Friday, 14 November 2014

Mentafsirkan Malaysia: Malaya bertopengkan Malaysia

Apakah Malaysia sebuah negara yang berdaulat dan merdeka? Atau ia hanya Persekutuan Tanah Melayu yang menyamar sebagai Malaysia. Selepas 51 tahun Malaysia dibentuk, soalan lucu seperti ini masih wujud, setelah 51 tahun Pembangunan Negara isu identiti sepatutnya telah lama diselesaikan – Ini sangat malang, Malaysia hari ini masih mempunyai isu identiti yang belum dapat diselesaikan . Krisis seperti ini ini adalah jauh lebih serius daripada menghadapi krisis pertengahan hidup (mid-life crisis), jika tidak ditangani dengan betul ia mungkin menjadi satu masalah bukan saja menyebabkan Negara nazak malah boleh menyebabkan Malaysia terburai.

Menurut tafsiran Artikel 160 Perlembagaan Malaysia “Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Walau bagaimanapun, Perkara 1(2) Perlembagaan Malaysia berkata negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Masalahnya bukan tentang 11 Negeri dalam Persekutuan tersebut, masalahnya ialah dalam 2 Negeri – Sabah dan Sarawak yang tidak ada kena mengena dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ini kerana Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963. Meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai negara anggota Persekutuan bermakna Sabah dan Sarawak adalah terikat dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957. Dokumen-dokumen undang-undang adalah amat jelas Sabah , Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. Hasilnya, siapa sebenarnya Malaysia? – Adakah Malaysia sebenarnya Persekutuan Tanah Melayu yang bertopengkan Malaysia? atau Malaysia itu sebenarnya adalah Persekutuan Tanah Melayu?

Mana jua perspektif yang diambil untuk menjawab soalan semudah ini Malaysia sebagai Negara tidak lagi sama. Jika Persekutuan Tanah Melayu yang menyamar sebagai Malaysia, maka Sabah dan Sarawak bebas untuk meninggalkan kesatuan ini. Jika Persekutuan Tanah Melayu sebenarnya Malaysia seperti yang dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia 1963, maka negeri negeri Persekutuan seperti Kelantan, Terengganu, Johor dan lain-lain adalah bebas untuk meninggalkan Persekutuan ini, oleh kerana mereka tidak lagi terikat kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Menyedari kemelut ini wadah ini mencuba untuk memeriksa dan menganalisis punca krisis identiti ini dan mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani isu-isu ini.

Penubuhan Malaysia

Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1963 melalui Perjanjian Malaysia dan telah ditandatangani oleh wakil-wakil daripada United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara ( Sabah), Sarawak dan Singapura pada 9 Julai 1963. Pembentukan Persekutuan baru yang dinamakan Malaysia sangat jelas dalam Perjanjian Malaysia 1963 Perkara 1 Perjanjian Malaysia menyebut:

Perkara I

Koloni Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah disekutukan dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu sebagai negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut suratcara perlembagaan dilampirkan kepada Perjanjian ini dan Persekutuan hendaklah selepas itu dinamai “Malaysia” (Penekanan ditambah).

Dalam Perkara ini “Persekutuan dinamai Malaysia” dibentuk oleh perjanjian ini. Ini bermakna “Persekutuan” dipanggil Malaysia; ia bukan sahaja pertukaran nama dari Malaya ke Malaysia tetapi seluruh Persekutuan yang dipanggil “Persekutuan Tanah Melayu dijadikan kepada Persekutuan Malaysia”. Oleh itu negara yang baru dinamakan Persekutuan Malaysia dan BUKAN hanya sekadar dipanggil Malaysia.

Perjanjian Malaysia mengandungi “suratcara perlembagaan ” dalam Lampiran A. Pengaturan perlembagaan ini dibincangkan dan dipersetujui dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (Laporan IGC) dan perubahan yang sepatutnya dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Lampiran A dikenali sebagai “Rang Undang-Undang Malaysia” kerana perubahan ini sepatutnya dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu. “Suratcara Perlembagaan” ini adalah berbeza daripada Perlembagaan Borneo Utara (Sabah) – Lampiran B, Sarawak – Lampiran C dan Singapura – Lampiran D. Perlembagaan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah diluluskan oleh Perintah dalam Majlis (Order in Council) dibuat dengan persetujuan Ratu Elizabeth II daripada United Kingdom dan BUKAN oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu.

