Friday, 12 September 2014

Perjanjian Malaysia 1963 perlu disemak semula

Joseph Wilfred Lakai

Perjanjian Malaysia adalah satu perjanjian yang terikat yang telah ditandatangani oleh beberapa perwakilan daripada lima pihak iaitu United kingdom of Great Britain, dan Ireland Utara, Persekutuan Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Objektif utama perjanjian tersebut adalah berhubung dengan pembentukan Persekutuan Malaysia di antara Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura sebagai rakan kongsi yang sama.

Kemasukan United Kingdom sebagai satu gabungan dan penandatangan terhadap perjanjian tersebut adalah sebagai bapa penjaga terutama bagi Negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak dan juga Negeri Singapura dimana kedaulatan dan bidang kuasa masih berkuat kuasa. Ia juga boleh dikatakan bahawa United Kingdom adalah satu-satunya pemerhati utama terhadap perjanjian tersebut untuk melihat apabila penyerahan terakhir kedaulatan dan bidang kuasa terhadap Sabah, Sarawak dan Negeri Singapura supaya syarat utama, seperti hak perlindungan Sabah yang mana dipersetujui untuk disekutukan dengan Malaya bagi membentuk Persekutuan Malaysia dapat diperhatikan, digabungkan, dilaksanakan dan dihormati.

Perjanjian Malaysia digabungkan dengan berbagai-bagai dokumen (seperti yang terkandung) termasuklah Rang Undang-Undang Malaysia, kini ialah Akta Malaysia 1963. Gabungan dokumen-dokumen ini termasuklah syarat penyertaan dan peraturan perlembagaan terhadap Sabah dan Sarawak dirujuk untuk membentuk Malaysia.

Perjanjian Malaysia juga mesti tertakluk kepada kemahuan penandatangan sebelum keputusan muktamad dipersetujui. Hasrat tersebut termasuklah pengetahuan keempat-empat penandatangan perjanjian tersebut iaitu Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura sewaktu membentuk Malaysia sebagai rakan kongsi yang sama. Oleh itu, Malaysia telah disifatkan oleh berbagai pihak sebagai satu gabungan bagi rakan-rakan kongsi bersama-sama bersatu padu untuk membentuk sebuah Negara baru tetapi dengan ciri-ciri masing-masing.

Apabila Singapura telah dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965, persoalan yang terus bangkit ialah apa telah terjadi dengan Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani oleh semua pihak. Ketiadaan Singapura secara langsung telah mengakibatkan perjanjian perlembagaan tersebut termasuklah kedudukan Perlembagaan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia.

Perjanjian Malaysia adalah tidak sah lagi dan dari segi undang-undang Persekutuan Malaysia adalah tidak sah kerana pembuangan Singapura iaitu salah satu penandatangan terhadap perjanjian di atas yang mana telah mengakibatkan asal-usul Persekutuan itu sendiri. Samada Perjanjian Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak menyediakan terhadap pembuangan mana-mana rakan kongsi di dalam Persekutuan Malaysia.

Adakah Perdana Menteri atau Parlimen Malaysia mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Singapura tidak seharusnya berdasarkan kepada resolusi dalam Parlimen Malaysia di mana membenarkan (sepatutnya tidak) kesemua 104 Ahli-ahli Parlimen dari kesebelasan (11) Negeri-negeri Malaya untuk menentukan, yang mana ini adalah bertentangan dengan kumpulan minority iaitu 36 Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Walaupun Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengan pembuangan tersebut (yang mana diragui sama ada mereka diberi peluang sedemikian) Negeri-negeri Malaya masih dapat memperolehi 2/3 majoriti atau lebih bagi membuat keputusan terhadap Sabah dan Sarawak yang tidak bersetuju tentang pembuangan adalah satu kehampaan.

Kesebelasan buah negeri-negeri Malaya tidak harus mempunyai hak samada Singapura boleh atau tidak dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia. Ini disebabkan Negara Malaysia tidak dibentuk oleh negeri-negeri tersebut sahaja. Melalui Perjanjian Malaysia, setiap negeri yang menandatangani Perjanjian tersebut adalah sebagai pasangan (partner) yang mempunyai hak-hak yang sama.

