Friday, 24 October 2014

Akta Hasutan Untuk Siapa???

Akta Hasutan dari MALAYA sebenarnya TIDAK terpakai di SABAH dan SARAWAK kerana SS tidak ikut serta didalam pembentukan MALAYSIA. MALAYA menjadikan SS sebagai NEGERI supaya AKTA HASUTAN itu juga digunakan di SS tapi HAKIKATNYA – MALAYA menipu rakyat SS sebab mereka menurunkan SS sebagai sebuah negeri dan menjadikan seolah-olah AKTA ini terpakai di SS. 

Apabila rakyat SS bersuara kerana tidak puas hati dengan PENIPUAN MALAYA, maka MALAYA mengUGUT dan MENGANCAM keselamatan SEMUA penduduk SS dengan AKTA HASUTAN supaya SS berhenti bersuara. MALAYA sendiri membuat ANCAMAN KESELAMATAN yang sangat SERIUS.UN juga tidak setuju dan menentang ancaman ini.

Penduduk SS BOLEH MENDAKWA MALAYA di bawahHAK ASASI ANTARABANGSA kerana MALAYA telah mengHASUT penduduk SS yang mengatakan bahawa SABAH dan SARAWAK ialah sebuah NEGERI dan bukan NEGARA , Ini secara tidak langsung MALAYA MENGHASUT rakyat SS supaya TIDAK bersuara tentang HAK SS. Malaya benar-benar menipu penduduk SS.

KRONI kerajaan yang MENGAPI-APIkan MALAYA supaya menghentikan SUARA sabah dan Sarawak sepatutnya dikenakan AKTA HASUTAN kerana berusaha untuk menghasut penduduk SS untuk TIDAK mempertahankan hak mereka.

Penduduk SS hanya bersuara dan meminta suara mereka didengar TETAPI MALAYA tidak peduli suara SS malahan menganggap penduduk SS semuanya BODOH dan tidak akan membuat TINDAKAN terhadap penipuan MALAYA tetapi sebenarnya mereka (MALAYA) silap. Kesilapan MALAYA ini merupakan satu tindakan yang tidak BERPERIKEMANUSIAAN dan mereka membuat kesilapan selama 51 TAHUN sehingga sekarang.


Kebanyakan MALAYA berpihak kepada kelas ATASAN semata-mata. Apabila kelas atasan mendapat tempat, kelas bawahan yang menjadi mangsa. Seperti GOLONGAN bangsawan yang tidak SUKA dikritik oleh GOLONGAN BAWAHAN atau Rakyat BIASA. MALAYA bukan RAJA dan BUKAN pemimpin yang BERKALIBAR. Jika benar berkalibar, mengapa KEPIMPINAN mereka hanya HANGAT-HANGAT tahi LEMBU sahaja?

UN dan US juga memberikan nasihat dan amaran kepada MALAYA supaya TIDAK menggunakan AKTA HASUTAN untuk rakyat SS yang berusaha untuk meminta HAK dikembalikan semula tetapi MALAYA seperti BERKERAS dan tidak mahu mendengar NASIHAT.

US dan UN memberikan nasihat dan AMARAN kepada MALAYA supaya tidak menggunakan AKTA HASUTAN sesuka hati kerana akta itu sudah dikaji oleh HAK ASASI ANTARABANGSA dan ternyata AKTA itu melanggar HAK bersuara rakyat dan berlawanan dengan HAK ASASI MANUSIA. 

Picture Credit To International Justice
UN dan US menyokong tindakan penuh Doris Jones untuk mengumpul tandatangan rakyat Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan bahawa sebarang ANCAMAN daripada MALAYA terhadap Doris Jones akan diADILI di MAKHAMAH ANTARABANGSA. 


Sebarang tindakan KEJAM MALAYA akan dinilai setiap INCI dan dicatit oleh UN kerana hak antarabangsa ini melibatkan SUARA SELURUH DUNIA.

Dengan itu, adalah wajar bagi Doris Jones berada di LONDON sekarang supaya semua urusan yang berkaitan dengan UN akan berjalan dengan lancar dan teratur. Apabila tiba masanya nanti, Doris Jones akan balik ke SABAH. 

Penduduk SS bukan hamba abdi MALAYA. Tanpa MINYAK dari SS, pembangunan di semenanjung tidak akan WUJUD pada hari ini. MALAYA menggunakan AKTA HASUTAN untuk menakut-nakutkan penduduk SABAH dan SARAWAK. AKTA HASUTAN itu seharusnya TIDAK WUJUD untuk Sabah dan Sarawak.

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...