Amat malang sekali apabila pindaan dan tambahan yang dibuat keatas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, tidak dilakukan dengan jujur dan ikhlas sebagai asas untuk membangun sebuah Negara baru. Terdapat pindaan dan tambahan tafsiran Perlembagaan yang sengaja diabaikan. Terlepas pandang tidak boleh dijadikan alasan, kerana Negara ini telah membangun selama 51 tahun, namun tidak ada usaha untuk mengubah kesilapan ini untuk meredakan keadaan dengan memperbaiki apa-apa yang tidak konsisten. Bayangkan implikasinya kepada perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani sebagai Persekutuan Malaysia, begitu banyak undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia, dan begitu banyak konvensyen antarabangsa dan perjanjian disahkan sebagai Malaysia. Adakah semua ini dibuat oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu bertopengkan Malaysia? Bukan pula perubahan dan pindaan yang perlu di buat berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963, ada tafsiran sengaja tidak diubah untuk maksud tertentu. Oleh itu tafsiran “Persekutuan” menjadi inti pati krisis identiti Malaysia pada masa ini. Tafsiran makna “Persekutuan” ini juga melihatkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu sebenarnya menyamar sebagai Malaysia – realitinya siapa sebenarnya Malaysia? Malaya ditubuhkan oleh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan bukan dibentuk oleh Perjanjian Malaysia 1963.

Perlembagaan Malaysia yang dicetak semula dan dikemaskini sehingga 2010 menyatakan sebagai berikut :

Perkara 1(1) Persekutuan hendaklah dikenali , dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, dengan nama Malaysia.

Perkara 1(2) Negeri-Negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah , Kelantan , Melaka , Negeri Sembilan , Pahang , Penang , Perak , Perlis , Sabah , Sarawak , Selangor dan Terengganu.

Namun dalam Perkara 160 tafsiran Perlembagaan Malaysia mentafsirkan “Persekutuan” sebagai berikut:

“Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Jika ini yang dimaksudkan dengan “Persekutuan”, maka Sabah dan Sarawak TIDAK patut dimasukkan sebagai “Negeri-Negeri Persekutuan” kerana Sabah dan Sarawak tidak pernah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sesuai dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Sabah dan Sarawak bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia, sepertimana yang telah disusun dan di persetujui oleh Jawatankuasa Laporan Antara Kerajaan ( IGC ) dan Perjanjian Malaysia 1963.


Memasukkan Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada “Negeri Negeri Persekutuan” bukan sahaja salah dari segi undang-undang. Langkah ini juga dianggap sebagai meletakkan Sabah dan Sarawak sebahagian daripada 13 negeri bukan 3 negara-negara yang membentuk Malaysia. Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia yang dibentuk daripada Persekutuan 3 negara. Ini adalah fakta yang tidak boleh di ubah, bahawa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 dua dokumen berasingan dan berbeza . Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 adalah penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu bukan bersekutu dan negeri negeri Selat ke dalam satu kesatuan – Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian Malaysia 1963 ialah perjanjian antara United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu (yang merupakan kesatuan dari 11 negeri ) , Borneo Utara ( Sabah) , Sarawak dan Singapura. Bentuk struktur ini adalah Kesatuan di atas Kesatuan; ia bukannya Persekutuan Tanah Melayu menjelma menjadi Persekutuan Malaysia.

JIKA bantuk struktur Malaysia telah dibina mengikut semangat asal Perjanjian Malaysia 1963, bererti Persekutuan Malaysia, harus ada dua peringkat Persekutuan. Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada 11 buah negeri dan ditubuhkan oleh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia terdiri daripada 3 negeri ia itu Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan dibentuk oleh Perjanjian Malaysia 1963. Mungkin dengan cara ini tidak ada kekeliruan , tidak ada salah tafsir dan tidak wujud golongan penentang dalam usaha untuk membina negara.


