Friday, 9 January 2015

Hentikan Kekeliruan Anda Mengenai 18 & 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963

Apabila pihak SSKM-SSU(UK) memperjuangkan 18 & 20 Perkara, ramai yang bertanya... Mengapa memperjuangkan 18 & 20 Perkara jikalau ingin berpisah daripada Persekutuan Malaysia? Tidakkah itu satu perjuangan yang sia-sia kerana Perkara 7 dalam 18 & 20 Perkara jelas menyatakan bahawa Sarawak dan Sabah tidak seharusnya mempunyai hak untuk berpisah daripada persekutuan.

Satu perkara yang perlu anda tahu ialah 18 & 20 Perkara merupakan Memorendum yang telah dihantar kepada Inter-Governmental Committee untuk dipertimbangkan Perkara-Perkara tersebut untuk dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia. Sekali lagi, ia cuma "Memorendum" dan BUKAN perjanjian.

Walau bagaimanapun, Lord Lansdowne yang merupakan Pengerusi Inter-Governmental Committee dengan tegas dan jelas menolak Perkara 7 yang melarang sebarang hak untuk berpisah. Ini kerana, menurut kebijaksanaannya, Persekutuan Malaysia ini merupakan satu persekutuan yang dianggotai oleh Negara-Negara dengan "sukarela". Atas sebab itu, tidak boleh ada sebarang halangan ataupun sekatan untuk negara-negara anggota dalam persekutuan ini untuk berpisah daripada persekutuan ini jikalau mereka merasakan bahawa persekutuan ini tidak memberikan kebaikan kepada mereka. Berpisah itu adalah hak mutlak mereka. Sebab itulah Perkara 7 ini tidak dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia.

Mengangkat 18 & 20 Perkara dalam perjuangan SSKM-SSU(UK) bukan bertujuan untuk kekal dalam persekutuan malaysia ini tetapi adalah untuk menjadi pembuka mata kepada masyarakat umum tentang apakah yang telah dilanggari mahupun tidak dihormati oleh malaya. Pihak SSKM-SSU(UK) percaya bahawa kerajaan persekutuan tanah melayu yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia tidak akan sesekali mematuhi akan Perkara-Perkara yang terkandung didalamnya. Ini kerana, jikalau mereka mematuhinya, takkan timbul isu ini pada zaman sekarang. Apabila 18 & 20 Perkara ini tidak dipatuhi, apatah lagi Perjanjian Malaysia. Ini kerana 18 & 20 Perkara ini adalah Memorendum yang merumuskan segala cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh badan-badan politik mahupun NGOs pada tahun 1962 kepada Suruhanjaya Cobbold untuk dipertimbangkan agar dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia. Dalam erti kata lain, ia merupakan asas kepada Perjanjian Malaysia. 

Masih ramai yang mempertikaikan bahawa kita seharusnya menggunakan Perjanjian Malaysia 1963 sahaja dalam perjuangan ini kerana ia mempunyai locus standi dalam sudut perundangan pada peringkat antarabangsa manakala 18 & 20 Perkara itu tidak penting malah sia-sia. Pihak SSKM-SSU(UK) sekali lagi ingin jelaskan bahawa 18 & 20 Perkara adalah ASAS yang sangat diperlukan sebagai rujukan yang sangat penting apabila bercakap ataupun berdebat mengenai Perjanjian Malaysia. Jikalau anda ingin berdebat tentang Perjanjian Malaysia sahaja, pihak kami ingin anda menyenaraikan dengan jelas apakah perkara-perkara yang telah dilanggari dan tidak dihormati oleh kerajaan persekutuan tanah melayu yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia didalam Perjanjian Malaysia? Sila senaraikan.

Untuk lebih memahaminya, pihak SSKM-SSU(UK) ingin mengambil pembayang seperti sebuah rumah banglo yang boleh kita gambarkan sebagai Perjanjian Malaysia agar anda faham. Sebaik sahaja rumah itu siap, dalam beberapa tahun, rumah tersebut telah berlaku keretakan. Dinding dan lantainya menunjukkan keretakkan. Bagaimanakah anda mampu mengenalpasti punca permasalahan ini?

