Sunday, 21 September 2014

Usul untuk Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia di DUN Sabah dan Dewan Parlimen DITOLAK!

Pemimpin malaya terutamanya najib mengeluarkan kata-kata pujangganya. Konon semua perkara boleh dibincangkan melalui kenyataannya baru-baru ini. Tetapi apabila Nasionalis Negara Sabah mengusulkan tentang Perjanjian Malaysia untuk dikaji semula, ditolak pula dengan alasan yang menggunakan kepala lutut mereka yang kononnya "Ia bukan perkara yang SEGERA walaupun penting".

Anda faham permainan dan ketidakikhlasan mereka? Adakah ini hasutan apabila pihak SSKM mencerahkan keadaan yang sebenar? Sila simpan keratan akhbar ini untuk simpanan masing-masing. Ini bukti bahawa kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi malaysia tidak berniat sebenarnya untuk menyelamatkan malaysia.

Pihak SSKM juga ingin berkongsi satu artikel daripada sebuah Badan NGO yang dipimpin oleh Generasi Muda Negara Sabah dan kumpulan mereka dikenali sebagai United Varsity Students of Borneo (UVSB). Sila baca artikel tersebut dibawah untuk anda fahami keadaan yang sebenar.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada tarikh 14 April 2014 bersamaan dengan hari Isnin, satu Perhimpunan Aman telah dilakukan oleh sekumpulan orang awam bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap dua usul yang ingin dibentangkan oleh YB Datuk Dr.Jeffrey G. Kitingan.

Beberapa orang awam sudah berkumpul seawal jam 8.30 pagi di luar pagar DUN. Di sebabkan orang awam tidak berpakaian formal, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan persidangan pada hari tersebut. Keadaan di luar pagar DUN Sabah, lebih kurang jam 9.15 pagi, bilangan orang yang datang semakin bertambah, dalam anggaran lebih daripada 60 orang yang hadir. Yang hadir terdiri daripada golongan generasi muda dan veteran. 

Disebabkan hanya mereka yang berpakaian formal ketika itu dibenarkan masuk, saya dan beberapa rakan berkesempatan untuk turut serta dalam menyaksikan Persidangan di Dewan Undangan Negeri (NEGARA). Tepat pada jam 10.00 pagi, Persidangan telah bermula dengan bacaan doa dan seterusnya pembentangan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Sabah, diikuti dengan Menteri yang lain dan seterusnya ADUN. ADUN dari Kelab Penyokong Kerajaan (Backbenchers) Negeri Melaka yang diketuai oleh Speaker DUN Melaka ketika itu telah datang berkunjung dan turut serta dalam dewan menyaksikan Persidangan tersebut.

Saya dan beberapa rakan yang lainnya datang hanya untuk menyaksikan dan menyokong dua usul yang ingin dibentangkan oleh YB.Datuk Dr.Jeffery G.Kitingan, iaitu usul mengenai “Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963 dan Hak Pemilikan Minyak dan Gas Negara Sabah” tapi malangnya pembentangan ditolak oleh Tuan Speaker atas alasan lambat dan tidak diterangkan atas peraturan apa yang digunakan untuk membentangkan usul tersebut.

Mendengar Tuan Speaker berkata demikian, terpancar kekecewaan di wajah-wajah beberapa rakan yang turut hadir dalam dewan ketika itu. Dalam hati pasti ada yang tertanya-tanya mengapa usul yang ingin dibentangkan tidak diterima. Kalau dikatakan ianya tidak penting, itu sesekali tidak masuk akal, sebab kenapa? Sebab usul yang ingin dibentangkan itu adalah soal kepentingan rakyat Negara Sabah dan juga untuk kepentingan generasi yang akan datang.


Walaubagaimanapun, Persidangan tetap diteruskan dengan membincangkan dan membentangkan usul yang dibawa oleh ADUN masing-masing. Dalam Persidangan tersebut, walaupun usul yang ingin dibentangkan oleh YB. Datuk Dr.Jeffery G.Kitingan tidak dapat dibentangkan, beliau tetap menyelitkan soal mengenai hak-hak dalam setiap sesi soal jawab sepanjang berada di dalam dewan tersebut.

Dan kira-kira jam 5.00 petang, Persidangan pada hari tersebut telah berakhir. Walaupun di dalam Dewan Undangan Negeri (NEGARA), motion ditolak atas alasan ataupun masalah teknikal tetapi, ketika berada diluar pagar Dewan Undanga Negeri (NEGARA), Pejuang berjaya menyerahkan memorendum berkaitan kepada kedua-dua Timbalan Speaker DUN iaitu Datuk Johnny Mositon dan Datuk Johnson Tee.

Tahniah kepada Pejuang-pejuang dan terima kasih kepada warga Sabahan yang sentiasa menyokong. Teruskan menyokong. Ini baru permulaan. Kepada generasi muda Sabahan, mari bangkit bersama menuntut Hak kita yang sudah dirampas oleh si penjajah. Jangan takut sebab kita tidak akan berjalan sendiri. “You’ll Never Walk Alone” Come together we fight for our right. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? BAH ! HARAPAN !

Tak kan mau yang ‘mumu-mumu’ lagi kita dapat kan?. Belum terlambat kalau kau, saya dan kita bersatu. Come Sabahan!!

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...