Thursday, 4 September 2014

Perjanjian Malaysia adalah BATAL dan TIDAK SAH!

Pihak SSKM ingin mengkongsikan satu artikel yang dahulunya diposkan di satu blog yang dikenali sebagai Sabahkini.net tentang pertemuan seorang aktivis Negara Sabah iaitu Datuk Patrick Sindu dengan seorang Queen Councel Britain iaitu Mr.Anthony Lester. Berikut adalah mesej beliau kepada pihak Sabahkini.net.

Saudara Pengarang,

Saya baru pulang daripada London selepas menemui Queen Counsel Anthony Lester berhubung khidmat nasihat untuk merayu kajian semula Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963.

QC Anthony menasihati saya agar meneruskan Kempen Memungut Tandatangan untuk mendesak Kerajaan Malaysia ‘Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963’.

Menurut QC Anthony, Perjanjian Malaysia adalah ‘BATAL DAN TIDAK SAH’ apabila Brunei tidak menandatanganinya selepas 11 Jam dokumen tersebut disediakan dan Selepas Singapura menarik diri pada 1965.

Kami akan melancarkan ‘Pungutan Suara’ berkenaan pada 9 Julai 2011 di Batu Sumpah, Keningau sebelum diedarkan ke Sabah dan Sarawak untuk dikemukakan kepada Ratu Elizabeth Disember 2011 kelak.

Bagi pihak rakyat Sabah, saya mohon ehsan saudara dan Sabahkini.net membantu menjayakan usaha murni ini demi survival rakyat Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

DATUK PATRICK SINDU
Aktivis Masyarakat & Hak Asasi Manusia

Maka dengan itu, pihak kami melakukan pungutan suara berbentuk Petition Online yang boleh dilayari melalui link ini Sila Klik.

Setelah anda membaca kenyataan tersebut, adakah anda masih mengatakan bahawa kami melakukan sesuatu yang salah? Jawapannya terpulang kepada anda.
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...