Thursday, 30 October 2014

Syed Kechik merupakan penasihat kepada Tun Mustapha...

Untuk pengetahuan umum... 

Syed Kechik merupakan penasihat kepada Tun Mustapha...

Segala yang berlaku semasa Zaman Pemerintahan USNO sebenarnya adalah hasil daripada nasihat syed kechik.

Sekarang, anda faham mengapa 3 pemimpin Terulung Borneo iaitu Stephens Kalong Ningkan, Tun Mustapha dan Donald Strphens digulingkan??? 

Sebab malaya tidak mahu mereka melaksanakan agenda pemisahan daripada persekutuan malaysia.

Kini, pihak SSKM akan dan sedang dalam usaha untuk menjayakan misi perjuangan ini yang tidak kesampaian kerana komunikasi yang terhad. 

Maka dengan itu, rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak mesti bersama-sama menjayakan misi ini...

Maklumat mengenai Latar Belakang Syed Kechik Syed Mohamad Al-bukhary

Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary merupakan tokoh korporat Melayu Malaysia yang terkenal .Syed Kechik ialah bapa mentua pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, antara bilionair terkaya di Malaysia. Beliau menjadi pengasas Yayasan Syed Kechik. Beliau terlibat dalam pembangunan hartanah, perhotelan, projek perumahan dan pelaburan asing.[1] Antara syarikatnya ialah Syed Kechik Holdings Sdn. Bhd. Syed Kechik merupakan simbolik dan idola kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970

Pada 1949, Syed Kechik menjejaki Senu Abdul Rahman , Tan Sri Khalid Abdullah dan Monte Zain sambung belajar di California,Amerika Syarikat. Wartawan Zainuddin Maidin dalam buku 'Hari Itu Sudah Berlalu' menceritakan pengalaman perantauan anak-anak Kedah ini ke Amerika. Buku 'Out of Malaya' (1996) turut menceritakan pengalaman mereka merantau ke Amerika Syarikat.

Pada usia 20 tahun, Syed Kechik merantau ke Amerika dengan bekerja sebagai kelasi kapal dagang. Beliau tiba di New York pada 1949 dan bertemu dengan Mohammed Zain Tajuddin ('Monte Zain') dan Senu Abdul Rahman. Setelah mendapat diploma, beliau sambung belajar di Los Angeles City College - jurusan ekonomi dan sains politik di Universiti of California di Los Angeles. Beliau bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk dan pelayan beberapa restoran di sekitar Los Angeles bagi membiayai pengajiannya.

Namun sekembalinya ke Tanah Melayu pada 1955, kelayakannya tidak diiktiraf. Sementara mencari kerja , Syed Kechik berkenalan dengan Zainuddin Maidin - seorang pemberita sambilan di Pasar Yaakob, Alor Setar.

Pada 1959 beliau pergi United Kingdom pula, belajar jurusan undang-undang bagi melengkapkan perjuangannya mengisi kemerdekaan Tanah Melayu.

Adiknya Syed Salim Albukhary kini menetap di Amerika Syarikat.

Sekembali dari London, Syed Kechik bekerja di syarikat guaman di Kuala Lumpur. Syed Kechik terlibat dalam politik di Kedah dan Sabah era Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein. Syed Kechik juga menjadi Setiausaha Politik Menteri Penerangan dan Penyiaran, Datuk Senu Abdul Rahman (1964-1965).

Beliau penyumbang kepada pembinaan Bangunan Tunku di Alor Setar yang kini menjadi pejabat UMNO Kedah. Beliau membantu Tun Razak memperteguhkan politik negara pasca peristiwa 13 Mei 1969.

Selain itu menyertai jawatankuasa sementara untuk membentuk sebuah parti berasaskan sistem pengkaderan. Turut serta ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad (pengerusi), Datuk Senu bin Abdul Rahman, Syed Jaafar Albar, Abdullah Ahmad dan beberapa penasihat undang-undang seperti Prof. Ahmad Mohamed Ibrahim dan Prof. Nik Abdul Rashid.