Sudah tentu anda akan mula mengkaji asasnya, bukan? Anda akan berjumpa kepada kontraktor rumah untuk menyoal bahan-bahan yang digunakan oleh mereka dalam pembinaan tersebut. Nisbah kuantiti pasir, batu dan simen akan dipersoalkan. Kemampatan tanah juga dipersoalkan sama ada ia dibina pada kawasan yang keras ataupun lembut. Dalam erti kata lain, anda akan mengkaji segalanya agar anda memahami punya keretakkan tersebut. 

Demikian juga Perjanjian Malaysia. 

Kronologi Perjanjian Malaysia 1963
Laporan Suruhanjaya Cobbold, 18 & 20 Perkara, Laporan Inter-Governmental Committee inilah merupakan asas kepada Perjanjian Malaysia yang mesti digunakan sebagai rujukan utama kepada Perjanjian Malaysia.

Dalam bidang perundangan, sudah tentu Perjanjian Malaysia 1963 yang akan digunakan. Tetapi dalam perdebatan, segala dokumen-dokumen yang penting perlu digunakan untuk menguatkan hujah dalam Makhamah antarabangsa bahawa Perjanjian Malaysia ini sudah tidak dihormati malah dilanggari segala apa yang telah dipersetujui. Lebih teruk lagi apabila konsep asalnya tidak dipraktikkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Terdapat beberapa persoalan-persoalan yang perlu anda jawab dengan jujur. Jikalau asas ini tidak dihormati malah dilanggari, apakah anda yakin Perjanjian Malaysia itu masih sah?
  • Adakah Singapura masih dalam Persekutuan Malaysia?
  • Adakah Persekutuan Malaysia menggunakan Perjanjian Malaysia sebagai asas dalam Persekutuan ini?
  • Mengapa definsi Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia merujuk kepada Perjanjian Tanah Melayu yang dimerdekakan pada 31 Ogos 1957?
  • Apakah Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini merupakan Perlembagaan Baru bagi kerajaan yang ditubuhkan pada 16 September 1963?
Jawapannya adalah:
  • Singapura sudah berpisah daripada Persekutuan Malaysia namun Perjanjian Malaysia masih mengandungi nama Singapura sebagai anggota dalam Perjanjian Malaysia. Semestinya jikalau ini berlaku, satu perjanjian baru mesti dilakukan semula demi menyelamatkan Persekutuan Malaysia. Namun sehingga kini, tiada sebarang usaha yang ditunjukkan untuk menyelamatkan Persekutuan Malaysia melalui usaha untuk membuat satu Perjanjian Baru yang hanya melibatkan tiga buah negara ini.
  • Persekutuan Malaysia sebenarnya masih menggunakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani pada bulan Februari 1948 sebagai asas rujukan dalam persekutuan ini dan bukan Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963.
  • Definisi Persekutuan masih merujuk kepada Persekutuan yang ditubuhkan pada 31 Ogos 1957. Ini kerana Kerajaan Persekutuan Malaysia masih menggunakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani pada bulan Februai 1948.
  • Tidak. Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang ada sekarang sebenarnya adalah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Dalam perbincangan sebelum pembentukkan ini, pemimpin-pemimpin Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak bersetuju untuk menggunakan terlebih dahulu perlembagaan persekutuan tanah melayu dengan membuat beberapa pindahan sementara menunggu sebuah Perlembagaan Baru yang asli dibuat berdasarkan kepada konsep sebenar iaitu Negara-negara yang bersekutu dalam Malaysia. Atas sebab itulah namanya Persekutuan Malaysia ataupun dalam bahasa English, namanya ialah Federation of Malaysia.

Sekarang anda faham???



Join The Fight!

Sebarkan...


Reactions:

2 comments :

Because British also involve in the formation of Malaysia, so we should also demand the British government to bring Malaya and umno to International Human Right Court because Malaya had broken our 1963 Malaysia Agreement, that including our right to secede.

Because only British have a rights to bring Malaya to international court right now, because only a State can bring others State to international court, so we must keep on demanding and send petition to the British government asked them to bring Malaya government to International Court for breaching our 1963 Malaysia Agreement. Because British is also one of the party who involve in this 1963 Malaysia Agreement !!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...