Friday, 24 October 2014

Kenapa sentimen pemisahan timbul - Mojigoh

Penampang: Seorang lagi Ahli Parlimen Sabah, Ahad lepas, meminta secara terbuka supaya Kerajaan Persekutuan mendengar dengan serius rungutan rakyat daripada mengugut pengkritiknya dengan tindakan tegas atau penjara.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr.Marcus Mojigoh berkata sentimen untuk memisahkan Sabah dari Malaysia timbul kerana rakyat tidak senang hati dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau diminta mengulas mengenai satu kenyataan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh apabila membahaskan Bajet 2015 baru-baru ini.

Ghapur berkata, memang tidak hairan pergerakan pemisahan mula timbul di Sabah memandangkan dasar berat sebelah yang dilaksanakan di negeri ini yang membantu BN mengekalkan kuasa dalam dua pilihan raya umum sebelum ini.

"Memang benar. Saya setuju dengan Datuk Ghapur". Sebab itulah semua sentimen tidak puas hati dengan Kerajaan Persekutuan ini timbul kata Mojigoh kepada pemberita apabila mengunjungi satu Majlis Rumah Terbuka Deepavali yang dihoskan oleh Penolong Setiausaha MIC Sabah Balachandran a/l Kamachandran di kediamannya di Kg.Babah Bunduon, Penampang.

Katanya,, ia harus diingatkan bahawa Sabah memberi banyak sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya umum sehingga mereka dapat memerintah sekali lagi.

Tentang isu Rumah Mesra Rakyat dan rumah mampu milik, beliau berkata Kerajaan Persekutuan yang membuat janji itu kepada Sabah.

Beliau berkata, daripada melaksanakannya di Sabah, ia sebaliknya dilaksanakan di Langkawi dan Putrajaya serta kawasan bandar.

Jadi, kenapa golongan miskin di Sabah dan Sarawak tidak diberi perumahan seperti itu?" Katanya, menambah hanya tiga program atau projek seperti dirancang.

Bagaimanapun, katanya, ia belum lagi dilaksanakan sedangkan projek di Langkawi dan Putrajaya telah pun dilaksanakan.

Sarawak, katanya, hanya dijanjikan dua projek perumahan yang dibiayai Persekutuan.

Tentang isu Lebuh Raya Pan Borneo, Mojigoh berkata kontraktor Sabah tiada peluang terhadap syarikat yang kaya dari semenanjung.

Beliau berkata, Lebuh Raya Ekspress sepanjang 50 kilometer di Lembah Klang menelan belanja RM5.3 bilion untuk dibina, namun Sabah dan Sarawak diberikan lebih sedikit saja daripada 2 bilion untuk pembinaan kemudahan asas dan infrastruktur seperti jalan raya.

Bukankah ini menganak-tirikan Sabah dan Sarawak?

Kenapa pula hanya orang kaya (Lembah Klang mempunyai ramai penduduk kaya) diberi keutamaan, yang tidak pun mengundi Barisan Nasional?" soalnya.

Klang Valley katanya, berada dibawah pembangkang tetapi Sabah dan Sarawak yang menyokong BN ketika susah dan senang dalam dua pilihan raya umum terdahulu tidak menerima ganjaran yang sewajarnya.

Atas sebab inilah, antara sebab-sebab lain, katanya kumpulan seperti Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dibentuk.

Orang-orang ini tidak bodoh dan mereka tidak gembira, katanya.

Jadi kerajaan perlu mendengar. Adalah sangat penting untuk kerajaan mendengar rakyat.

"Janganlah ada menghasut keluar Malaysia, ambil tindakan... mau dijel lah... mau di kasi active itu akta hasutan la (apabila ada desakan untuk keluar Malaysia, jangan hanya ambil tindakan atau mengugut untuk memenjarakan mereka atau untuk mengaktifkan Akta Hasutan)," katanya.

Apabila pemimpin dari Kuala Lumpur menyatakan semua ancaman itu, katanya rakyat akan marah.

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...