Walau bagaimanapun, Malaysia pada masa ini bukan dua lapisan Persekutuan. Persekutuan Tanah Melayu tanpa berunding dengan Sabah dan Sarawak telah mengangkat dan menjadikan dirinya sebagai Persekutuan Malaysia. Penyelesaian ini, bukan pula mewujudkan satu titik permulaan yang tepat untuk membina negara, ia melahirkan banyak kekeliruan, salah tafsir dan wujudnya golongan penentang, terutamanya daripada Negeri-Negeri Borneo. Ini adalah berdasarkan kebimbangan dan keresahan rakyat Borneo bahawa Persekutuan Tanah Melayu adalah menjajah mereka. Ini juga menjadikan peringatan bapa-bapa kemerdekaan Sabah dan Sarawak satu kenyataan tentang kecenderungan imperialis Malaya, mekanisasi dan manipulasi mereka ke atas rakyat Sabah dan Sarawak. Akibatnya , ini memberikan kredibiliti kepada tuntutan yang dibuat oleh golongan penentang di Sabah dan Sarawak pada hari ini bersabit dengan kemungkiran janji , disenfranchisements dan peminggiran rakyat Sabah dan Sarawak oleh Tanah Melayu – semua ini menjurus dan menunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak adalah tanah jajahan Malaya.

Namun yang paling penting ialah apabila bentuk struktur Malaysia tidak mencerminkan Kesatuan di atas Kesatuan; implikasinya terhadap undang-undang Persekutuan yang telah diluluskan selama 51 tahun; dan mungkin tidak boleh dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak. Implikasi dari pernyataan ini adalah bencana yang tidak mudah di perbaiki. Ini merujuk kepada Undang-Undang Persekutuan yang mengandungi perkataan seperti – “Persekutuan”, “Kerajaan Persekutuan”, dan “Kerajaan Malaysia” dan lain-lain lagi. Bagaimana mungkin undang-undang yang dibuat oleh Persekutuan Tanah Melayu boleh berkuatkuasa di dalam Persekutuan Malaysia? Boleh kah undang undang ini berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak? – bilamana Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu; dan Sabah dan Sarawak tidak pernah menanda-tangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Menghapus tafsiran bersaing bukan satu pilihan

Untuk mengatasi kebuntuan ini, ia mungkin tidak semudah menggantikan tafsiran yang ada dalam Perkara 160 daripada “Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957″ kepada “Perjanjian Malaysia 1963″. Penyelesaian seperti ini mungkin kelihatan mudah tetapi secara undang-undang tindakan tersebut tidak lagi mengikat 11 negeri kepada Persekutuan Tanah Melayu. Ini mungkin bermakna bahawa 11 negeri negeri terutama Kelantan dan Terengganu boleh mengambil kesempatan ini untuk melepaskan diri dari Persekutuan Tanah Melayu dan memulakan negara sendiri yang berdaulat dan bebas dengan menggunakan Minyak dan Gas sebagai sumber pendapatan utama mereka. Negeri Johor mungkin ingin menjadi negeri tersendiri terutama ketika memutuskan hubungan mereka dengan Singapura dan Pahang mungkin mahu meneroka dan mengeksploitasi Minyak dan Gas di lautannya sendiri. Persekutuan Tanah Melayu tinggal dengan negeri-negeri seperti Melaka , Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis – kawasan perindustrian yang laparkan kuasa tenaga dan sedang menghadapi masa depan ekonomi yang suram.

Apakah sebabnya definisi “Persekutuan” tidak diubah dalam Perlembagaan Malaysia sebagai yang di persetujui di dalam Perjanjian Malaysia 1963? Sudah tentu ia bukan sekadar tersilap pandang; mungkin ia telah dilakukan dengan sengaja kerana pada saat akhir pembentukan Malaysia, Kerajaan Kelantan telah mencabar Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman di mahkamah atas dasar bahawa Kelantan tidak pernah dipanggil berbincang mengenai keputusan untuk membentuk Malaysia. Menurut Kevin Tan[1] Kerajaan Kelantan berpendapat bahawa kedua-dua Perjanjian Malaysia dan Akta Malaysia tidak lagi mengikat Kelantan kepada Persekutuan Tanah Melayu atas alasan seperti berikut :

(a) bahawa dengan Akta Malaysia, Persekutuan Tanah Melayu dihapuskan dan ini adalah bertentangan dengan 1957 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ;

(b) bahawa perubahan yang dicadangkan memerlukan persetujuan setiap negeri negeri Persekutuan Tanah Melayu – termasuk Kelantan – dan ini tidak diperoleh;

(c) Sultan Kelantan yang sepatutnya menjadi pihak dalam Perjanjian Malaysia itu, tetapi tidak;

(d ) suatu konvensyen wujud yang memerlukan raja-raja Melayu dirundingi mengenai apa-apa perubahan ketara dalam Perlembagaan; dan

(e) Parlimen Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang untuk Kelantan berkenaan dengan apa-apa perkara yang mengenainya Negeri mempunyai undang-undang sendiri.

