Thursday, 30 October 2014

Perbezaan antara 18 & 20 Points dan Kontrak Sosial


Adakah anda faham mesej dalam gambar ini??? Mesej dalam gambar ini ialah;

1. Kontrak Sosial dan Perjanjian Malaya.

2. Memorundum 18 & 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia.

Sering kali kita mendengar pemimpin malaya mengatakan "rakyat malaysia" mesti menghormati kontrak sosial. Untuk perkara ini, kontrak sosial TIDAK BOLEH dikenakan/diguna pakai keatas Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak kerana kontrak sosial hanya kontrak yang terikat kepada orang melayu, cina dan india di malaya.

Memorundum 18 & 20 Perkara pula adalah persefahaman dan persetujuan yang telah dikecapi untuk dipatuhi dan dilaksanakan dalam persekutuan malaysia yang melibatkan 4 buah negara iaitu Negara North Borneo (Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura dan Negara malaya. Tapi kini hanya tinggal 3 negara saja lagi. 

Perkara 18 & 20 Perkara dan perjanjian malaysia adalah untuk 4 (kini tinggal 3) bangsa persekutuan malaysia iaitu Bangsa Negara Sabah, Bangsa Negara Sarawak, Bangsa Negara Singapura dan Bangsa malaya. Manakala Kontrak Sosial dan perjanjian malaysia 1957 adalah diguna pakai hanya kepada bangsa malaya sahaja.

Sekarang anda faham???
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...