Monday, 17 November 2014

KABINET TERAKHIR ARWAH TUN MUSTAPHA 1975

TUN MUSTAPHA MANGSA KONOTASI MAHU JADI SULTAN SABAH

SESUNGGUHNYA perangai busuk gerombolan songkok tinggi melayu UMNO dalam merompak 95% hasil kekayaan Sabah begitu sadis dan kotor.

Bahkan, gerombolan songkok tinggi melayu UMNO tergamak mencipta konotasi keparat yang kononnya Tun Datu Mustapha seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan bercadang hendak menabalkan dirinya menjadi Sultan Sabah pada tahun 1975.

Pada hal, Tun Datu Mustapha hanya tidak bersetuju dengan ketamakan, kerakusan dan keserakahan gerombolan songkok tinggi melayu UMNO yang hendak memunggah, mengaut dan merompak 95% hasil kekayaan Sabah ke Malaya atas nama Malaysia.

Yang demikian, Tun Datu Mustapha dijatuhkan oleh perangkap politik konotasi keparat gerombolan songkok tinggi melayu UMNO, dan rentetan darinya tidak diberi penghormatan sebagai antara negarawan yang membentuk Malaysia pada 16 September 1963 di hari kemangkatan arwah pada tahun 1995 akhirnya.

SUSUNAN KABINET TERAKHIR ARWAH TUN MUSTAPHA 1975

TUN DATU HAJI MUSTAPHA
Ketua Menteri Sabah

1. Dewan Undangan Negeri Sabah
2. Jabatan Tanah Dan Ukur
3. Jabatan Hutan
4. Jabatan Kajibumi
5. Jabatan Cetak Kerajaan
6. Pusat Pembangunan Masyarakat
7. Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah
8. Jabatan Pendaftaran
9. Jabatan Imigresen
10. Jabatan Pelajaran
11. Jabatan Perangkaan
12. Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan
13. Jabatan Kastam
14. Pasukan Polis Komponen Sabah
15. Pejabat Penilaian Kawasan
16. Perkhidmatan Kajicuaca
17. Jabatan Penerangan
18. Jabatan Penyiaran
19. Yayasan Sabah
20. Biro Bahasa Malaysia.

TAN SRI HAJI SAID KERUAK
Menteri Pertanian Dan Perikanan

1. Jabatan Pertanian
2. Jabatan Perikanan
3. Jabatan Parit Dan Taliair
4. Jabatan Kemajuan Kerjasama
5. Lembaga Padi Sabah
6. Lembaga Tabung Getah Sabah.

DATUK PANG TET TSHUNG
Menteri Perhubungan Dan Kerjaraya

1. Jabatan Kerjaraya
2. Keretaapi Negeri Sabah
3. Jabatan Kenderaan Jalanraya
4. Jabatan Laut
5. Jabatan Pernerbangan Awam
6. Jabatan Perkhidmatan Pos
7. Jabatan Talikom
8. Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah
9. Lembaga Letrik Sabah.

DATUK HARRIS SALLEH
Menteri Pembangunan Perusahaan

1. Pembangunan Perusahaan Sabah.

DATUK HAJI HABIB ABD. RAHMAN
Menteri Kewangan

1. Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah
2. Jabatan Hasil Dalam Negeri.

 TUAN SALLEH SULONG
Menteri Kerajaan Tempatan.

1. Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah
2. Perkhidmatan Bomba.

TUAN PAYAR JUMAN
Menteri Kebajikan Masyarakat

1. Jabatan Perkhidmatan Masyarakat
2. Perpustakaan Kerajaan
3. Muzium Sabah
4. Jabatan Penjara.

DATUK HAJI YASSIN HAJI HASHIM
Menteri Penyelarasan.

TUAN HAJI SAKARAN DANDAI
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

Moralnya ialah, tiada satu pun ‘Jabatan Kerajaan Sabah & Lembaga Kerajaan Sabah’ yang diserahkan oleh Arwah Tun Datu Mustapha kepada negara Malaya. Dengan kata lain, Sabah masih berstatus negara di zaman USNO.

Apakah hak Sabah yang tinggal? Ke mana hak kedaulatan Sabah bernegara?

SABAHAN BANGUNLAH MERDEKA SEMULA 100%!
- Naspazi

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...