Tuesday, 9 September 2014

Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 VS Pencerobohan Lahad Datu 18 Februari 2013

Salam sejahtera buat semua warga Sabahan yang saya kasihi. Disini, saya terpanggil untuk menyampaikan mesej saya agar semua rakyat Sabah memahami situasi yang sebenar berlaku di Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang mana ini merupakan satu kesinambungan peristiwa dengan satu tragedi hitam yang pernah berlaku suatu ketika dahulu di Malaya iaitu Tragedi 13 Mei 1969 yang telah meragut ratusan nyawa orang yang tidak berdosa hasil daripada permainan politik yang didalangi oleh sebuah parti politik iaitu UMNO.

UMNO yang membawa maksud United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) adalah sebuah parti politik yang telah ditubuhkan suatu ketika dahulu untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Bangsa Melayu melalui definisi Perlembagaan Malaysia ialah jikalau seseorang itu beragama Islam, bercakap melayu, merayakan Hari Raya, mereka secara langsung adalah bangsa melayu. Maka tidak hairanlah mengapa anak India (Mahathir) ini begitu bangga mengelarkan diri mereka sebagai orang melayu kerana telah diberikan standard kebangsaan yang dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia.

Tragedi 13 Mei 1969 yang juga dikenali sebagai Peristiwa Hitam, merupakan Rusuhan Kaum terbesar yang pernah dicatatkan dalam sejarah negara malaya yang tidak mungkin dilupai oleh bangsa malaya selamanya. Tragedi ini berlaku sebenarnya bukan secara tidak sengaja tetapi telah dirancang dan disengajakan dan ini semuanya adalah bermotifkan politik.

Pada bulan Mei 1969, Pilihanraya di Malaya telah menyaksikan kekalahan Parti Perikatan (kini dikenali sebagai Barisan Nasional-BN) yang dianggotai oleh UMNO sebanyak 40%. Justeru, UMNO kehilangan kuasa majoriti untuk memerintah negara kepada parti pembangkang. Maka, untuk membolehkan mereka memperolehi kuasa memerintah, UMNO telah menimbulkan ketegangan kaum sehinggakan rusuhan kaum tercetus. Setelah rusuhan berlaku, Darurat telah diistiharkan dan ini membolehkan mereka terus berkuasa dan memerintah untuk satu tempoh. Dalam keadaan darurat, mereka telah mengambil kesempatan untuk menguatkan sokongan semula dikalangan orang melayu. Maka UMNO telah memperolehi semula kuasa majoriti memerintah sebanyak 2/3.

Sila rujuk link ini untuk memahami perjalanan cerita Tragedi 13 Mei 1969.


Apabila melihat keadaan di negara Sabah sekarang, ia menampakkan semula rentak permainan politik UMNO sebelum ini telah bermula untuk kali kedua. UMNO telah menggunakan isu "Allah" untuk mewujudkan persengketaan antara penganut yang beragama Kristian dan Islam tetapi malangnya isu ini tidak berjaya kerana rakyat sedar dan pintar dalam menganalisis keadaan sebenar kerana ia adalah bermotifkan politik semata-mata.

Bila kita mengimbas kembali bagaimana keruntuhan Kerajaan PBS yang suatu ketika begitu kuat kerana mendapat sokongan veto daripada rakyat Sabah adalah berpunca daripada perancangan licik UMNO dan BN.

Sila rujuk link ini untuk memahami sebenar perjalanan cerita kejatuhan Kerajaan Tempatan di Negara Sabah


Setelah anda membaca artikel dalam link yang saya sarankan, maka anda akan memahami cerita keseluruhan bahawa segala yang terjadi ini tidak lain dan tidak bukan kalau bukan UMNO dan BN dalangnya.

Saya menyeru kepada rakyat Sabah, Bangsa yang Merdeka dan Berdaulat untuk bertenang dan menjaga keselamatan masing-masing kerana objektif utama kepada pencerobohan di Lahad Datu, Kunak dan Semporna adalah bertujuan untuk menghuru-harakan rakyat Sabah. UMNO dan BN inginkan ketegangan berlaku di Sabah agar mereka mempunyai alasan untuk mengistiharkan darurat. Sebaik sahaja darurat diumumkan, maka Pilihan Raya yang Ke-13 ini akan terpaksa ditangguhkan untuk tempoh 3 tahun. Maka, dalam 3 tahun nanti, UMNO dan BN akan berusaha untuk mendapatkan sokongan semula daripada rakyat daripada Negara Sabah, Sarawak dan Malaya.

Mereka berharap pencerobohan di Lahad Datu akan membangkitkan Pendatang Tanpa Izin (PTI) untuk turut serta dalam pencerobohan dengan mencetuskan keganasan di seluruh Sabah agar keadaan menjadi amat tegang. Tetapi, saya percaya bahawa rakyat Bangsa Sabah matang, bersedia dan berani untuk bersama-sama menghadapi permainan politik jahat daripada UMNO dan BN. Walau apa jua yang bakal terjadi, jangan ubah undi anda. Kita MESTI TUKAR KERAJAAN SECARA MENYELURUH DEMI MASA DEPAN GENERASI SABAH!

Kematian beberapa anggota Polis hasil daripada serangan pihak musuh iaitu "Tentera Di-Raja Kesultanan Sulu" merupakan satu pengorbanan yang sia-sia kerana mereka telah diperalatkan oleh orang atasan untuk menampakkan bahawa pencerobohan ini bukan lakonan atau drama tetapi realiti. Mereka umpama kambing hitam untuk dikorbankan oleh UMNO untuk menjadikan perancangan mereka asli. Mereka ingin menyampaikan mesej kepada bangsa Sabah untuk terus menyokong UMNO dan BN agar keselamatan mereka terjaga. Untuk pengetahuan anda semua, hal untuk menjaga keselamatan Negara merupakan tugas dan tanggungjawab untuk mana-mana kerajaan yang memerintah. Sehandainya parti Pembangkang Sabah, Sarawak dan Malaya memenangi Pilihan Raya ke-13 ini, maka merekalah yang akan bertanggungjawab untuk memastikan keamanan negara terus terpelihara.

Maka, marilah kita bersatu dalam DOA untuk menghukum seberat-beratnya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menghuru-harakan Negara Sabah dan kita DOA kan agar keselamatan pihak Polis dan Tentera serta rakyat Sabah terjaga. Kita HUKUM PENGKHIANAT NEGARA SEPENUH HATI KITA! 

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...