Wednesday, 14 January 2015

Benarkah 20 Perkara Itu Tidak Penting???

Pihak SSKM-SSU(UK) tidak pernah terlintas untuk mencalarkan imej perjuangan anda, Zainnal Ajamain dan MP Goviind, namun timbul persoalan-persoalan yang hanya anda berdua sahaja mampu menjawabnya.

Persoalan yang perlu dijawab dengan jujur... Apakah keistimewaan anda yang akan membolehkan pihak kerajaan yang menyamar (malaya) ini akan mendengar permintaan anda untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963?

Mengimbas kembali sejarah tahun lepas 2014, YB.Darell Leiking selaku ahli Dewan Parlimen malaysia telah membawa kes untuk mengkaji semula perjanjian malaysia di peringkat parlimen (untuk dihormati). Apakah hasilnya? Yang Dipertua Dewan Parlimen telah menolaknya dengan alasan bahawa perkara tersebut penting tetapi tidak segera.

Pada peringkat Dewan Undangan Negeri (Negara) pula, YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan selaku ahli Dewan Undangan Negeri Sabah juga telah membawanya untuk dikaji (dalam erti kata lain menghormati perjanjian malaysia 1963) tetapi tidak diterima atas alasan yang diberikan untuk menolak usul tersebut kononnya kerana ia telah dihantar lambat dan tidak menyatakan dengan spesifik kategori usul ini dibawah perenggan apa (sebenarnya usul tersebut sudah dihantar 2 minggu sebelum persidangan DUN bermula dan telah dinyatakan bahawa usul tersebut dibawah kategori "PENTING DAN SEGERA").

Jadi, sekali lagi ingin pihak kami tanyakan kepada anda berdua, apakah keistimewaan anda yang akan membuatkan pihak kerajaan malaysia ini akan mendengar permintaan anda agar ia (perjanjian malaysia 1963) dihormati sedangkan baru mahu meminta perjanjian malaysia ini untuk dikaji semula pun tidak dilayan?

Berbalik kepada persoalan-persoalan yang anda kemukakan dalam artikel anda yang bertajuk "Perkara 20 tidak penting", ini adalah jawapannya...
  1. Semua perkara didalam 20 Perkara terdapat didalam Laporan Cobbold.

  2. Tidak semua perkara yang terdapat didalam Laporan Cobbold dimasukkan kedalam 20 Perkara.

  3. Laporan Cobbold merupakan satu rekomendasi kepada Kerajaan British dan malaya agar mereka memahami apakah kerisauan bangsa Borneo pada ketika itu apabila gagasan pembentukan persekutuan malaysia ini dicadangkan untuk ditubuhkan yang akan melibatkan Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Negara Sabah) dan Negara Sarawak. IGC merupakan satu Committee yang bertanggungjawab dalam merangka Perlembagaan persekutuan malaysia namun mereka memutuskan untuk menggunakan perlembagaan persekutuan tanah melayu (malaya) terlebih dahulu sebagai asas kepada perlembagaan persekutuan malaysia dengan membuat perubahan akta bagi membolehkan kehadiran anggota baru dijustifikasikan dalam perlembagaan tersebut. Dalam perbincangan IGC, seharusnya perlembagaan baru dibuat selepas beberapa tahun kemudian persekutuan malaysia ini dibentuk. 20 Perkara merupakan Perkara-Perkara yang telah dipilih dan diambil daripada Laporan Cobbold oleh lima buah badan parti-parti politik Negara Sabah kerana ia merupakan Perkara-Perkara yang difikirkan MUSTAHAK untuk dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia. Namun Perkara 7 tidak diterima kerana menurut kebijaksanaan Cobbold (Pengerusi Cobbold Commission) dan Lansdowne (Pengerusi IGC), pembentukkan persekutuan malaysia ini adalah dibentuk atas dasar "SUKARELA". Oleh itu, TIDAK BOLEH ada sebarang halangan ataupun sekatan kepada mana-mana anggota yang membentuk persekutuan ini untuk menarik diri daripada persekutuan malaysia jikalau mereka merasakan persekutuan ini sudah lagi tidak memberikan kebaikan kepada mereka. 

