Monday, 12 January 2015

Terima Kasih Nasionalis Negara Sabah

Pihak SSKM-SSU(UK) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Zainnal Ajamain dan En.MP Goviind kerana telah membantu pihak kami untuk memantapkan lagi perjuangan ini melalui isu-isu yang diketengahkan. Pada mulanya, pihak kami berasa isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka berdua terhadap perjuangan SSKM-SSU(UK) ini sebagai satu ancaman. Namun, setelah memikirkannya melalui sudut yang positif, professional dan matang, pihak kami menyedari bahawa isu-isu seperti inilah yang bakal akan digunakan oleh pihak kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia dalam usaha untuk mengelirukan rakyat. Dengan itu, adalah lebih baik pihak kami menjawab dengan segera untuk segala isu yang diketengahkan oleh dua orang Nasionalis Negara Sabah ini.

Ingin pihak kami tegaskan dengan jelas bahawa pihak SSKM-SSU(UK) tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak termasuk dengan mereka berdua ini. Apa yang timbul kini seperti apa yang anda lihat dan baca hanyalah perbezaan pengertian, pemahaman, pendirian serta perjuangan. Ia juga termasuk dengan parti-parti politk diluar sana khususnya BN-UMNO dan PR.


Untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh En.Zainnal dan En.MP Goviind, pihak kami akan menggunakan dokumen Suruhanjaya Cobbold dan Inter-Governmental Committee agar pengesahan boleh dibuat bagi menyokong hujah yang akan digunakan untuk menjawab dakwaan mereka.

Pertama [1], pihak SSKM-SSU(UK) mengesahkan bahawa dakwaan mereka berdua tentang kenyataan Cobbold adalah benar bahawa beliau tidak bersetuju untuk memasukkan "larangan untuk berpisah" kerana bagi pendapatnya, Persekutuan ini merupakan satu "Persetujuan atas dasar Sukarela". Maka, adalah tidak harus untuk memasukkannya kedalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sila rujuk kepada dokumen "Report of The Commission of Enquiry North Borneo & Sarawak" (sila klik link tersebut untuk mend "download" nya sebagai rujukan anda) dan lihat pada tajuk "Chapter 4: Recommendation; 148 (h): Rights to secede". Anda akan menemukannya.

Kedua [2], seperti yang pihak kami maklumkan, Lord Lansdowne yang merupakan Pengerusi Inter-Governmental Committee, dalam kenyataan akhbarnya juga telah tidak bersetuju untuk memasukkan "Larangan untuk berpisah" kedalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini kerana, menurut kebijaksanaannya, Persekutuan Malaysia ini merupakan Persekutuan yang dianggotai oleh Negara-Negara yang bersetuju untuk membentuknya atas dasar "SUKARELA". Berikut adalah petikkan kenyataan beliau;

"Saya ingin menambah bahawa sebagai perlindungan tambahan terhadap apa-apa tindakan, cadangan telah dibuat bahawa hak untuk menarik diri dari Persekutuan hendaklah ditulis ke dalam Perlembagaan. Cadangan ini tidak diterima oleh Tuan Lansdowne, Pengerusi Suruhanjaya, atas sebab bahawa mana-mana Negara yang menyertai persekutuan secara sukarela mempunyai hak intrinsik untuk menarik diri mengikut kemahuan mereka bila-bila masa, dan oleh itu tidak perlu untuk memasukkannya ke dalam Perlembagaan."

***Untuk membacanya dengan lebih jelas, sila klik link ini Sabah and Sarawak / Sabah dan Sarawak***


Oleh yang demikian, semoga pencerahan ini dapat menjelaskan segala kekeliruan mahupun salah faham yang timbul. Kepada semua penyokong-penyokong Perjuangan SSKM-SSU(UK) khususnya kepada sukarelawan-sukarelawati diluar sana, janganlah anda terkeliru mahupun kehilangan keyakinan dalam perkara ini. Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan kepastian mahupun pengesahan agar ia boleh dijelaskan. Satu perkara lagi, janganlah anda membenci mahupun memarahi dua orang Nasionalis Negara Sabah ini kerana sumbangan mereka dalam merungkai segala persoalan demi persoalan harus diberikan Pengiktirafan dan Penghormatan. Pihak SSKM-SSU(UK) menyanjung semangat dan aspirasi yang ditonjolkan oleh mereka dan segala perbuatan mereka yang ditunjukkan didalam Media Massa iaitu didalam Facebook mahupun dalam Blog milik mereka itu adalah hak dan kebebasan mereka. Seperti mana pihak SSKM-SSU(UK) mempunyai hak dalam mengeluarkan kenyataan demi kenyataan dalam sesuatu perkara, demikian juga mereka.

Biarlah perbezaan dalam perjuangan ini menjadi satu keisitimewaan yang mewarnai jalan dalam memartabatkan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Pihak SSKM-SSU(UK) ingin mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada En.Zainnal Ajamain dan En.MP Goviind atas segala sumbangan yang telah diberikan kepada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak. Teruskanlah perjuangan anda mengikut cara anda. Semoga Berjaya!  

Join The Fight!
Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...