Cabaran Kelantan adalah berdasarkan kepada status undang-undang dan kuasa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk bertindak atas nama 11 negeri negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Didalam memutuskan perkara ini pendekatan Thomson CJ adalah “jelas positivis”. Keabsahan Akta Malaysia berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Parlimen Persekutuan Tanah Melayu oleh Perjanjian 1957. Walau bagaimanapun, keputusan yang arif ini seolah-olah menunjukkan bahawa terdapat had ke atas kuasa ini:

“….Saya tidak melihat bahawa Parlimen bertindak di luar kuasa atau bahawa ia melakukan apa-apa yang pada dasarnya revolusioner sebagai menghendaki pemenuhan suatu keadaan dimana Perlembagaan sendiri tidak menetapkan iaitu satu keadaan yang menyatakan bahawa Negeri Kelantan atau mana-mana Negeri lain perlu dirujuk. Memang benar dalam erti kata bahawa Persekutuan yang baru adalah sesuatu yang berbeza dari yang lama. Ia akan mengandungi lebih negeri. Ia akan mempunyai nama yang berbeza. Tetapi jika keadaan yang urusan ditimbulkan dengan cara yang terkandung di dalam Perlembagaan itu sendiri dan yang terkandung dalam Perjanjian 1957, yang mana ia merupakan bahagian yang penting , saya tidak dapat melihat bagaimana terdapat apa-apa pelanggaran mana-mana pakatan asas di antara pihak-pihak asal.” [Penekanan ditambah][2]

Mungkin perkataan “pada dasarnya revolusioner” yang digunakan oleh Thomson CJ merupakan petunjuk bahawa hasrat Kerajaan Kelantan betul, tetapi penekanan mereka pada status undang-undang dan kuasa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mungkin tidak betul. Ini kerana hakim menjelaskan bahawa Perjanjian 1957 masih mengikat dan tidak ada perubahan yang dibuat kepada Interpretasi dalam Perkara 160 Perlembagaan. Jika Tafsiran dalam Perkara 160 digantikan dengan maksud Perjanjian Malaysia 1963, maka Kelantan tidak lagi terikat kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Tidak seorang pun dari Sabah dan Sarawak menimbulkan isu ini sehingga hari ini. Besar kemingkinan bahawa ini adalah “celah hukum” (legal loophole) yang digunakan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965. Singapura bersetuju untuk membentuk Malaysia – Singapura tidak pernah berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu berdasarkan kepada perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Kelantan munkin tersilap mempersoalkan status undang-undang dan kuasa Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, tetapi Kelantan boleh menyoal kaedah yang telah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 terutama apabila Perjanjian Malaysia 1963 juga satu Perjanjian Antarabangsa. Kerajaan Persekutuan boleh mempunyai hak undang-undang atau kuasa untuk membuat keputusan dan bertindak atas nama mana mana negeri-negeri komponen di dalam Persekutuan, ia tidak bermakna bahawa mereka boleh membuat keputusan dan bertindak sewenang-wenangnya. Kerajaan Persekutuan harus mengikuti prosedur seperti yang termaktub dalam Perlembagaan itu sendiri.

