Thursday, 23 October 2014

Anak Muda Berani Menuntut Hak dan Self-Determination

KOTA KINABALU: Anak muda (Gen-Y) kini berani dan lantang bersuara menuntut hak dan self-determination untuk Sabah dan Sarawak selepas mengetahui kebenaran sejarah kenegaraan Sabah dan Sarawak. Tiada yang dapat menghalang gerakan ini sekalipun rakyat Sabah dan Sarawak berdepan ancaman, ugutan, dan bermacam cabaran dan halangan daripada pihak kuasawan dalam memastikan perjuangan murni ini mencapai kejayaan. 

Bagi Sabah, perjuangan ini adalah untuk memulihkan status Sabah sebagai negara dalam Persekutuan Malaysia seperti mana persetujuan asal penubuhan Malaysia. Perjuangan ini bukan untuk memisahkan Sabah daripada Persekutuan Malaysia, tetapi sebaliknya berjuang supaya persetujuan asal penubuhan Malaysia dipatuhi. 

Tiada yang salah dalam perjuangan ini, malah jika perjuangan ini dipatuhi oleh regim Malaya yang selama ini tidak menghargai dan menghormati dan melaksanakan semangat, terma dan syarat perjanjian Malaysia, sudah pasti Persekutuan Malaysia akan bertambah maju dan makmur, dengan rakyatnya saling bersatu hati dengan aman dan damai, tanpa prejudis kaum, agama, dan wilayah.

Persetujuan asal penubuhan Persekutuan Malaysia ialah setiap negara anggota yang menandatangani perjanjian Malaysia (iaitu Malaya, Singapura (kemudian disingkirkan pada 9 Ogos 1965), Sarawak, dan Sabah merupakan:

Generasi Y
a. Rakan kongsi sama taraf dan sama rata dalam Persekutuan Malaysia;
b. Malaya, Sabah, Sarawak merupakan entiti yang berasingan dan berkerajaan sendiri 
c. Malaya, Sabah, dan Sarawak mempunyai individualiti dalam pelaksanaan pemerintahan dan pentadbiran masing-masing
d. Negara-negara anggota bekerjasama dari segi politik, ekonomi, dan sosial.

Tiada sebab mengapa perjuangan murni ini tidak berjaya dicapai untuk membentuk Malaysia yang sebenar. Walaupun sudah 51 tahun wujudnya Malaysia yang songsang, iaitu persetujuan asal perjanjian Malaysia tidak dihormati dan dipatuhi, namun Malaysia yang sebenar boleh dipulihkan.  Memandangkan regim Malaya sehingga kini tidak mendengar dan melaksanakan semangat, terma dan syarat perjanjian Malaysia, maka rakyat Sabah dan Sarawak tidak dapat berdiam diri lagi. Bagi Gen-Y yang sudah berumur 16 tahun ke atas, mereka boleh menandatangani kedua-dua petition, iaitu:

a. Call for Sabah Sarawak Rights

b. People's Petition to United Nations to Seek for Self-Determination for Sabah and Sarawak

Petition ini amat penting untuk membolehkan tuntutan hak dan hasrat menentukan nasib sendiri oleh Sabahan dan Sarawakian didengar di PBB. Sehubungan itu, marilah kita semua yang bersetuju dengan petition ini menandatanganinya.

Jebon Janaun 
Presiden Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)
Kota Marudu
23 Oktober 2014

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...