Mereka telah membentuk Malaysia bersama-sama dengan Singapura, Sabah dan Sarawak. Oleh sebab keempat-empat buah negeri penandatangan Perjanjian Malaysia telah menandatangani perjanjian itu sebagai pasangan persendirian dan bebas daripada ahli yang lain (pasangan bebas) maka adalah sesuai, bahawa setiap penandatangan itu mempunyai undi yang sama (iaitu satu undi setiap negeri) untuk menentukan samada sesebuah negeri itu harus dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia.

Penyertaan itu boleh dibuat melalui ketua pemimpin negeri masing-masing. Dalam hal ini, setiap negeri Malaya tidak seharusnya mempunyai hak atau kuasa untuk menentukan nasib Singapura dalam Persekutuan Malaysia. Kerana mereka hanya mempunyai hak satu undi sahaja sepertimana yang telah ditentukan oleh Persekutuan Malaysia, Sabah dan Sarawak juga mempunyai satu undi tiap-tiap satu.

Pandangan ini selaras dengan status mereka sebagai penandatangan Perjanjian Malaysia yang bebas dan sebagai persendirian. Dengan itu, keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia, seharusnya terletak kepada ketiga-tiga penandatangan Perjanjian tersebut, iaitu setiap satu pasangan penandatangan mempunyai hak atau kuasa mengundi yang sama.

Penyingkiran Singapura telah memberikan kesan kepada satu perkara yang mustahak dimana Sabah dan Sarawak telah benar-benar merundingkannya sebelum mereka bersetuju untuk membentuk Malaysia. Oleh itu, kegagalan untuk meminta persetujuan daripada Sabah dan Sarawak telah memberikan kesan kepada perwakilan mereka dalam Dewan Parlimen. Misalnya, untuk membuat pindaan terhadap apa sahaja keistimewaan khas yang diberikan kepada Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Parlimen hendaklah mendapat sokongan undi dua pertiga daripada ahli-ahli Parlimen.

Sebenarnya, sebelum penyingkiran Singapura, kesemua ahli dari Semenanjung Malaysia tidak boleh membentuk dua pertiga majoriti, kecuali mendapat sokongan daripada Sabah, Sarawak atau Singapura. Walaubagaimanapun, setelah Singapura disingkir, tidak lagi perlu bagi Semenanjung Malaysia untuk mendapat sokongan daripada Sabah dan Sarawak sebab mereka sekarang boleh mendapat sokongan dua pertiga atau lebih di Dewan Parlimen.

Ini bermakna, mereka dengan mudah membuat pindaan atau penggubalan Perlembagaan bila-bila masa mereka suka. “Dengan penyingkiran SIngapura maka kembalilah komposisi monopoli etnik Melayu Semenanjung. Episode ini adalah satu bukti yang jelas kegagalan Sistem Persekutuan dan perpaduan Negara.” (rujukan: “Reflection on the Malaysia Constitution” oleh Shafruddin Hashim dalam ALIRAN 1986. Oleh Sebab inilah seharusnya terdapat penyemakan atau penelitian syarat-syarat kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia. Namun, sabah telah tidak diberitahu semasa Singapura telah dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia.

Kegagalan untuk mendapat persetujuan atau memberitahu Sabah itu dengan sendirinya telah melanggar Perjanjian Malaysia, dimana Sabah telah diketepikan untuk mengambil bahagian dalam Malaysia dimana ia sendiri adalah rakan kongsi yang sama. Perbincangan mengenai penyingkiran Singapura adalah sangat mustahak bagi Sabah kerana Lee Kuan Yew lah yang telah bertungkus lumus untuk mengambil hati pemimpin-pemimpin Borneo dengan tujuan supaya mereka akan menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia.

Pada waktu perhimpunan Persatuan Ahli-ahli Parlimen Komanwealth di Singapura pada Julai, 1961, pemimpin Borneo (Tidak ada British yang hadir) telah menemui Lee Kuan Yew, Seorang penyokong kuat idea Malaysia, Lee Kuan Yew telah menggunakan kebijaksanaannya untuk mendesak pemimpin-pemimpin Borneo supaya mereka menyokong cadangan Tunku (rujukan: Interview of Datuk Ong Kee HUi oleh J.P Ongkili dalam bukunya, Nation-building in Malaysia, 1946-1974). Tentu sekali, Persekutuan Malaya dan Singapura lebih memihak kewujudan Malaysia daripada Sabah dan Sarawak.

