Friday, 14 November 2014

Hentikan Pengangguan Terhadap Activis Hak Sabah – Dr. Jeffrey

Thursday, 13 November 2014

Kota Kinabalu: "Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan dan mereka yang berkuasa perlu berhenti bersikap seperti penjajah zaman kolonial dan menghentikan gangguan terhadap rakyat Sabah dan aktivis-aktivis hak Sabah yang hanya menginginkan kedudukan yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah bagi Sabah di dalam Persekutuan Malaysia" kata Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Ketua STAR Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Bingkor, Sabah, sebagai tindak balas kepada laporan bahawa 10 orang Sabah dipanggil untuk memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Ranau pada hari Selasa dalam siasatan kerana hasutan untuk suatu insiden dilaporkan berlaku di Tambunan.

Penggunaan siasatan yang didakwa itu merupakan penyalahgunaan kuasa yang jelas demi matlamat menjadi tuan kepada dan menguasai orang Sabah untuk memastikan penguasaan dan penjajahan UMNO/Malaya ke atas Sabah" tambah Dr Jeffrey.

Pasukan 4 penyiasat polis dari IPD Keningau telah menyoal 10 orang tersebut yang dikaitkan dengan sebuah NGO, Semangat Sehati Perjuangan Rakyat (SSPR), selama hampir 6 jam dari waktu pagi sehingga kira-kira 4:00 petang.Antara soalan-soalan yang ditanya adalah apa yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan pengumpulan tandatangan mengenai hak-hak Sabah.

Walaupun difahamkan bahawa penyiasat-penyiasat telah bertindak secara profesional dan sopan, ia masih merupakan salahguna kuasa. Tiada apa-apa jenayah atau kesalahan untuk sesiapa Sabahan yang berjuang untuk memulihan hak-hak, hak istimewa dan autonomi Sabah yang telah diambil atau terhakis sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Namun, para penyiasat telah dilaporkan sebagai berkata perkara itu akan dirujuk kepada Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Sebelum ini, dua anggota lain yang dikatakan ahli SSPR juga telah dipanggil oleh pihak polis IPD Ranau dan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengumpulkan tandatangan dalam kempen tandatangan untuk menuntut hak-hak Sabah di Ranau dan Kundasang.

Sementara itu, Dr Jeffrey ketika memberi maklum balas mengenai isu ini, berkata pihak berkuasa tidak harus mengganggu pergerakan aktivis yang tidak lebih daripada memperjuangkan hak-hak Sabah mengikut undang-undang yang timbul daripada kegagalan kerajaan persekutuan dalam menghormati Perjanjian Malaysia 1963 dan layanan yang tidak adil terhadap rakyat Sabah.

Pihak polis harus mengetahui bahawa Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan oleh dalam kes YB. Nik Nazmi bahawa Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan berhimpun dan adalah tidak sahih mengikut perlembagaan untuk mengenakan kehendak memberi notis kepada pihak polis sebelum berhimpun. Ia adalah undang-undang yang jelas dan nyata dimana polisi telah tidak mematuhi dan diguna untuk mengganggu aktivitis dan nasionalis hak Sabah.

Ia adalah satu fakta yang nyata bahawa nasionalis dan aktivis hak-hak Sabah tidak berhasrat untuk menghasut rakyat Sabah untuk menarikdiri dari Malaysia. Mereka hanya menyebarkan fakta sebenar sejarah mengenai pembentukan Malaysia dan bahawa Perjanjian Malaysia perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan semua pihak yang terlibat dan bahawa hak-hak Sabah yang sah patut dipulihkan.

"Adalah amat dikesali gerakan yang dibuat oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai SSPR yang hanya bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan menuntut hak-hak Sabah berdasarkan kebenaran dilihat sebagai menghasut oleh kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Umno. Daripada mengganggu dan menganggap aktivis-aktivis ini sebagai penjenayah, kerajaan persekutuan harus mendengar ketidak-puashatian rakyat Sabah dan menyiasat punca ketidak-puashatian ini.
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...