Friday, 19 September 2014

‘Pemisah’ Sabah perjelas kempen FB

Kerajaan Malaysia menyorok kebenaran daripada rakyat di Borneo selama 51 tahun.

KOTA KINABALU: Doris Jones, seorang aktivis dari Sabah yang kini tinggal di United Kingdom, menjelaskan bahawa dia mewujudkan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) di Facebook untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk mengenai status wilayah ini dalam Malaysia dan melaksanakan kempen pendidikan.

“Kempen kami semakin berkembang sejak empat tahun lepas terutamanya di kalangan generasi muda dan telah diinstitusikan di bawah Kesatuan Sarawak Sabah – UK,” kata Doris dalam satu kenyataan.

“Warga tua juga kini mula bangkit dan kami berharap lebih ramai akan sedar bahawa Kerajaan Malaysia menyembunyikan kebenaran daripada mereka sejak 51 tahun yang lalu.”

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan oleh polis Sabah bahawa mereka sedang memerhatikannya dan kini memburunya.

Salah satu matlamat kempennya adalah untuk bersuara menentang pencabulan hak-hak asasi manusia dengan merujuk secara khusus kepada akta drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini ramai menggesa supaya dikembalikan dan Akta Hasutan.

Beliau mengalu-alukan sebarang langkah oleh Kerajaan Malaysia Untuk membawanya ke Mahkamah di United Kingdom.

“Mereka boleh mengemukakan keterangan mereka di Mahkamah dan saya akan mencabarnya,” kata Doris mengesahkan bahawa tiada sesiapa menghubunginya setakat ini. “Kita tidak perlu takut pada kebenaran. Keadilan tidak boleh dinafikan.”

Dalam kenyataan ringkas beliau, Doris berkata dia dilahirkan di Sabah, Borneo Utara dan pernah bekerja dengan seorang akauntan dan seorang hakim Australia.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan nama negara tempatnya bekerja.

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...