Friday, 19 September 2014

Perpisahan itu Hak Mutlak Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak!


Perjuangan SSKM adalah berlandaskan kepada KESEDARAN SECARA TOTAL/MUTLAK KEPADA KEBENARAN SEJARAH YANG BERFAKTA.

Sekarang anda faham mengapa mereka,pihak kerajaan persekutuan tidak mahu rakyat bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak untuk membincangkan serta memperdebatkan perlembagaan malaysia?

Ini kerana tiada artikel dan akta yang melarang perpisahan untuk Negara Sabah dan Negara Sarawak daripada persekutuan malaysia ini. Atas sebab itulah mengapa Negara Singapura juga boleh berpisah.

Apa yang pihak kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia boleh buat ialah dengan mengugut serta mengancam Perjuangan Nasionalis-nasionalis Bangsa Borneo dengan akta hasutan. Atas sebab itulah juga mengapa fakta sejarah yang sebenar tidak diajar di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun Universiti.

Ini juga kerana mereka takut akan berlaku kebangkitan Nasionalisme apabila mengetahui keadaan yang sebenar. Hakikatnya, Kebenaran sudah didedahkan dan lihatlah kebangkitan yang semakin hari semakin rancak. Sama ada di dalam alam maya (facebook) dan juga diluar (realiti), perjuangan ini semakin memuncak.

Sekali lagi ingin pihak SSKM nyatakan bahawa Perjuangan SSKM adalah untuk mendapatkan hak mutlak Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak sepenuhnya tanpa meminta seinci pun tanah daripada malaya.

Pejuang-pejuang Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak yang dengan sukarela menawarkan diri dalam perjuangan ini, cekalkan hati anda dan lakukan ini untuk generasi Masa Depan Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Tidak dinafikan bahawanya pihak kerajaan malaya/malaysia akan berusaha untuk menjejaskan imej Pejuang-pejuang Kebangsaan Borneo dengan memberikan gambaran yang menakutkan serta menipu dan memutar-belitkan fakta.

Percayalah bahawa perjuangan yang benar ini pasti akan menang kerana Kebenaran selalu menundukkan Penipuan/kejahatan yang kini semakin rancak dimainkan oleh pihak kerajaan malaya/malaysia.

Pihak SSKM juga memohon kepada semua bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak untuk tidak bertindak agresif
tetapi bertindaklah secara professional serta matang dalam perbincangan ilmiah. Hanya sebarkan kebenaran yang berfakta.

Itu sahaja yang perlu dilakukan. Jangan libatkan diri anda dalam demonstrasi atau aktiviti yang boleh mendatangkan huru-hara kerana perjuangan SSKM adalah berlandaskan kepada Undang-undang dan perlembagaan.

Bagaimana terbentuknya persekutuan malaysia ini melalui meja rundingan, demikian jugalah berakhirnya persekutuan ini dengan perpisahan melalui meja rundingan secara demokrasi.

Perlu diingat... Suatu ketika dahulu "persekutuan malaysia" ini merupakan khabar angin dan "cakap-cakap" dikalangan Bangsa North Borneo (kini Negara Sabah) dan Negara Sarawak tetapi apabila ia disusuli dengan tindakan, ia akan menjadi realiti. 

Perkara yang sama juga berlaku tentang "Perpisahan" ini. Sekarang hanya cakap-cakap tetapi tindakan sudah dilakukan dan sedang berjalan dengan lancar sekali... Cuma masa sahaja yang menentukan untuk ia menjadi kenyataan.

Sebarkan...
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...