Friday, 14 November 2014

Kerajaan pandang serius isu SSKM

KOTA KINABALU 13 Nov. – Kerajaan memandang serius isu ‘dicetuskan’ oleh kumpulan yang mena­makan diri mereka sebagai Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) berikutan kenyataan berbaur ha­sutan dikeluarkan.

Menteri Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Teo Chee Kang berkata, tindakan kumpulan ber­kenaan mengeluarkan kenyataan di internet, mengadakan forum serta protes dilihat sengaja mahu mencetuskan kontroversi.

“Jika perkara seumpama ini tidak dibendung, ini boleh menggugat keharmonian antara wilayah dan mencabar Perlembagaan Persekutuan malah boleh mengancam keselamatan,” kata­nya dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ukoh Jeremy Malajad (Bebas-Kadamaian) berhubung tindakan yang diambil kerajaan bagi menangani isu SSKM, khususnya menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Mengulas lanjut Chee Kang memberitahu, pihak berkuasa keselamatan telah mengenal pasti pihak yang menjadi dalang dalam isu terbabit.

Ujarnya, tindakan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menangani isu itu.

“Isu ini akan ditangani dengan sedaya upaya oleh kerajaan sehingga tidak lagi menimbulkan masalah dan mengganggu keharmonian masyarakat di negeri ini,” katanya.

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...