Tuesday, 11 November 2014

Undi: Rakyat Sabah juga menuntut kemerdekaan

William Mangor | March 15, 2014

Sentimen 'Sabah for Sabahans' sudah mendapat tempat di dalam setiap hati warga Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 96% orang Sabah menuntut untuk berpisah daripada Malaysia, menurut undi yang telah dilakukan oleh seorang anak muda Sabah.

Undi yang dibuka oleh Moses pada 16 Februari sehingga kini telah menarik 1885 undian.

“Saya percaya generasi muda Sabah sudah menyedari kebenaran mengenai sejarah sebenar yang selama ini ditutupi,

“Mengapa sejarah dan fakta yang berharga dan yang sangat penting itu telah disembunyikan dari pengetahuan rakyat Sabah?,

“Kini generasi muda Sabah telah membuat keputusan mereka bahawa ia mestilah dilakukan sekarang atau sebelum terlewat,” tegas beliau.

Beliau menambah undian dilakukan kerana Sarawak telah berani menyuarkan hak mereka yang merupakan rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia.

Soalan yang diajukan hampir serupa seperti yang telah dilakukan oleh halaman Facebook, Hornbill Talks.

Moses juga berkata masa depan Sabah pasti lebih baik jika mereka mentadbir negeri mereka sendiri.

“Generasi muda Sabah perlu percaya bahawa masa depan mereka lebih terjamin dengan pemisahan daripada ‘Persekutuan yang Terbatal’ selepas Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia,

“Ini menunjukkan bahawa sentimen ‘Sabah for Sabahans’ sudah mendapat tempat di dalam setiap hati warga Sabah,” lanjut beliau.

Beliau juga berkata bahawa undian ini akan dibuka sehingga 16 September tahun ini sempena menyambut Hari Malaysia.
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...