    Kesimpulannya, Laporan Cobbold dan IGC telah memperincikan segala perkara untuk pertimbangan termasuk dengan 20 Perkara yang telah diketengahkan kepada IGC agar mendapat LEBIH PERHATIAN bagi menjustifikasikan pembentukkan persekutuan malaysia. Walau bagaimanapun, Cobbold dan Lansdowne telah memberikan ruang kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk menarik diri daripada persekutuan malaysia pada bila-bila masa jikalau perlu tanpa sebarang sekatan. Atas sebab itulah mengapa tiada akta dalam perlembagaan malaysia yang melarang mana-mana negara yang bersekutu untuk menarik diri ataupun berpisah daripada persekutuan malaysia. Buktinya, Negara Singapura telah melakukannya pada 8 Ogos 1965 sebelum mendapat kelulusan daripada Dewan Parlimen Persekutuan Malaysia. Ini kerana pada tarikh tersebut, semua ahli undangan dewan Singapura telah mengundi untuk berpisah daripada persekutuan malaysia. Sehari selepas daripada tarikh tersebut iaitu pada 9 Ogos 1965, barulah tunku abdul rahman mengumumkan secara rasmi akan perpisahan tersebut. Itulah realitinya.

Pihak kami berharap segala jawapan yang telah kami berikan ini untuk persoalan-persoalan yang dikemukan oleh Zainnal dan MP Goviind ini terjawab. Tiada istilah penipuan yang dibawakan dalam perjuangan ini. Apa yang jelas ialah perspektif kefahaman anda berdua kepada perjuangan ini adalah berbeza daripada pihak kami. Sila lakukan cara anda dan kami lakukan cara kami. Tiada masalah.

Anda percaya bahawa hanya perlu membawa Perjanjian Malaysia 1963 sahaja barulah perkara ini akan selesai. Namun, berdasarkan kepada kefahaman melalui penerangan yang diberikan, perjuangan anda hanyalah ingin memperbetulkan konsep persekutuan malaysia dan mahu terus kekal dalam persekutuan malaysia. Sila perbetulkan kefahaman ini jikalau kurang tepat.

Manakala pihak kami, SSKM-SSU(UK) berjuang untuk terus membawa Negara Sabah dan Negara Sarawak berpisah daripada persekutuan malaysia ini. Melalui pandangan dalam sudut perundangan, perjanjian malaysia 1963 telah terbatal. Sila rujuk kepada artikel ini; Perjanjian Malaysia Adalah BATAL dan TIDAK SAH; Perjanjian Malaysia 1963 TIDAK SAH. Jikalau sudah tidak sah, untuk apa perlu dihormati? Sedangkan malaya sendiri tidak pernah ingin menghormatinya.

Keinginan bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak adalah Kemerdekaan MUTLAK iaitu bebas daripada pemerintahan kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia. Bebas daripada cengkaman penjajahan malaya yang telah menjadikan Negara Sabah dan Negara Sarawak miskin hasil daripada sistem yang tidak adil dan direka untuk mengaut segala kekayaan di Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk dibangunkan di malaya. Pada masa yang sama, menindas bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak secara halus agar sentiasa bergantung kepada kepimpinan malaya. Ini telah memudahkan manipulasi kehidupan yang berunsurkan politik malah campur tangan politk yang tidak berkesudahan ini telah menjahanamkan bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak selama ini.

Diatas tangan Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak yang telah memegang satu jumlah populasi yang majoriti di kedua-dua negara di Borneo ini, Perpisahan dan Kemerdekaan menjadi PILIHAN MUKTAMAD.

Disini, pihak kami berikan hasil daripada 20 Perkara yang telah diketengahkan oleh pemimpin-pemimpin yang lepas...








Siapa yang masih merasakan perkara 20/18 perjanjian malaysia hanyalah dimeja rundingan. Ini adalah bukti semuanya termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963. 

Fakta menarik: Perkara 7: hak untuk keluar dari persekutuan malaysia tiada termaktub dalam perjanjian ini dan hanya diungkit dimeja rundingan sahaja.















Join The Fight! 
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...