Sunday, 19 October 2014

Hak Anda dan Hak Kami

Pihak SSKM ingin memaklumkan bahawa Perjuangan SSKM adalah PERJUANGAN BANGSA NEGARA SABAH DAN BANGSA NEGARA SARAWAK!

Mana-mana individu mahupun NGO berhak untuk melibatkan diri atau organisasi mereka dalam perjuangan ini. Namun begitu, pihak SSKM juga tidak berhak untuk menghalang mana-mana individu ataupun organisasi yang berkeinginan untuk menentang perjuangan SSKM. Itu HAK ANDA! Demikian juga dalam meneruskan PERJUANGAN INI JUGA HAK MUTLAK SSKM yang mewakili SUARA MAJORITI Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Tidak dinafikan ramai yang menentang namun MAJORITI MENYOKONG PERJUANGAN INI.

Dalam sistem demokrasi, setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan sesiapa yang mampu mendapatkan sokongan majoriti, kuasa akan berpihak kepada suara majoriti. Dalam perjuangan SSKM, majoriti Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak MENYOKONG SSKM sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Secara terang-terangan mahupun secara diam-diam.

Sama ada mereka daripada mana-mana fahaman ideologi politik yang penting mereka menyokong atas kapasiti individu dan TIDAK mewakili parti politik.

Penyokong tegar SSKM adalah terdiri daripada pelbagai fahaman ideologi politik yang berbeza. Mereka adalah dalam golongan penyokong parti-parti malaya dan juga parti-parti tempatan TETAPI BERSATU dalam menyokong PERJUANGAN SSKM SEBAGAI BANGSA NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK YANG MERDEKA SERTA BERDAULAT!

Itu adalah REALITI!

Sebarkan...

***Pihak SSKM bergerak dibawah naungan Sabah Sarawak Union (SSU)-UK yang berdaftar dan ia merupakan satu Pergerakkan yang SAH***
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...