Sunday, 23 November 2014

Pemuda BN sedia tentang pihak manipulasi Perjanjian Malaysia, kata Khairy

Pemuda Barisan Nasional (BN) terus komited untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan tiada pihak cuba memanipulasinya khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang.

Pengerusi Pemuda BN Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata semua anggotanya akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian itu.

Katanya, ini bagi menangkis cubaan pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak.

"Kita komited kepada perjanjian yang dibuat untuk kita menubuhkan Malaysia. Malaysia ini ditubuhkan oleh Semenanjung (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak.

"Bukannya Sabah dan Sarawak yang menyertai Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Pemukiman Pemuda BN di Kuching, semalam.

Beliau berkata, perkara ini juga terkandung dalam resolusi yang dibuat dalam program itu yang akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN.

"Kita (mahu membuktikan golongan muda BN) tahu (dan memahami perkara yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia) dan kita akan menegakkan segala perjanjian dan segala persetujuan di bawah tema gagasan Malaysia ini," katanya.

Khairy berkata, semua anggota Pemuda BN yang menghadiri program itu turut menyatakan komitmen untuk menentang habis-habisan usaha "kumpulan pemisah" di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ini.

Katanya, Pemuda BN juga akan meminta Kerajaan Persekutuan meminda peraturan supaya kategori "Bumiputera Sabah dan Sarawak" dimasukkan dalam borang rasmi menggantikan pilihan "dan Lain-Lain" atas dasar untuk mengukuhkan lagi perpaduan di antara kaum di negara ini. – Bernama, 23 November, 2014.

Reactions:

5 comments :

bah pemuda BN...apa lagi debat lah kalau berani...jangan cakap saja

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2014/04/tahun-2006-buat-demo-depan-kedutaan.html

Kalau setakat nak meminda peraturan dlm borang....tapi hakikatnya perjanjian 1963 yg selama 51 tahun tak pernah di patuhi hingga sekarang...nak macamana..walaupun hanya dlm borang hendak di pindah atau kenapa sekarang baru nak buat...untuk apa...dah terlambat..

Satu lagi..sebenarnya tiada akta or undang-undang yg boleh menahan Sabah dan Sarawak kekal alam malaysia..

Sangat setuju dgn anda,memang tiada akta pun..malaya asik asik dgn perkara No 7 tetapi perkara lain langsung tdk diguna pakai pula..bikin panas

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...