Thursday, 4 September 2014

Tuduhan Musli Oli daripada NGO SMS adalah TIDAK BERASAS!

Pihak kami, SSKM ingin menafikan dan mengecam sekeras-kerasnya tuduhan palsu dan tidak berasas yang telah dilemparkan oleh Musli Oli bahawanya SSKM telah menghina "Melayu" dan Agama Islam.

Apa yang ditekankan dalam kesedaran ialah agenda untuk "memalayukan" bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak mengikut definisi perlembagaan persekutuan seperti yang dinyatakan dibawah ini:

"Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura."

Sesungguhnya proses "malayunisasi" keatas pendudukan bangsa Borneo di Negara Sabah dan Negara Sarawak adalah bertujuan untuk mengukuhkan pengaruh umno dan memudahkan fahaman dan ideologi racist umno diterima pakai oleh semua orang di Borneo. 

Apakah dengan pendedahan fakta ini dikatakan "menghasut"? Tepuk dada dan tanya diri-sendiri jikalau kenyataan ini bercanggah dengan kebenaran dan misi umno di Sabah. Melayu yang wujud di Negara Sabah adalah disebabkan oleh penggubalan perlembagaan persekutuan. Ini kerana pada waktu tersebut, umno tidak mempunyai asas dan sebab yang kukuh untuk bertapak di bumi Sabah. Justeru, untuk membolehkan ideologi politik mereka ini yang khususnya untuk orang melayu diterima pakai, strategi ini telah digunakan. 

Jikalau dibandingkan dengan Negara Sarawak, sehingga kini pemimpin-pemimpin Nationalist Sarawak menolak ideologi politik kotor umno kerana mereka mengetahui niat sebenar umno adalah untuk menguasai kuasa politik semata-mata. Melayu Sarawak adalah etnik Melayu Asli yang hanya etnik Melayu bergelar Melayu. Berbeza dengan situasi yang berlaku di Negara Sabah yang sememangnya tiada etnik melayu. Jikalau terdapat etnik melayu pun mereka adalah melayu malaya yang telah menetap dan bermastautin di Negara Sabah untuk satu tempoh yang lama. Namun, mereka BUKAN etnik Negara Sabah Asal yang tergolong dalam ketegori "Istimewa" selain Orang Asal (Native) Sabah.

Pihak SSKM meminta Musli Oli untuk menunjukkan bukti yang kukuh kepada umum tentang mana-mana pos atau artikel yang diterbitkan oleh pihak SSKM yang telah menghina agama Islam. Tuduhan tersebut adalah serius. Tuduhan jahat ini dilemparkan semata-mata untuk memburukkan imej SSKM. Untuk makluman umum, pihak kami TIDAK akan sesekali berbuat demikian kerana keanggotaan dan Pejuang-pejuang Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak dalam SSKM itu sendiri terdiri daripada pelbagai anutan agama.
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...