Monday, 29 September 2014

Terdedahnya FITNAH musli oli terhadap Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan


Sebenarnya perkataan "kongsi" itu tidak pernah dikatakan oleh Datuk Dr.Jeffrey. Perkataan itu sebenarnya daripada musli oli...


Apabila si musli oli mengatakan "Maksud Datuk kita boleh "berkongsi" negeri Sabah dengan  puak-puak ini andaikata cita-cita self determination itu berjaya? Maksud saya menyerahkan sebahagian Sabah kepada puak Sultan Sulu yang menuntut Sabah?"


Maka beliau terus menyambung ulasan seperti berikut "Kenapa tidak? Sabah negeri yang kaya. Kita mempunyai cukup sumber untuk menyelesaikan apa juga masalah di negeri ini. Kita boleh berunding dengan mereka secara baik tanpa perlu kekerasan. Jika boleh dirunding dengan baik dan dapat ditangani  dengan bijak tidak akan timbul insiden seperti di Lahad Datu”."

Disini, si musli oli telah menggunakan perkataan "kongsi" yang terhasil daripada perkataannya sendiri untuk menyebarkan fitnah dengan kenyataan "Kita Boleh "Kongsi" Sabah Dengan Kesultanan Sulu"

Anda nampak semua bagaimana si musli oli ini cuba memesongkan kenyataan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan????

Source: http://www.youtube.com/watch?v=LefmOne_F9s

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...