Kegagalan Kerajaan Persekutuan bertindak sesuai dengan prosedur seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dibangkitkan dalam writ Kelantan. Kerajaan Persekutuan perlu terlebih dahulu memenuhi peruntukan yang terkandung dalam Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan sebelum menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 dan juga sebelum membentangkan Rang Undang-undang Malaysia di Parlimen Malaya. Perkara 76 Perlembagaan Malaya berkata:

Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu

76.(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti yang berikut, iaitu:

(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan adalah ahli; atau

(2) Tiada undang-undang hendaklah dibuat menurut perenggan (a) Fasal (1) berkenaan dengan apa-apa perkara undang-undang Islam atau adat orang Melayu atau apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah dan Sarawak dan tiada Rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang di bawah perenggan itu dibentangkan ke dalam mana satu Majlis Parlimen sehingga Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan telah dirundingi.[Penekanan ditambah]

Hal ini sangat jelas dalam Perkara 76(1) bahawa Kerajaan Persekutuan boleh membuat undang-undang dan berkuasa untuk menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 dan juga untuk membentangkan dan meluluskan Rang Undang-undang Malaysia di Parlimen. Namun dalam Perkara 76(2) itu juga mengatakan bahawa Rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang tidak boleh dibentangkan di mana satu Majlis Parlimen sehingga Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan telah dirundingi terlebih dahulu.

Perjanjian Malaysia dan Akta Malaysia 1963 Bab 35 adalah sangat jelas tentang definisi “Persekutuan”. Dalam usaha untuk menenangkan keadaan diantara Kerajaan Persekutuan dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Rang Undang-undang Malaysia yang dibentangkan di Parlimen Persekutuan Tanah Melayu itu, sengaja tidak mengubah definisi “Persekutuan” dalam Perkara 160 yang ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 kepada definisi yang digunakan di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Akta Malaysia 1963 Bab 35 yang ertinya Persekutuan Malaysia.

Pembukaan (preamble) dalam Akta Malaysia 1963 Bab 35 jelas mengatakan bahawa:

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi dan berkaitan dengan Persekutuan Borneo Utara , Sarawak dan Singapura dengan negeri-negeri yang ada dari Persekutuan Tanah Melayu. [31 Jul 1963]

Akta Malaysia 1963 Bab 35 adalah satu Akta yang telah diluluskan di Parlimen United Kingdom. Undang-undang ini menentukan yang terletak hak (vested) Negeri-Negeri Borneo dan Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu. Pada mukadimah ini dengan jelas memperkenalkan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura sebagai “Persekutuan” TIDAK bukan Negeri. Bahagian kedua ia menyatakan – “dengan ” – ia tidak mengatakan menggabungkan atau bergabung kedalam – ia jelas mengatakan berdampingan dengan Persekutuan Tanah Melayu dan bukan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam Akta Malaysia 1963 Bab 35 Seksyen 1(1) dengan jelas mengatakan:

1.(1) Bagi maksud membolehkan Borneo Utara , Sarawak dan Singapura (dalam Akta ini disebut sebagai “negeri-negeri baru”) untuk bersekutu dengan negeri-negeri yang sedia ada bagi Persekutuan Tanah Melayu (dalam Akta ini disebut sebagai “Persekutuan”), Persekutuan selepas itu yang dipanggil Malaysia, pada hari di mana negeri-negeri baru bersekutu seperti tersebut di atas (dalam Akta ini disebut sebagai “hari yang ditetapkan”) kedaulatan Baginda Queen dan bidang kuasa berkenaan dengan negeri-negeri baru hendaklah dilepaskan untuk meletak hak mengikut cara yang dipersetujui di antara United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara , Persekutuan dan Negeri-Negeri yang baru.

(2) Yang Mulia boleh dengan Perintah dalam Majlis menggubal Perlembagaan Negeri untuk negeri-negeri baru sebaik sebelum hari yang ditetapkan.

Perhatikan penggunaan perkataan “peletakhakan” (vesting) dan bukan perkataan penyerahan kedaulatan, tindakan ini bukan satu undang-undang penyerahan sebuah koloni daripada British kepada Persekutuan Tanah Melayu. Undang-undang ini mengakui bahawa Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura adalah sebuah Persekutuan yang bermaksud sebuah kedaulatan yang merdeka. Oleh itu, menyedari bahawa Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani pada 9 Julai 1963 satu perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh kedaulatan bebas. Ini bermakna bahawa Malaysia bukan suatu kaedah bagi Negeri-Negeri Borneo dan Singapura untuk mencapai kemerdekaan melalui penggabungan sebaliknya ia adalah integrasi 4 negara dengan United Kingdom menjadi saksi.

