Friday, 12 September 2014

Pihak mahu bawa Sabah, Sarawak keluar Malaysia melampau

KOTA KINABALU – Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye menyelar pihak yang membuat kenyataan mahu membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

Beliau menegaskan, tindakan individu atau kumpulan terbabit sebagai keterlaluan serta tidak rasional.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita. Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati, gunakan saluran yang betul untuk meluahkan rasa tidak puas hati itu.

“Jangan bertindak luar batas, ia tidak baik untuk rakyat kerana kita, rakyat Malaysia telah mengecap hidup aman dan harmoni sehak sekian lama dan ia haryslah dikekalkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), di sini semalam.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Pengarah JKJR, Datuk Dr. Tam Weng Wah dan Pengetua SMK Sanzac, Diuh Balimbang.

Lam Thye berkata, masalah yang berlaku dalam sesebuah negara perlu ditangani dengan rasional dan mengikut saluran yang betul, bukan membuat kenyataan melampau.

“Jika segelintir ada masalah, bawa ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk disuarakan dan bukannya dengan membuat kenyataan melampau termasuk membawa Sabah serta Sarawak keluar Malaysia.

“Apa juga yang kita lakukan perlu berpandukan kesederhanaan dan rakyat perlu sentiasa mengingati Rukun Negara serta Perlembagaan kerana kedua-dua ini adalah dokumen penting yang boleh menyatukan rakyat. Golongan muda juga perlu menilai baik buruk kenyataan menerusi media sosial,” ujarnya.

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...