Friday, 12 September 2014

Mesej Untuk Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak...

Kepada semua Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak... Sila sediakan sebuah buku tulis yang baru dan sebatang pen. Jangan lupa untuk membeli surat khabar setiap hari dan simpan.

Catatlah perjalanan cerita perjuangan SSKM untuk membebaskan Negara Sabah dan Negara Sarawak daripada cengkaman penjajahan malaya melalui persekutuan malaysia ini...

Keratan akhbar yang ada membuat liputan berita mengenai perjuangan SSKM, sila simpan dengan baik. Ini kerana, ia bakal menjadi sumber rujukan sejarah dan bukti bahawanya Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak yang wujud pada masa ini sememangnya sedang berjuang dengan berani untuk masa depan mereka tanpa gentar sekalipun nyawa menjadi taruhan.

Nasionalis Negara Sabah dan Negara Sarawak

Jangan biarkan ahli-ahli sejarawan kini yang didominasikan oleh orang malaya melemparkan tuduhan palsu kepada perjuangan SSKM ini sebagai "Kumpulan Pengkhianat dan Pemisah". Ini kerana SSKM adalah Kumpulan Pejuang Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Sesungguhnya anda semua adalah saksi bahawa perjuangan SSKM adalah berlandaskan kepada Kebenaran Berfakta dan Berbukti. Perjuangan SSKM adalah menurut undang-undang tanpa menimbulkan sebarang ancaman fizikal yang boleh menyebabkan huru-hara.

Catatlah nama-nama dan dapatkan gambar-gambar pemimpin-pemimpin yang sangat lantang menentang keras perjuangan SSKM agar generasi masa depan mampu melihat dengan jelas tentang siapakah sebenarnya yang berjuang untuk mereka dan siapa yang sebenarnya Pengkhianat kepada perjuangan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Bukti-bukti dan dokumen yang dimiliki hari ini tentang perjuangan masa dahulu adalah hasil usaha pejuang-pejuang terdahulu yang telah menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada generasi kini untuk menyambung semula perjuangan yang tidak kesampaian tanpa mengenal erti putus asa.

Sejarah Baru Tercipta

Tanpa disedari, kita semua sibuk menelah sejarah lalu tentang perjuangan pemimpin-pemimpin kita tapi sedarkah anda semua bahawa generasi-generasi bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak yang ada sekarang sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada sejarah untuk generasi masa depan.

Kepada anda semua yang sudah berkeluarga, turunkan cerita perjuangan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak kepada anak-anak kecil anda. Ini kerana mereka berhak untuk mengetahui kebenaran.

Dalam perjuangan ini, tiada apa yang perlu ditakuti atau digentari kerana perjuangan ini adalah di pihak yang benar. Kuasa Kebenaran akan menjatuhkan kuasa kejahatan sehingga ke satu lembah yang curam.

Maha Pencipta memurkai mereka yang berbuat jahat dan pasti akan menelanjangkan segala perbuatan mereka selama ini kerana itu adalah hukuman kepada mereka yang berbuat jahat.

Semoga perjuangan ini mendapat berkat doa dan sokongan daripada anda semua.

Demi Masa Depan Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak... Pihak kami, SSKM menyampaikan mesej ini dan salam berjuang untuk semua..
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...