Monday, 24 November 2014

Sentimen Sabah, Sarawak keluar Malaysia tidak benar

Berdasarkan penyiasatan dan risikan yang diterima oleh pihaknya, hanya segelintir sahaja yang mahukan perkara sedemikian.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan tanggapan sesetengah pihak wujudnya sentimen yang mahukan Sabah dan Sarawak berpisah daripada Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan penyiasatan dan risikan yang diterima oleh pihaknya, hanya segelintir sahaja yang mahukan perkara sedemikian.

“Yang Berhormat hidup dalam dunia persepsi yang YB sendiri buat. Kita hidup dalam dunia realiti yang kita mengetahui secara khusus,” katanya menjawab soalan dari Ahli Parlimen DAP- Bandar Kuching, Chong Chieng Jien yang mendakwa terdapat sentimen rakyat Sabah dan Sarawak mahu keluar Malaysia.

Sementara itu katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengisytiharkan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Wan Junaidi menjelaskan, pengisytiharan oleh KDN pada 14 November lalu adalah berdasarkan Seksyen (1) Akta Pertubuhan 1966 selepas mendapati ia melakukan aktiviti yang memudaratkan kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurut beliau: “Kumpulan ini telah bergiat aktif di laman sosial bagi menghasut dengan fakta-fakta yang kurang benar dan tidak tepat. Polis juga menyiasat beberapa individu yang bertindak menyebarkan maklumat dan berkempen menghasut rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia.”

Reactions:

1 comments :

Kenapa nak siasat sskm,alangkah bail kalau masa itu di gunakan utk menyiasat kenapa kerajaan pusat..org malaya am nya tidak di siasat atas melanggar perjanjian pembentukan Malaysia.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...