Kemuncak Akta Malaysia 1963 Bab 35 sebenarnya adalah Seksyen 1(1) dan (2). Dalam Seksyen 1(1) bahawa perkataan yang digunakan di sini adalah “untuk bersekutu dengan” ia tidak berkata “untuk bersekutu ke dalam”, oleh itu ia tidak membayangkan bahawa Sabah dan Sarawak bergabung ke dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai salah satu dari negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu. Ia membayangkan bahawa Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan melalui integrasi sesuai dengan Piagam PBB (Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu).

Bersesuaian dengan PBB 1541 (VX) prinsip dekolonisasi di mana dalam Prinsip VI (c) ia membenarkan kemerdekaan melalui integrasi dengan sebuah negara merdeka. Maksudnya Wilayah tidak ada Pemerintahan Sendiri seperti Borneo Utara ( Sabah) dan Sarawak dibenarkan untuk mendapatkan kemerdekaan melalui integrasi dengan sebuah negara yang merdeka seperti Persekutuan Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa Wilayah tersebut harus menjadi bahagian-bahagian komponen dari negeri yang merdeka seperti Persekutuan Tanah Melayu.

Integrasi dengan cara ini akan melanggar Prinsip VIII yang mengatakan "Integrasi dengan sebuah negara merdeka harus atas dasar kesaksamaan mutlak di antara orang-orang tiada pemerintahan sendiri dengan orang-orang di negara yang merdeka dengan mana ia bersepadu. Orang-orang dari kedua-dua wilayah harus mempunyai status yang sama dan hak-hak kewarganegaraan dan hak yang sama dan peluang untuk membuat representasi dan penyertaan berkesan di semua peringkat eksekutif, legislatif, dan kehakiman dari kerajaan".

United Kingdom bersetuju untuk melepaskan kedaulatan dan kuasanya ke atas Negeri-Negeri Borneo dan Singapura menggunakan kata “terletak hak mengikut cara yang dipersetujui” – ini tidak bererti menyerahkan kedaulatan dan bidang kuasa Negeri Borneo dan Singapura bulat-bulat kepada Persekutuan Tanah Melayu. British sebenarnya mewujudkan satu “amanah” dengan meletakhak ia mempunyai makna “memegang amanah”. Malaysia telah dibina sebagai satu “amanah” dengan United Kingdom sebagai pembuat amanah (Settlor), Persekutuan Tanah Melayu sebagai pemegang amanah (Trustee) dan Negeri-Negeri Borneo dan Singapura sebagai penerima manfaat (Beneficiaries) daripada amahan tersebut. Memahami struktur ini bermakna tidak ada perkara seperti menyerap negeri-negeri Borneo ke dalam Persekutuan Tanah Melayu – ini kerana tidak ada pemegang amanah boleh mengambil milik penerima manfaat dan menjadikan penerima tersebut sebahagian daripada pemegang amanah – ini akan wujud keadaan pecah “amanah ” – meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada “negeri-negeri Persekutuan” ertinya penggubal undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah melanggar apa yang di “amanah”kan kepada mereka. Ini adalah tujuan utama Perjanjian Malaysia 1963 di wujudkan supaya pecah “amanah” tidak boleh berlaku. Melainkan jika semua wakil yang menandatangani Perjanjian tersebut bersetuju untuk duduk lagi dan membuat perjanjian lain.

Kemudian dalam Seksyen 1(2) Perlembagaan “Negeri baru” yang bermaksud Borneo Utara ( Sabah), Sarawak dan Singapura akan dibuat melalui Perintah dalam Majlis dan bukan melalui Persekutuan Tanah Melayu atau Parlimen British – ia akan dibuat atas nama Permaisuri oleh Majlis Privy (Queen -in- Council). Ini mengesahkan bahawa Perlembagaan Negeri Borneo dan Singapura tidak pernah dibuat oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu – ia dibuat oleh Permaisuri bebas bagi Persekutuan Tanah Melayu. Oleh itu, tidak sesuai untuk parlimen Malaysia meluluskan undang-undang supaya Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu

Penyelesaian

Dalam menyokong pembentangan Rang Undang-undang Malaysia di Dewan Utama London (House of Lords) pada 26 July 1963, Lord Cobbold berkata:

“Tanpa kuasa pusat yang kuat di wilayah yang berbeza (Malaysia) tidak boleh dikimpal ke dalam satu organisma, …… Tetapi usaha untuk menjalankan pentadbiran hari ke hari di Jesselton atau Kuching dari Kuala Lumpur, atau untuk menenggelamkan watak wilayah Borneo, hanya akan mengundang kegagalan.”

