Friday, 26 September 2014

TUNTUT HAK MUTLAK BANGSA NEGARA SABAH DAN BANGSA NEGARA SARAWAK!

Info yang perlu anda tahu... Pada peringkat permulaan pergerakan SSKM, ia adalah dalam bentuk tertutup. Selepas itu bergerak kepada perjumpaan kecil-kecilan di semua tempat Negara Sabah, Negara Sarawak termasuklah di malaya.

Perjumpaan kecil-kecilan SSKM dikenali sebagai "Lepak-lepak SSKM" dan berkembang menjadi besar. Pernah dicadangkan untuk ditukar nama daripada "Lepak-lepak SSKM" kepada "Bornean Gathering (BorGa)". 

Namun, apa jua nama panggilannya, perjumpaan dengan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak tetap diteruskan malah semakin hari semakin rancak sehinggalah sentimen "Sabah For Sabahan" dan "Sarawak For Sarawakian" muncul semula dan menjadi hangat dan tersangat hangat sekali. 

Pemimpin Malaya termasuk barua malaya di Negara Sabah telah menghentam Pejuang Nasionalis Sabahan yang melaungkan slogan "Sabah For Sabahan" tetapi telah dihentam balik dan dipatahkan oleh Pejuang Nasionalis Bangsa Negara Sarawak dengan kenyataan "Kalau bukan Sabah For Sabahan, takkan Sabah For malaya atau PTI?". 

Semangat Sarawak For Sarawakian semakin hangat dan kuat kerana kesedaran sejarah dikalangan Generasi Muda Negara Sarawak. Buktinya, penyertaan mereka dapat dilihat melalui penganjuran Hari Kemerdekaan Negara Sarawak pada 22 Julai 2014 telah mendapat sambutan yang sangat HANGAT dan telah menggerunkan malaya untuk terpaksa tunduk kepada Kebangkitan Generasi Muda Negara Sarawak yang mana dikuatkan lagi oleh sokongan pemimpin-pemimpin Nasionalis Negara Sarawak yang berada di barisan Kerajaan mahupun di barisan pembangkang yang menyokong atas kapasiti individu dan tidak mewakili parti politik mereka.

Demikian juga perkara yang sama berlaku di Negara Sabah. Aktiviti Kemerdekaan Negara Sabah telah disambut dengan cara yang sangat unik dan berjaya melakar sejarah baru untuk rujukan dan tatapan generasi masa depan. Ini kerana aktiviti Kemerdekaan dilakukan melalui satu aktiviti yang dipanggil "Ekspedisi Sabah Merdeka Day". Ia disambut oleh semua rakyat Negara Sabah yang berada di tanah air mahupun di luar negara (Negara Sarawak, Negara malaya, Negara Singapura, Negara Taiwan, Eropah-UK). Pada masa yang sama juga, Forum Awam yang memberikan kesedaran telah dianjurkan di kedua-dua negara, Sabah dan Sarawak. Dan yang lebih mengkagumkan, Forum Kesedaran juga telah diadakan di malaya. Ini telah memberi impak kesedaran yang sangat besar sekali.

Dan sebaik sahaja semua aktiviti ini selesai, kerajaan telah dengan rasminya memperkenalkan SSKM kepada satu Dunia melalui media rasminya. Ia sebenarnya merupakan satu Penghormatan kepada pihak SSKM untuk berada di kaca TV dan juga disemua surat khabar pada halaman utama muka surat.

Adakah ia menakutkan SSKM?

Ia sebenarnya membuatkan pihak SSKM berasa sangat teruja dan gembira kerana perjuangan SSKM telah mendapat pengiktirafan daripada semua pihak dengan pelbagai gelaran dan tuduhan.

Dan yang lebih membanggakan lagi apabila perdana menteri malaya, ketua polis negara serta kumpulan barisan bn-umno termasuk barisan pr turut serta memberi pengiktirafan melalui media sosial mereka masing-masing.

Siapakah Pencabar/Pihak Lawan Utama SSKM?

Sudah tentu Pencabar/Pihak Lawan SSKM adalah Kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia. Maka, orang perseorangan, ngo-ngo yang kecil-kecil yang menjadi suruhan bn-umno-pr sebenarnya bukan lawan sebenar SSKM. Dalam erti kata lain, mereka tidak layak dan tidak setaraf dengan level SSKM.

Cakap besar?

Itu Hak anda untuk sendiri menilai.

Maka dengan itu, pihak SSKM akan menyebarkan secara langsung kepada semua rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak melalui media sosial SSKM tanpa perlu berselindung lagi. Justeru, pihak SSKM menjemput anda semua untuk menyertai perjuangan ini dengan menyebarkan kesedaran Sejarah berfakta serta Hak-hak yang MESTI DITUNTUT dengan bijaksana melalui saluran Demokrasi dan Bertemadun.

Bukan melalui keganasan, rusuhan, demonstrasi atau apa-apa perbuatan yang mengancam nyawa mahupun keamanan yang bersifat fizikal tetapi perjuangan ini melalui hanya dengan sebatang Pen.

Pen lebih berkesan daripada Peluru.

Petisyen, memorendum dan Referendum merupakan saluran Demokrasi yang diiktiraf oleh Dunia dan ia merupakan pilihan tepat dalam Perjuangan SSKM.

Oleh itu, kenyataan seperti berlaku perang, pertumpahan darah, rusuhan dan sebagainya itu tidak akan berlaku. Walau bagaimanapun, jikalau ia berlaku, ia semestinya didalangi oleh bn-umno termasuklah pr kerana mereka tergugat dan terancam. Ini kerana agenda malaya bakal terkubur dan penjajahan bakal berakhir selamanya di bumi Borneo ini.

Oleh itu, mohon semua untuk sebarkan kesedaran ini kepada semua rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak untuk tidak terpengaruh dengan mana-mana cubaan yang menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk menjejaskan perjuangan SSKM. Ini kerana perjuangan SSKM melangkaui soal agama mahupun perkauman.

Ini soal TUNTUT HAK MUTLAK BANGSA NEGARA SABAH DAN BANGSA NEGARA SARAWAK!

Pergo Et Perago - Dum Spiro Spero
Reactions:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...