Thursday, 4 December 2014

Akta Hasutan tidak akan diamkan aktivis : Teck Lee

Bagaimanapun, pengekalan akta tersebut disambut baik banyak pihak di Sabah

KOTA KINABALU: Keputusan mengekalkan Akta Hasutan tidak akan mendiamkan mereka yang menuntut hak-hak Sabah dan Sarawak, kata bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee

Yong yang merupakan presiden Sabah Progressive Party (SAPP) berkata individu- individu dalam kumpulan seperti Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) akan meneruskan perjuangan mereka kerana keluhan mereka tidak didengar.

Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dikekalkan dengan penambahan dua peruntukan khas yang bertujuan mempertahankan kesucian Islam dan agama-agama lain dan mendakwa mereka yang mahukan pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Sehubungan itu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Pairin Kitingan berkata selain mempunyai undang-undang pencegahan seperti Akta Hasutan, ia juga adalah satu keperluan untuk terus memupuk semangat kenegaraan di antara rakyat Malaysia.

“Kita mesti mempunyai komitmen untuk menguatkan negara,” kata Pairin yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Presiden Liberal Democratic Party (LDP) Teo Chee Kang yang menyambut baik keputusan Najib berkata Akta Hasutan akan dijadikan lebih relevan dalam menangani isu-isu agama dan bangsa.

“Peruntukan yang baru akan memastikan bahawa semua kepercayaan tidak akan dihina atau diejek oleh sesiapa,” kata Teo.

“Walaupun sebelum ini pengumuman bahawa akta tersebut akan dimansuhkan, pada penghujung hari kita bermatlamat mencapai objektiftertentu,” tambah beliau.

Sebelum ini, pemangku presiden United Pasok Momogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) berkata, antara langkah perlu dalam memperkukuhkan Akta Hasutan adalah dengan memastikan penguatkuasaannya tidak berat sebelah.

Beliau menegaskan, akta tersebut boleh menjadi lebih kukuh jika pindaan dibuat untuk memastikan sesiapa yang didapati menghina agama akan dikenakan tindakan undang-undang.

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...