Monday, 22 September 2014

Sejarah Bapa Kemerdekaan Negara Sabah

Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan, Kudat. Nama asalnya ialah Datu Badiozaman, ditukarkan kerana sering sakit semasa kecil.

Tun Datu Haji Mustapha juga mempunyai nama timangan yang dikenali sebagai Jaman. Bapa Tun Mustapha ialah Datu Harun bin Datu Nasaruddin dan ibunya ialah Norani Hj. Abdul Rahim.

Beliau merupakan anak keempat dari Sembilan orang adik-beradik yang terdiri daripada enam orang perempuan dan tiga orang lelaki yang masing-masing bernama Dayang Lana, Dayang Hjh. Bidari, Dayang Siti Sarah (Dayang Pindau), Dayang Hjh. Harum, Datu Muhammad, Dayang Tahiran, Datu Hj. Aliuddin dan Dayang Hjh. Hadijah.

Tun berkahwin dengan Toh Puan Rahmah Hj. Zulkanian dan mereka mempunyai Sembilan orang anak, iaitu Datu Abdul Hamid (Allahyarham), Dayang Maimunah, Datu Amir Kahar, Datu Hj. Badaruddin, Datu Kamaruddin, Dayang Hjh. Zulfah, Dayang Aminah, Rasalonah Abdullah, Dayang Marina dan Datu Harun.

Pada tahun 1932, Tun Mustapha menerima pendidikan di Sekolah St. James, Kudat. Tetapi ia hanya kekal selama sembilan bulan sahaja kerana ibunya telah meninggal dunia dan juga kerana perpindahan pekerjaan bapanya.

Tun Mustapha pernah dipilih untuk mengikuti kursus pertanian RIDA atau Rural Industry Development Authority dari tahun 1951- 1952 di Serdang. Pada tahun 1959, beliau telah ditaja oleh kerajaan British untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris dan Politik di Britain.

Tun Mustapha suka menggesek biola, berjoget, berjenaka dan mendengar muzik irama keroncong. Beliau juga gemar bermain golf dan telah mengasaskan Kinabalu Golf Club di Tanjung Aru dan Kudat Golf Club di Kudat ketika memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.

Selain itu, Tun Mustapha juga suka memancing, membaca buku dan menyaksikan perlumbaan kuda. Beliau gemar memakan masakan Melayu. London ialah tempat paling gemar dilawatinya. Pada tahun 1928, semasa Tun Mustapha berumur 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel.

Beliau kemudian menjadi “Office Orderly” di Pejabat Daerah Kudat pada tahun 1934. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri (Native Chief) dan Pemungut Cukai Candu. Pada tahun 1961, Tun Mustapha telah mengasaskan dan menjadi presiden pertama (United Sabah National Organization) USNO ketika konsep gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Pada masa yang sama, beliau juga adalah Ahli Majlis Perundangan (Legislative and the Executive Councils), Ahli Kerajaan Tempatan(Local Government) apabila Sabah diberi hak pemerintahan sendiri (self-government) dan juga Ahli Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidarity Consultative Committee).

Sepanjang hayatnya, Tun Mustapha diberi banyak anugerah, antaranya K.V.O. dan O.B.E. daripada Kerajaan British ; “Knight Commander of Republic of Lebanon” (K.C.R.L.) oleh Presiden Lebanon pada tahun 1972;

Seri Darjah Paduka Chura Si-Maharaja (S.P.C.M.) dengan gelaran “Dato Seri” pada 15 September 1971 sempena hari keputeraan Sultan Perak; Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) pada 29 Mac 1971, dari Raja Perlis;

Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada 27 Oktober 1971, dari Sultan Johor; Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) pada 20 Ogos 1971 daripada Tuan Yang TerutamaYang di-Pertua Negeri Sarawak; Seri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) daripada Sultan Pahang, 20 September 1969; Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) dengan gelaran “Datuk Seri Panglima” ; dan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) – anugerah tertinggi di Malaysia dengan gelaran “Tun” pada 26 November 1964. Tun Mustapha juga seorang yang bergiat aktif dalam persatuan.

Beliau pernah memegang jawatan Presiden dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA: United Sabah Islamic Association) dan PERKIM (sesi 1977/ 1979). Beliau juga merupakan Ketua Persatuan Pengakap Sabah (Sabah Chief Scout) dan telah menerima pingat “Semangat Padi” pertama di Sabah pada 21 Jun 1974. Selain itu, Tun Mustapha ialah Ahli Royal Commonvealth Society dan ahli seumur hidup Commonvealth Parliamentary Association.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan pada tahun 1972. Beliau juga merupakan Pro-Canselor bagi Universiti Pertanian Malaysia dari November 1973 hingga Februari 1990.

Tun Mustapha telah meninggal dunia pada 2 Januari, 1995. Al-Fatihah.....

Reactions:

4 comments :

Check balik..Tun meninggal dunia pada tahun 1997..

Info didalam wikipedia menyatakan bahawa allahyarham meninggal pada tahun 2 Februari1995.

Source: https://ms.wikipedia.org/wiki/Mustapha_bin_Harun

Kemungkinan ada kekeliruan atau kesilapan percetakan.

i have a question.. kalau Tun Mustapha ialah Bapa Kemerdekaan Sabah, kenapa yg melaungkan kemerdekaan ialah Tun Fuad Stephen? Kalau di Tanah Melayu, bapa kemerdekaan dorg la (TAR) yg melaungkan kemerdekaan.. Anyone care to answer me?

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...