Monday, 9 February 2015

Benarkah Tahanan Sukarelawan SSKM-SSU(UK) itu bersalah???

Pihak SSKM-SSU(UK) ingin menerangkan sedikit sebanyak mengenai insiden kali kedua yang melibatkan penahanan Sukarelawan-sukarelawati SSKM-SSU(UK) di Lahad Datu baru-baru ini.

Perkara yang sebenarnya berlaku adalah mereka didakwa dibawah akta hasutan dan juga akta percetakkan.

Adakah Perjuangan untuk Perpisahan itu menjadi satu kesalahan besar kepada perjuangan ini? TIDAK.

Mengapa?

Sebab akta persekutuan malaysia dengan jelas tidak ada menyatakan bahawa perpisahan itu adalah satu jenayah mahupun menyalahi undang-undang persekutuan. 

Mengapa?

Kerana ia adalah berpandukan kepada saranan Lord Lansdowne yang bertanggungjawab merangka Perjanjian Malaysia yang juga merupakan Pengerusi Inter-Governmental Committee jelas mengatakan bahawa mana-mana negara yang menyertai persekutuan ini dengan sukarelawa mempunyai hak instrinsik untuk menarik diri daripada persekutuan malaysia ini. Oleh itu, larangan untuk berpisah tidak seharusnya dimasukkan kedalam perjanjian malaysia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dakwaan yang dikenakan oleh pejuang Kebangsaan Negara Sabah ini adalah ditafsirkan sebagai hasutan yang sebenarnya belum mempunyai mandat yang sah dalam peruntukkan perlembagaan. Ini kerana ia hanya akan diputuskan pada 30 Mac 2015. Selain itu juga, akta ini adalah akta kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya). Akta yang digunakan keatas perjuangan ini telah menggunakan akta perlembagaan persekutuan tanah melayu selari dengan definisi Persekutuan yang merujuk kepada "Persekutuan yang dibentuk pada 31 Ogos 1957". Mengenai isu percetakkan, ia adalah satu info kesedaran hak yang memberitahu teras perjuangan yang perlu disebarkan agar rakyat Negara Sabah khususnya mengetahui dimana fokus perjuangan harus diberikan oleh mereka.

Jadi, persoalannya, apakah benar pejuang-pejuang Kebangsaan Negara Sabah ini bersalah?

Dengan memberitahu bahawa Perjanjian Malaysia 1963 itu adalah TIDAK SAH DAN TERBATAL itu salah?

Dengan memberitahu perkara yang sebenar bahawa persekutuan malaysia hari ini adalah persekutuan yang ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan bukan pada 16 September 1963 itu salah? 

Dengan memberitahu bahawa rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak bahawa mereka mempunyai hak untuk berpisah itu adalah salah? 

Dengan memakai baju yang memaparkan identiti perjuangan Join The Fight itu adalah salah? 

Dan dengan menyokong pengkhianatan dan pembohongan yang selama ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin malaya melalui sokongan barua malaya seperti bn-umno itu barulah ditafsirkan tidak menghasut malah dihalalkan? 

Jikalau itu yang menjadi rujukan kepada pengadilan ini, adalah menjadi kebanggaan bagi Rakyat Negara Sabah dan Rakyat Negara Sarawak untuk mempunyai pejuang-pejuang Kebangsaan ini kerana berpegang kepada prinsip bahawa Kebenaran MESTI DIJULANG dan PEMBOHONGAN MESTI DIJAHANAMKAN SEPENUHNYA!

***Pihak SSKM-SSU(UK) akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam minggu ini untuk menerangkan secara rasmi perkara yang berlaku kepada umum.***

Reactions:

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...