Di satu sudut Lord Cobbold melihat keperluan bagi pihak pusat berkuasa kerana menurut beliau tanpa kuasa ini, kerajaan pusat tidak boleh memegang Persekutuan. Pada masa yang sama Lord Cobbold mengakui jarak yang memisahkan Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak dan meningatkan sebarang cubaan oleh kerajaan Pusat untuk menekan “karakter” dari negeri-negeri Borneo akan berakhir dengan kegagalan – Ini adalah keadaan yang kita hadapi pada masa ini. Persekutuan Tanah Melayu hanya menyamar sebagai Malaysia tetapi ingin mengawal Sabah dan Sarawak dari Putrajaya. Realitinya adalah bahawa Persekutuan Tanah Melayu tidak mempunyai locus standi untuk mengenakan apa-apa tekanan keatas Sabah dan Sarawak – Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang Agung di negara ini masih Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berdasarkan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan bukan Perjanjian Malaysia 1963. Malaysia hanya sekadar perubahan nama untuk menipu Sabah dan Sarawak mempercayai Malaysia adalah Negara yang sedang dibina. Untuk semua maksud dan tujuan Malaysia sebenarnya masih Persekutuan Tanah Melayu.

Semuanya menunjukkan bahawa terdapat lebih dari dua Persekutuan yang perlu bersepadu; persoalannya yang mana satu perjanjian yang mewujudkan mereka lebih patut diutamakan ? Apakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, atau Perjanjian Malaysia 1963? Mana jua pilihan yang dibuat salah satu daripada dua Persekutuan tersebut boleh melepaskan diri dari kesatuan atau meninggalkan kesatuan.

Meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada “negeri-negeri Persekutuan” tidak akan menyelesaikan keadaan ini kerana secara langsung mengakui bahawa Sabah dan Sarawak berada pada tahap yang sama dengan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Definisi “Persekutuan” adalah berdasarkan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 memburukkan lagi keadaan kerana Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi pihak menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 oleh itu bagaimana Sabah dan Sarawak terikat dengan perjanjian tersebut? Jika Sabah dan Sarawak tidak terikat dengan perjanjian 1957, maka Sabah dan Sarawak sedang paksa masuk ke dalam “negeri-negeri Persekutuan” bertentangan dengan konsep merdeka. Ini bererti Sabah dan Sarawak bebas untuk meninggalkan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang di lakukan oleh Singapura pada 7 Ogos 1965.

Satu-satunya penyelesaian untuk penyelesaian kebuntuan ini adalah untuk memulihkan kembali Persekutuan Tanah Melayu dan menjadikannya sebagai salah satu dari tiga negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia. Ini bermakna harus ada Parlimen Persekutuan Tanah Melayu (yang tidak mempunyai wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak) dan satu lagi Parlimen bagi Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada wakil dari Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak yang mana bilangan wakil-wakil adalah sama rata. Tidak ada jalan pintas untuk membina Negara yang dipanggil Malaysia. Seperti apa yang Lord Cobbold memberi amaran dalam laporan beliau serta kenyataannya di Dewan Utama London (House of Lords), ia berkata:

“Ini adalah syarat yang perlu, dari awal lagi, Malaysia seharusnya dianggap oleh semua pihak sebagai sebuah persatuan rakan kongsi, menggabungkan dalam kepentingan bersama untuk mewujudkan sebuah negara baru, tetapi mempertahankan hak individu-individu mereka masing masing“

