEH SESEKALI MENCAMPURI URUSAN INI.

13. CUKAI PENDAPATAN DAN KEWANGAN NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI DIKAWAL SENDIRI DAN NILAI MATAWANG NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK DIWUJUDKAN SELARI DENGAN STATUS SEBAGAI SEBUAH NEGARA.

Untuk setakat ini, pihak SSKM telah memberikan garis panduan untuk Kerajaan persekutuan malaysia mematikan perjuangan ini dengan melaksanakan perkara-perkara ini. Dan jikalau sudah terlaksana, pihak SSKM akan mengkaji semula perjuangan ini. Namun jikalau mana-mana satu perkara yang diatas ini tidak dilaksanakan, pihak SSKM akan teruskan perjuangan ini tanpa menoleh ke belakang lagi.

SSKM BUKAN PENGKHIANAT TETAPI KAMI ADALAH NASIONALIS-NASIONALIS KEBANGSAAN NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK.

PERGO ET PERAGO
DUM SPIRO SPERO

Sebarkan...
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...