Sunday, 21 September 2014

Rahman Dahlan bercakap macam budak hingusan

"Persoalan 'siapa jaga' & 'siapa tentera' itu adalah satu maifestasi ketiadaan keyakinan diri. Selepas Sabah KELUAR MALAYSIA, PBB akan meletakkan tentera di Sabah sehingga Sabah benar2 bersedia. 

'bagaimana ekonomi' & 'hubungan antarabangsa' boleh dan mampu Sabah tangani sendiri.. Sabah boleh dan mampu bina kepakaran sendiri tanpa campurtangan dan kekangan dari pihak luar.

Inflasi adalah fenomena biasa dalam putaran ekonomi yang boleh dan mampu ditangani dengan sumber sedia ada dan yang paling penting tanpa pengaruh dasar kabotaj.

'Kedudukan Sabah di mata dunia' sudah pasti bakal setanding kalaupun tidak mengatasi kedudukan negara-negara lain di Asia Tenggara. Impian "Dubai of the Far East" dengan mudah tercapai melalui dasar-dasar ekonomi mantap dan tanpa diganggugugat oleh dasar kabotaj penjajah.

Rahman Dahlan bercakap macam budak hingusan yang fikir Sabahan masih berfikiran kuno dan dengan mudah dikongkong oleh doktrin penjajah?..

Alahai! Rahman Dahlan.."
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...