Syed Kechik menjadi Penasihat Undang-undang kepada Ketua Menteri Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harun (1968-1975) di Sabah. Malahan beliau mewakili Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) sebagai persediaan menjelang pilihan raya pertama negeri berkenaan pada 1967. Dalam Pilihan raya negeri Sabah 1967, USNO berjaya memenangi 14 kerusi, pembangkang Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mendapat 12 kerusi. USNO membentuk kerajaan apabila bergabung dengan Parti Cina Sabah (SCA) yang memenangi empat kerusi.

Pada 15 Jun 1967, Syed Kechik dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah dengan menyediakan tajaan dan biasiswa pendidikan kepada anak-anak Sabah. Kemelut dalam USNO menyebabkan USNO tewas kepada Parti Berjaya pada Pilihan raya negeri Sabah 1976.

Bruce Ross Larson menerusi buku Politic Of Federalism menceritakan peranan Syed Kechik sebagai pakar taktik dan strategi politik federalisme di Sarawak dan Sabah ketika awal penyertaan kedua-dua negeri itu dalam Malaysia tahun 1965-1966. Ketika itu kedua-dua negeri berkenaan berada dalam tekanan krisis politik dalaman dan ancaman keselamatan terhadap perpaduan Malaysia dari Singapura dan konfrantasi Indonesia.

Ekoran kekalahan USNO , Syed Kechik kembali ke Kuala Lumpur dan terlibat dalam pembinaan Wisma On Tai sekitar 1970-an dan pembangunan syarikat hartanah Sri Hartamas Corporation Bhd. Syarikat ini mempunyai bangunan sendiri iaitu Yayasan Syed Kechik di Bangsar.

Sekembali dari Amerika Syarikat (1955), Syed Kechik singgah di Singapura dan pernah ditemuduga di Studio Shaw Brothers , Jalan Ampas, Singapura untuk menjadi bintang filem. Syed Kechik memang seorang yang tinggi , kacak dan sedikit kerinting. Tetapi bidang perfileman bercanggah dengan status keluarga 'Syed' nya.

Pelakon filem Mustapha Maarof menasihati beliau agar tidak meneruskan cita-citanya menjadi pelakon kerana bergaji kecil dan tidak sesuai dengan kelulusan tinggi yang dimilikinya. Namun beliau membuka syarikat filem Syed Kechik Production di Kuala Lumpur. [4]

Syed Kechik merupakan Presiden pertama Persatuan Pengeluar-pengeluar Filem Malaysia (PFM) dengan mengalahkan Tan Sri Jins Shamsuddin pada 1980. Kemudian menjadi Presiden Festival Filem Asia Pasifik Ke-27 pada 1982 dengan mengeluarkan belanja sendiri RM250,000.

Syed Kechik Film Productions mengeluarkan filem Bintang Pujaan 1979. Filem lain ialah Sumber Ilhamku lakonan Mahmud Jun dan Datuk Sharifah Aini.

Pada 10 April 2009, Syed Kechik meninggal dunia kerana sakit jantung dalam usia 81 tahun. Beliau meninggal dunia di rumah menantunya, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Jalan Sultanah, Alor Setar,Kedah. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary, Alor Setar.

Ketika hayatnya, Syed Kechik tidak meninggalkan wasiat atau hibah berhubung hartanya itu.

Pada 14 Julai 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mebicarakan kes perebutan harta bernilai RM400 juta.Anak lelaki Syed Kecik iaitu Syed Gamal memohon kaveat terhadap keluarga tirinya bagi menghalang mereka menguruskan harta pusaka itu tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu. Syed Gamal diwakili peguam Azhar Arman Ali, Zulkifli Che Yong dan Azmi Tan Sri Mohd Rais manakala peguam Datuk N.Vijay Kumar mewakili Puan Sri Sofiah Moo Abdullah, Puan Sri Sharifah Zarah dan Sharifah Munira.

Syed Gamal (46) merupakan anak lelaki tunggal Syed Kechik dengan isteri pertamanya.Ibunya, Zainab @ Eshah Abdullah sebagai sebagai kaveator manakala ibu tiri iaitu Sofiah dan adik tiri, Sharifah Zarah dan Sharifah Munira sebagai pempetisyen.

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...