Sunday, 19 October 2014

USNO Dipermainkan, Dikhianati dan Diperbodohkan oleh pemimpin malaya (umno-bn)

Sistem Pecah dan Perintah Barisan Nasional terhadap Sabah diperhebatkan setelah UMNO memasuki Sabah. Setelah memperdayakan USNO, UMNO berjaya memasuki Sabah dan meneruskan tindakan-tindakan mereka mengikut selera mereka. Manakala pemimpin-pemimpin USNO telah tidak relevan lagi bagi mereka. Apabila Tun Mustapha menyedari tidak-tanduk UMNO yang bertentangan dengan harapan Tun Mustapha dan pengikut USNO, mereka cuba menentang. 

Namun, malangnya dengan segala kuasa yang berpihak kepada UMNO, USNO telah dibubarkan dan sehingga kini tidak diberi peluang untuk dipulihkan semula. Kita faham dengan jelas sebab kenapa USNO tidak dapat dipulihkan walaupun sudah banyak usaha dari berbagai- bagai pihak dalam USNO mendaftarkan semula USNO sebagai sebuah parti politik. 

Pemimpin UMNO Kuala Lumpur pastinya telah menyedari bahawa rakyat Sabah sama ada bumiputera Islam atau bukan Islam tidak menerima sepenuhnya kehadiran UMNO di Sabah. Untuk memastikan cengkaman UMNO terhadap Sabah terus terjamin, mereka terus memanfaatkan kehadiran pendatang asing dengan kerjasama Kerajaan Barisan Nasional memberikan kerakyatan kepada mereka yang seterusnya menjadi penyokong UMNO.

Tidak mungkin Kerajaan Barisan Nasional akan mendaftar sebuah lagi parti politik di Sabah yang berpotensi untuk mengalihkan sokongan rakyat terutama sekali yang boleh menjejaskan kedudukan UMNO. Manakala parti politik yang dipimpin oleh masyarakat Kadzandusun dan Cina, sangat mudah mendapat pendaftaran. 

Dengan tindakan-tindakan licik pemimpin UMNO pada tahun 1994 ketika UMNO menjatuhkan PBS, parti politik di Sabah bertambah iaitu selain PBS yang sedia ada, UPKO, PBRS, SAPP dan LDP telah begitu mudah didaftarkan. Keadaan ini telah memecah-belahkan orang- orang Sabah yang tidak menyokong UMNO.
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...