Wednesday, 24 September 2014

Wajarkah UMNO terus berkuasa di sabah?

Salah satu manipulasi Kuala Lumpur terhadap politik Sabah: Mengguling Kerajaan Sabah yang tidak Akur Kepada Kehendak Kuala Lumpur.

Sejak Sabah memperoleh kemerdekaan pada 31hb Ogos 1963, Kuala Lumpur telah memastikan supaya mana-mana Ketua Manteri Sabah tidak akan bertahan lama apabila mereka tidak akur kepada kehendak Kuala Lumpur;

1. Donald Stephen (Tun Fuad) telah digulingkan dari jawatan Ketua Menteri Sabah pertama digantikan Datu Mustapha (Tun) dengan penglibatan pemimpin Kuala Lumpur (Syed Kechik sebagai penasihat kepada Tun Mustapha dikatakan telah memainkan peranan penting dalam hal ini). Ini kerana Donald Stephen sebagai Ketua Menteri Sabah pertama telah memperlihatkan kesungguhannya mempertahankan Konsep Asal Pembentukan Malaysia iaitu ‘rakan sama rata’. Tindakan serupa juga dilakukan oleh Kuala Lumpur untuk menggulingkan Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak pertama.

2. Keengganan Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah untuk tunduk kepada kehendak Kuala Lumpur pada tahun 1975, menyebabkan Kuala Lumpur tidak selesa dan melihat tindak-tanduk Tun Datu Mustapha sebagai menggagalkan usaha Kuala Lumpur untuk terus menguasai Sabah. Keengganan Tun Datu Mustapha untuk menyerahkan kekuasaan minyak petroleum Sabah kepada Kuala Lumpur melalui Petronas, tidak menyenangkan Kuala Lumpur. Difahamkan bahawa Tun Datu Mustapha menuntut supaya Sabah mendapat 35% daripada hasil minyak petroleum Sabah, sedangkan Kuala Lumpur hanya mahu memberi 5% kepada Sabah. Dengan fitnah bahawa kononnya Tun Datu Mustapha sedang merancang membawa keluar Sabah dari Malaysia, Kuala Lumpur menaja Parti BERJAYA untuk menumbangkan USNO dalam pilihan raya negeri pada tahun 1976. Dalam pilihanraya tersebut, USNO telah tumbang di tangan BERJAYA.

3. Tun Fuad, Ketua Menteri di bawah Kerajaan Berjaya pula telah ditimpa nahas kapal terbang dalam penerbangan balik ke Kota Kinabalu dari Labuan. Tun Fuad tidak menandatangani perjanjian penyerahan kuasa petroleum kepada Petronas dalam pertemuannya dengan rombongan Kuala Lumpur di Labuan kerana, baginya perkara itu harus dibawa dalam mesyuarat kabinet dahulu. Datuk Haris Salleh, Ketua Menteri Sabah yang telah menggantikan Tun Fuad Stephen telah mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kuala Lumpur dengan kenyataan Mahathir, “berenang dan tenggalam bersama Berjaya”. Datuk Haris Salleh telah menandatangani penyerahan kekuasan petroleum Sabah kepada Kuala Lumpur melalui Petronas, pada 14hb Jun 1976, iaitu 8 hari selepas nahas kapal terbang yang meragut nyawa Tun Fuad dan rakan-rakannya, tanpa dibawa dalam perbincangan kabinet menterinya.

4. Apabila Kerajaan Berjaya ditumbangkan PBS dalam pilihan raya 1985, Datuk Joseph Pairin (Tan Sri) tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kuala Lumpur kerana perjuangan PBS pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri) pada ketika itu dilhat mencabar kepimpinan Persekutuan dengan mengungkit hal berkaitan dengan Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia yang di perkenalkan oleh Datuk Dr Jeffrey dalam perjuangan PBS. Peruntukan wajip dari kerajaan pusat di sekat sebanyak boleh di waktu era pemerintah Mahathir.Kerajaan pada waktu itu banyak menggunakan hasil negeri sahaja , walaupun minyak gas sabah sebenarnya banyak yang di kaut kerajaan pusat, Labuan pula tergadai oleh Haris. walaupun Haris tahu hasil utama gas minyak ada di Labuan,kerana mahukan nama dan pangkat dan bertindak akur dengan KL.

Sejak UMNO menguasai kerajaan negeri, Ketua Menterinya amat selesa kerana tidak lagi diganggu Kuala Lumpur. Ini kerana Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinannya sentiasa tunduk kepada Kuala Lumpur termasuklah menyerahkan beratus ribu ekar tanah Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dan syarikat-syarikat gergasi Malaya dan bekerjasama memberi kerakyatan kepada pendatang tanpa izin demi kepentingan politik mereka.

Ini semua tidak disedari oleh orang asal Sabah selama ini dan saling menyalahkan sesama sendiri tanpa mengambil usaha memahami 'tangan-tangan ghaib' dari Malaya yang telah memainkan peranan.

Wajarkah UMNO terus berkuasa di sabah?

Source: 1 Suara Sabah
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...