Misalnya dalam satu ucapanya dalam ‘Foreign Correspondents’ Association of South-East Asia’ di Singapura pada 27hb May, 1961, Tunku telah mengatakan bahawa, Malaya tidak akan sanggup bersendirian dan telah mencadangkan bahawa tidak lama kemudian Malaya seharusnya akan mengadakan persefahaman dengan British dan Singapura, Sabah (Borneo Utara), Brunei dan Sarawak (Ongkili, 1985).

Lee Kuan Yew, telah membuat satu kenyataan pada tahun 1961 bahwa “gabungan akan berlaku bukan atas sebab kehendak Parti Tindakan Rakyat atau disebabkan kehendak Kerajaan Perikatan Persekutuan. Tetapi perkara itu tidak dapat dielakkan seolah-olah seperti matahari yang terbit dan terbenam” (Ongkili, 1985) Sebanyak sedikit, pembentukan Malaysia adalah juga kehendak British.

‘The Times’ telah melaporkan pada 28hb Julai 1961, “Keinginan strategik British di kawasan ini adalah juga diingini oleh Austtralia dan New Zealand yang juga akan membentuk polisi yang sama (Ongkili, 1985). ‘Kawasan’ yang dimaksudkan itu ialah Asia-Tenggara Selatan dan maksud ‘polisi yang sama’ ialah dalam bentuk Malaysia dimana, mungkin, mereka akan dapat mengekalkan pengaruh mereka walaupun terdapatnya kesan-kesan nasionalisme mula timbul di kalangan negeri-negeri di bawah pemerintahan koloni dan desakan daripada pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri jajahan koloni tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya COBBOLD telah memberi pandangan yang penting. Beliau telah mengatakan bahawa, “daripada mula lagi, Malaysia seharusnya dianggap oleh semua yang berkenaan sebagai satu gabungan ahli yang samarata, bergabung untuk mempercepatkan matlamat yang sama untuk membentuk sebuah Negara tetapi mengekalkan ciri-ciri tersendiri negeri-negeri berkenaan. Jika sekiranya sebarang cubaan oleh Malaysia untuk ‘mengambil alih’ sempadan-sempadan Borneo oleh Persekutuan Malaysia dan menenggelamkan ciri-ciri tersendiri Borneo Utara dan Sarawak, maka pendapat saya, Malaysia secara umunya tidak boleh diterima atau Berjaya.” (Ongkili, 1985, Nation-building in Malaysia 1946-1974).

Dalam keadaan yang sebenar, ‘hakisan’ secara perlahan-perlahan terhadap perlindungan terhadap negeri-negeri Borneo oleh Kerajaan Persekutuan, seolah-olah satu tindakan yang menghapuskan siri-siri tersendiri negeri-negeri tersebut. Oleh sebab itu, jika sekiranya Perjanjian Malaysia tidak sah, maka Malaysia sebagai sebuah Negara juga adalah tidak sah dan kehilangan kesahihan entitinya. Malaysia telah dan masih beroperasi selama 48 tahun selepas penyingkiran Singapura. Sepertimana yang telah dipertikaikan, perkembangan politik sepanjang masa tersebut telah tidak membenarkan pihak-pihak dalam Perjanjian Malaysia itu untuk mengkaji kembali atau mempersoalkan isu-isu tersebut.

Pada hari ini, kedaan politik bertukar kearah keburukan, adalah mustahak sekali dan mendesak untuk mengkaji semula syarat-syarat Perjanjian Malaysia. Yakni memberi kesahihan kembali kepada perjanjian itu adalah sangat mustahak.

*Written by Capt. Joseph Wilfred Lakai is a Murut experienced Test Pilot. He is also a Mechanical Engineer graduated from Caltech USA, He engineered The United Borneo Front (UBF)

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...