Friday, 9 January 2015

Kerana Ini Zaman SSKM!

Pihak SSKM-SSU(UK) mengalu-alukan penyertaan pemimpin-pemimpin veteran dalam perjuangan ini namun jikalau penyertaan anda sekadar untuk menganggangu dan menghilangkan fokus perjuangan dengan cuba memberikan pelbagai alasan yang kononnya cara penyelesaian ini yang terbaik, sila hentikan niat tersebut. Ini kerana, jikalau anda yakin penyelesaian tersebut adalah yang terbaik, mengapa tidak lakukan pada waktu anda mempunyai kekuatan dan pengaruh yang kuat dahulu? Dan jikalau cara penyelesaian tersebut berkesan, mengapa sehingga sekarang malaya masih menindas malah perbuatan mereka semakin bertambah kejam?

Pihak kami tidak bermaksud bahawa cadangan dan nasihat anda itu tidak berkesan namun dalam perjuangan ini, jikalau tersilap menggunakan strategi, ia akan memberikan kesan negatif yang kekal... Perjuangan ini ditunjangi oleh majoriti generasi-generasi muda di kedua-dua Negara.

Segala perjalanan perjuangan silam melalui cara politik telah dikaji dan diselami untuk difahami bagi menjustifikasikan tindakan yang dilakukan oleh pihak kami pada zaman ini. Dan keputusan telah diambil dan ia adalah muktamad bahawa dengan memperolehi Kemerdekaan sebenar adalah jawapan bagi menghentikan segala penindasan dan manipulasi kuasa politik malaya di Borneo. Tanpa campur tangan malaya, kerajaan yang tidak adil senang ditumbangkan melalui kebangkitan rakyat seperti pada era Negara Sabah sebelum kemasukkan umno... Tetapi sebaik sahaja kuasa politik malaya mencampuri urusan pentadbiran politik Negara Sabah melalui umno, yang jahat, perasuah, penindas terus kekal menjadi pemerintah...

Apakah ini yang diimpikan selama ini?

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI!

Atas sebab itu, perjuangan ini mesti diteruskan sehingga berjaya kerana pihak kami sudah meletakkan nyawa sebagai pertaruhan dalam perjuangan ini. Apabila nyawa menjadi pertaruhan, ia bererti kami benar-benar serius kerana takkan nyawa ini disia-siakan.

Biar badan rebah sebagai seorang Pejuang Bangsa tetapi TIDAK SESEKALI rebah sebagai seorang pengkhianat bangsa yang hina!

Kepada anak-anak muda, sila fikirkan rasional penglibatan anda terhadap mana-mana aktiviti. Adakah anda sememangnya mahu bersama-sama dalam perjuangan ataupun sebaliknya. Tiada paksaan dalam menyertai perjuangan ini kerana hanya kerelaan dan keikhlasan sahaja yang mampu memberikan impak yang kuat kerana ia dilakukan dengan sepenuh hati. Ini juga kerana anda sedar dasar penglibatan anda dan sokongan yang diberikan itu bukan untuk diri-sendiri tetapi adalah untuk masa depan generasi Borneo. Itulah harga pengorbanan yang dituntut dalam perjuangan ini.

Bukan melalui kekerasan mahupun demonstrasi ataupun apa-apa perbuatan yang disifatkan jenayah yang boleh mendatangkan huru-hara tetapi hanya melalui Petisyen sahaja. Ini adalah tindakan yang matang dan professional sesuai dengan era zaman ini. 

Kerana ini adalah ZAMAN SSKM!

Sertai perjuangan ini agar anda tidak digelar sebagai "penumpang"... Join The Fight!
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...