Apa Lord Cobbold ungkapkan adalah sama dengan Prinsip Dekolonisasi yang terkandung dalam deklarasi dekolonisasi yang disediakan oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Sabah dan Sarawak tidak dapat menjadi “rakan kongsi persekutuan” apabila mereka hanya dianggap sebagai salah satu daripada 13 negeri di Malaysia. Sabah dan Sarawak tidak boleh menjadi sebahagian daripada “menggabungkan kepentingan bersama untuk mewujudkan sebuah negara baru”, perkataan di sini adalah “untuk mewujudkan sebuah negara baru” yang bermakna Malaysia bukan sebuah Negara yang sudah terbentuk pada tahun 1963, selepas 51 tahun, Malaysia masih “dalam pelaksanaan” – Malaysia adalah satu proses untuk Pembangunan Negara. Masih banyak yang perlu dilakukan namun yang penting ialah proses untuk Pembangunan Negara memerlukan satu siri rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu , kerajaan Sabah dan kerajaan Sarawak. Keperluan ini diperuntukkan dalam Perkara VIII Perjanjian Malaysia 1963 yang berbunyi:

Perkara VIII

Kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil apa-apa langkah perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan untuk melaksanakan jaminan, aku janji dan syor yang terkandung dalam Bab 3, dan Lampiran A dan B kepada, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 Februari 1963, setakat yang ia tidak dilaksanakan dengan peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia.

Menentukan negara ini dibina mengikut pelan yang di ilhamkan oleh bapa-bapa kemerdekaan dan berhadapan dengan aspirasi rakyat yang sering berubah, perlu ada perundingan yang kerap dan berterusan di antara pusat dan negeri-negeri pinggir. Kegagalan untuk melakukan hal ini maka timbul rasa tidak puas hati dan ini akan berkembang biak dikalangan golongan penentang; dan golongan penentang akhirnya akan membawa kepada penentangan – dan penentangan akan meruntuhkan sistem yang telah dibangunkan. Akibatnya akan menghadapi keadaan huru-hara, anarki dan kekacauan – ia tidak baik untuk perniagaan dan ia tidak baik untuk rakyat jelata. Semua ini bagaimanapun, boleh dielakkan, apabila kita mengakui bahawa perlu ada keadilan di antara rakan kongsi.

Fabrik sosial, struktur politik dan ekonomi Sabah dan Sarawak dibuat dalam imej Persekutuan Tanah Melayu dan dalam jangka masa panjang boleh menghapuskan “sifat individu negeri tersebut” terutama ketika semuanya dikendalikan secara jarak jauh dari Putrajaya. Satu contoh yang baik adalah perkembangan parti-parti politik daripada Persekutuan Tanah Melayu ke Sabah; ia dilakukan bukan untuk kebajikan rakyat negeri-negeri tersebut sebaliknya ia adalah untuk mengambil alih kuasa dari rakyat.

Integrasi politik dijadikan keutamaan manakala tiada yang dilakukan untuk menggalakkan integrasi ekonomi berdasarkan kekuatan ekonomi intrinsik Sabah dan Sarawak. Akibatnya , orang-orang di Sabah dan Sarawak merasakan mereka tidak lebih dari koloni Persekutuan Tanah Melayu . Hubungan antara pusat dan pinggir lebih kepada “mengaut” dan bukannya “memberi”. Menyelesaikan hal ini secara baik memerlukan sifat kenegarawanan yang tinggi – menggunakan kebijaksanaan politik adalah untuk mengundang tentangan dan tidak akan dapat apa-apa penyelesaian – kecuali “pembuat amanah” bersedia untuk memecahkan” amanah” tersebut.

Zainnal Ajamain

Zainnal Ajamain is an economist by profession, graduating with a Masters degree from the University of East Anglia. He has held several high ranking civil service positions in government and government think tanks and has worked as a university lecturer, senior researcher, stockbroker, and economist and published several papers in international media journals. He was the co-author behind the Sabah Government’s vision for development and progress in the Sabah Development Corridor and created the first Offshore Islamic Fund in Labuan. He also held the position of Senior Research Fellow in the Centre for Remote Sensing and Geographic Information Systems at the University Malaysia Sabah. He was the Co-Founder of the United Borneo Front (UBF) and a passionate activist to abolish the Cabotage Policy. He is also the Secretary General of a newly formed political party in Sabah.

[1] Kevin YL Tan wrote in his monograph title “International Law, History & Policy: Singapore in the early years”, Centre for International Law, National University of Singapore – 2011

[2] The Government of the State of Kelantan v The Government of the Federation of Malaya and Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj [1963] MLJ 355 at 359

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...