Wednesday, 12 November 2014

NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK BAKAL HURU HARA JIKA KELUAR MALAYSIA!

Mari bersama fikir semasak masaknya sebelum terfikir untuk sign petisyen dan sokong SSKM. 

Membentuk sebuah negara baru tidaklah semudah yang anda semua sangkakan.

Apabila sasaran 300K signature tercapai, PBB akan mula melakukan proses ke arah referandum.

Pihak Malaya akan tertekan, lantas mereka akan berusaha keras untuk mengelakkan berlakunya referandum atau berusaha keras untuk memenangi NO untuk pemisahan. Oleh itu, Malaya akan menawarkan setinggi-tingginya apa yang dituntut oleh Sabahan dan Sarawakian, terutama sekali pada janji-janji berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Maknanya, sebelum pun berlaku referandum, Sabahan dan Sarawakian sudah mulai menikmati kemenangan.

Andaikan Sabahan dan Sarawakian berdegil juga dan mahukan pemisahan dan YES untuk pemisahan terjadi, Malaya tiada pilihan lain dan terpaksa juga melepaskan Negara Sabah dan Negara Sarawak daripada cengkaman penjajahan mereka.

Maka bermulalah episod Sabah dan Sarawak sebagai negara-negara yang Merdeka dan Berdaulat di Asia Tenggara dan Dunia. Sebaik sahaja YES menang, tempoh peralihan kuasa akan berlaku, yang biasanya ditetapkan selama dua tahun, akan dikuatkuasakan oleh PBB. Tentera pengaman PBB segera masuk, dan tentera Malaya "mungkin" akan dipaksa kekal di Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk tempoh dua tahun lagi, sebagai tanggungjawab terhadap bekas tanah jajahan.

Dalam tempoh dua tahun itu, 600 ribu Sabahan dan Sarawakian di Malaya akan pulang ke Negara Sabah dan Negara Sarawak ataupun mungkin separuh mahu mengekalkan kewarganegaraan mereka sebagai bangsa "malaysia".

200 ribu daripadanya boleh berkhidmat sebagai tentera Negara Sabah dan tentera Negara Sarawak, 150 ribu sebagai anggota Polis dan selebihnya boleh diserap dalam perkhidmatan awam yang lain.

Bank Negara Sabah dan Bank Negara Sarawak, matawang Sabah dan Sarawak, sistem politik, perlembagaan baru, dan semua yang serba baru digubal oleh sebuah suruhanjaya dengan pemantauan ketat oleh pihak PBB. Sebuah kerajaan sementara untuk tempoh peralihan itu dibentuk. Kerajaan sementara ini adalah terdiri daripada pelbagai etnik dan agama di Negara Sabah dan Negara Sarawak, yang memang terkenal dengan sifat saling menerima, memahami, bertoleransi dan tidak ekstrem.

Sebuah pilihan raya bakal diadakan untuk membentuk Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak, kemudiannya dilakukan sebelum mandat tempoh peralihan itu selesai.

Ketika tempoh peralihan tamat, Sabah dan Sarawak pada waktu itu akan muncul sebagai anggota baru di PBB, menjadi saingan Malaysia (malaya) dalam sukan SEA, Asia dan Olimpik. Semua hasil kita, kini diurus sendiri. Pemimpin Malaya terpaksa hormat pada pemimpin kita yang kini sudah setaraf. Kabotaj sudah tiada, semua jawatan awam milik Sabahan dan Sarawakian sepenuhnya.

FELDA, FELCRA, dan syarikat-syarikat sawit Malaya yang ada di Negara Sabah dan Negara Sarawak kini bertaraf pelabur asing dan mungkin pelaburan mereka dikaji sama ada dibenarkan terus melabur atau disebaliknya. Hasil tanah Sabah dan Sarawak kini dinikmati semula oleh semua Sabahan dan Sarawakian.

Petronas mungkin ditamatkan kontrak, Sabah dan Sarawak membuka syarikat minyaknya sendiri, atau buka tender kepada syarikat antarabangsa yang menawarkan pembahagian yang lebih adil kepada Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak.

Negara Sabah dan Negara Sarawak akan saling bantu-membantu dalam memperhebatkan Perdagangan dam pembangunan ekonomi. Hubungan diplomatik diantara kedua-dua negara diperhebatkan dan jalinan Ketenteraan dilakukan agar saling melindungi antara satu sama yang lain.

Maka Sabah for Sabahan dan Sarawak for Sarawakian pun muncullah dipentas dunia. Kita menjalin hubungan diplomatik diseluruh dunia.

Bayangkan peluang yang kita mampu nikmati masa tu. Bayangkan dan bandingkan dengan keadaan seperti yang ada sekarang.

Jadi, persoalannya... Adakah Negara Sabah dan Negara Bakal Huru-hara jika keluar malaysia?

Mohon sebarkan...

***Artikel ini telah ditulis oleh seseorang dan pihak SSKM-SSU(UK) mendapati bahawa info yang diberikan adalah tidak jauh daripada kebenaran. Maka, pihak kami mengambil keputusan untuk mengkongsikan mesej ini untuk kefahaman semua. Info rasmi tentang apa yang bakal berlaku sebaik sahaja perpisahan terjadi akan dikongsikan sepenuhnya sebaik sahaja masanya tiba.*** 
Reactions:

4 comments :

Imagine these:
1.Bullet Train
2.World Class Airport
3.World Class Port
4.World Class Highway
5.World Class university
6.World Class Military
7.World Class Talent
8.Asian Sports Champion
9.Asian Economic Champion
etc etc etc..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...