Tuesday, 21 October 2014

"Sertailah Perjuangan SSKM melalui Sabah Sarawak Union (SSU)-UK secara RASMI"

Ini adalah untuk tujuan Publisiti... Sertai Perjuangan SSKM yang bergerak dibawah satu Pertubuhan NGO yang berdaftar di United Kingdom (UK) yang bernama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK.

Perjuangan SSKM ini tidak akan terhenti selepas Negara Sabah dan Negara Sarawak berpisah daripada persekutuan malaysia ini tetapi akan sentiasa relevan mengikut peredaran zaman kerana tampuk kepimpinannya akan diambil alih oleh rakyat Bangsa Negara Sabah/Negara Sarawak yang berjiwa Nationalist.

Apakah keistimewaan yang diperolehi sebagai ahli yang berdaftar secara sah?

1. Anda akan memperolehi sijil dalam bentuk PDF yang akan dikirimkan kepada anda melalui email. Ia juga berserta dengan nombor keahlian anda.

2. Anda boleh bergerak aktif sebagai seorang ahli SSKM dibawah nama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK kerana ia adalah satu pertubuhan yang Sah kerana telah berdaftar dibawah bidang kuasa undang-undang UK.

3. Pertubuhan ini adalah pertubuhan yang bergerak di Negara Sabah dan Negara Sarawak serta diperingkat antarabangsa. 

4. Keahlian dalam pertubuhan ini adalah percuma. Hanya Kesetian dan Kepercayaan sahaja yang dipinta untuk menjadi ahli. Walau bagaimanapun, anda perlulah memberikan maklumat asas seperti yang diminta dalam borang Online SSKM.

5. Anda akan mendapat Info Terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dan telah dianjurkan SSKM yang akan dikongsikan khas untuk ahli sahaja.

6. Mengapa mahu mendaftar dan menjadi ahli Pertubuhan ini? Kerana Pertubuhan ini sedang melakar sejarah sebagai sebuah Pertubuhan yang berani memperjuangkan Nasib Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak daripada Penindasan oleh kerajaan persekutuan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia.

7. Dan apa lagi? Pertubuhan ini dianggotai oleh golongan Pejuang-pejuang Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak... Golongan Nasionalis.

Jadi, sertailah perjuangan ini secara rasmi dengan menjadi ahli tetap seumur hidup.

Join The Fight!
Sertai Perjuangan Ini!

***Keahlian akan digugurkan jikalau ahli telah didapati mengkhianati Teras Perjuangan ini*** 

Sila klik link dibawah ini untuk mendaftarkan diri anda menjadi ahli...


Sebarkan...
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...