Sunday, 18 January 2015

"Saya Adalah Ketua Menteri Sarawak Untuk Semua Kaum di Sarawak"

Ringkasan text ucapan YAB Ketua Menteri Sarawak di Majlis Kapit semalam pada 17.1.2015

1. Kalau mahu berucap dalam bahasa Iban atau apa2 bahasa etnik Sarawak dalam majlis saya tak perlu minta kebenaran saya. Kita boleh berucap dalam bahasa kita di mana saja di Sarawak. 

2. Tiada lagi nama bangsa lain-lain dalam borang. Kalau di Malaya, mereka hanya tahu tiga bangsa saja iaitu Melayu, Cina dan India. Di Sarawak kita ada identiti kita sendiri, ada Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu (Kayan, Kenyah dan banyak lagi), Cina dan sedikit India. Isi Bumiputra Iban atau Bumiputra Bidayuh atau Bumiputra Kayan atau Bumiputra Kenyah atau Bumiputra Kedayan. Kalau borang ada nama bangsa lain-lain. Cancel dan tulis Bumiputra etc. 

3. Saya tidak dapat ajar agama lain bagaimana agama lain anuti agama mereka. Begitu juga agama lain tak boleh ajar saya bagaimana saya anuti agama saya. Kita kena respek satu dengan yang lain. Perkataaan toleransi tak sesuai. Sebab Itu kita halang extremis2 daripada Malaya masuk Sarawak. Di Malaya hari-hari gaduh. Kita di Sarawak Hidup Aman Damai dah lama. Jangan ikut budaya Malaya. 

4. Tidak akan keluarkan lesen konsensi balak dan ladang untuk syarikat besar. Kita Mahu hapuskan kegiatan curi balak. Sedang pertimbangkan guna 'drone' untuk mengawasi hutan-hutan kita daripada kegiatan ini. Tapi kita akan benarkan untuk ladang Mesra rakyat yang membangun tanah NCR seperti Salcra, Felda dll. 

5. Akan tumpukan pembangunan di kawasan luar bandar. Di bandar semua dah ada. Yang kaya biarkan mereka. Kita cari tolong orang miskin. 

6. Cadang perbesarkan land communal reserve. Kalau ada boleh minta state land.

7. Saya Ketua Menteri untuk semua kaum di Sarawak. Bukan Ketua Menteri untuk satu kaum sahaja.

8. Sokong parti yang berasal dari Sarawak dan tidak menyokong parti dari Malaya yang ingin bertapak di Sarawak seperti PKR, DAP, PAS dan termasuk UMNO. Hanya orang Sarawak yang faham dan lebih memahami apa yang sebenarnya dimahukan oleh orang Sarawak.
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...