Tuesday, 23 December 2014

Malaysia Boleh Terburai

Bagaimana boleh Perjanjian Malaysia 1963 tidak pun di sebut di dalam Perlembagaan Malaysia – cuba cari, TIADA !!!!

Jadi bagaimana Perlembagaan ini boleh di panggil Perlembagaan Malaysia?

Mengikut Perkara 1(1) Perlembagaan Malaysia menyebut “Persekutuan” dinamai Malaysia dalam Bahasa Ingeriss dan dalam Bahasa Malaysia (Melayu).

Dinamai saja – ertinya tukar nama saja supaya dapat nama glamor “Malaysia” – Jadi siapa sebenarnya yang bernama “Malaysia” ini? Sudah tentu bukan si Beda.

Sebenarnya “Malaysia” ini adalah Persekutuan Tanah Melayu yang di bentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ini di tafsirkan didalam Artikel 160 Perlembagaan Malaysia sebagai “Persekutuan”.

Kenapa boleh jadi begini? Mana dia Perjanjian Malaysia 1963 di dalam Perlembagaan Malaysia? Sabah dan Sarawak tidak pernah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Sabah dan Sarawak hanya tandatangani Perjanjian Malaysia 1963.

Jawapannya kita harus berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan !!!

Disebabkan pada saat akhir sebelum Malaysia dibentuk, Negeri Kelantan mencabar Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di mahkamah dengan tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu “tiada kuasa” dan “tidak boleh” membentuk Malaysia tanpa persetujuan Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Hasilnya untuk Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu “berkuasa” dan “boleh” membentuk Malaysia – “Persekutuan” dengan hanya dinamai “Malaysia" dan Persekutuan masih ditafsirkan sebagai Persekutuan yang dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Hanya dengan Perjanjian 1957 ini saja yang boleh mengikat 11 Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Persekutuan. Tanpa ikatan Perjanjian 1957 ini setiap Negeri boleh berpisah daripada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Timbul persoalan penting – Apa yang mengikat Sabah dan Sarawak kepada Persekutuan Tanah Melayu oleh kerana Perjanjian Malaysia 1963 TIADA didalam Perlembagaan Malaysia?

Jawapan ringkas – Pada masa ini Sabah dan Sarawak tiada ikatan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini bererti Sabah dan Sarawak di ikat atas penipuan Persekutuan Tanah Melayu yang bertopengkan NAMA Malaysia.

Kecuali Perjanjian Malaysia 1963 dimasukkan kedalam Perlembagaan Malaysia.

Sekiranya Perjanjian Malaysia dimasukkan kedalam Perlembagaan Malaysia, yang mana satu daripada Perjanjian ini yang mendapat keutamaan?

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957; dan Perjanjian Malaysia 1963.

Ini membuat Kerajaan Persekutuan Tanahh Melayu PENING Kepala. Mana saja di pilih Malaysia Boleh Terburai …….

Rakyat Sabah menunggu jawapan ……

Jangan Buyuk Sabah ……bah !!!!
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...